Friday, June 11, 2021

UBI REBUS DAN BOKO UBI

Pokok ubi kayu di belakang rumah pokoknya telah meninggi. Tak ingat pula bila ditanam, tapi saya agak pokoknya sudah berusia lebih lima bulan. Ada beberapa batang pokok ubi kayu saya tanam.

Pagi tadi, merajinkan diri mengemas dan membersihkan bahagian belakang rumah. Pokok daun kari dan pokok kunyit yang dibeli dari minggu lepas baru sempat hari meluangkan masa untuk dipindahkan ke dalam pasu. Semoga hidup dengan segar agar dapat digunakan di kemudian hari.

Kemudian, saya mencabut dua batang pokok ubi kayu di telah meninggi. Alhamdulillah, ada ubinya. Dalam fikiran telah terbayang ubi rebus cicah sambal dan boko ubi. Isteri saya memang pandai buat boko ubi. Kalau ubi rebus tu, biasa saja, semua orang boleh membuatnya.

Selepas mencabut sebatang pokok, lumayan juga ubinya


Petang menjelma, isteri membuatkan ubi rebus. Lembut dan empuk ubinya. Sedap. Makan pula dengan mencicah Sambal Bilis Pedas d' SAMBAL licious, bertambah sedap jadinya. Gambar ubi rebus di bawah ni lupa pula disertakan dengan sambalnya. 

Gambar diambil selepas makan, tinggal tiga ketul saja untuk sesi fotografi. Hehe


Malam pula isteri buat boko ubi. Buat makan sedikit sahaja, selebihnya akan disedekahkan kepada kakitangan tempat isteri bekerja di salah sebuah klinik kesihatan di Melaka.

Benda ini dibuat tidak dirancang pun, benda dah ada, elok juga dapat berkongsi rezeki dengan orang lain. 

Awalnya ingatkan sudah siap pasal tu ambil gambar begini

Ini selepas diletakkan santan di atasnya. Ha, ni barulah dah siap dan sedia untuk dimakan

Inilah saja tanaman yang boleh hidup di belakang rumah saya. Tanam pisang tak menjadi, pokok tak membesar, tapi anak pokok pisang banyak pula yang tumbuh, akhirnya pokok-pokok pisang saya tebang. Saya tinggalkan 2, 3 batang. Bertahun-tahun tanam tak membesar, mungkin tanah tak sesuai.

44 comments:

  1. Pucuk ubi kayu jugak sedap dicelur buat ulam lan..digoreng atau masak lemak
    Oohh boko ubi layu..akak biasa beli rm5 sebekas mcm tu..teringin punya pasal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tadi buang saja daun dan pucuknya. Tiada niat nak memasak pucuk ubi.

      Delete
  2. Boko ubi? Pertama kali dengar ni. Nampak macam kuih lompat tikam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya boko ubi. Saya pun baru kenal dari 5 tahun kebelakangan ini. Cuba Google, boleh jumpa.

      Delete
  3. Untung juga ada tanah untuk menanam. Sy ni harapkan tanah dalam pasu je. Ubi rebus sedap cicah sambal. Kuih boko ni kuih tepung ubi sama je kan?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti pulak kuih tepung ubi Mac mana.. Atasnya tu santan.

      Delete
  4. ingat masa kanak2 dulu.. makan ubi kayu bakar masa banjir.. sedap!

    ReplyDelete
  5. menjadi ubi , alhamdulillah
    akak ada jga tanam ni sepokok nak juga cabut tgk ubinya tunggu masa yg sesuai
    memang kesukaan la ubi rebus , apa2 kuih berasaskan ubi kayu he hee
    bokok ubi pun sedapp, lebih kurang talam ubi kan
    cuma bhgian ubi tu lebih lembut dan cair sikit
    kalau talam boleh kita potong, boko kena mkn guna sudu

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Ubi ni macam sikit-sikit boleh lah. Angin ubi ni.

      Delete
  7. Seronoknya ada pokok ubi sendiri, dah agak lama tak mkn ubi dan pucuk ubi. Sudah jumpa.

    Banyak dapat buat boko ubi tu, untung yang dapat.

    ReplyDelete
  8. Boko ubi ni dl mmg x suka sgt tp mmg klu blk kg, ni la salah satu kuih yg makcik2 suka buat jd terpaksa la jgk makan haha nasib bole telab sbb ada santan tu😅

    ReplyDelete
  9. Eh, kan haritu ada durian belanda, kan. Ok tu, selain ada ubi kayu juga. Alhamdulillah. Saya nak tanam pisang, suami tak kasi. Sebab rumah saya, laluan beruk liar melintas atas kabel letrik. Huhu..
    Nampak sedap boko ubi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pokok durian Belanda, buah masih belum besar lagi. Selain tu belakang rumah ni ada pokok nangka dan kelapa pandan.

      Delete
  10. First time dengar boko ubi. Tapi nampakkk sedappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emmm.. saya pun baru kenal kuih ni dalam 5 tahun kebelakangan ini

      Delete
  11. Tadi bertandang rumah kak amie pun ada citer ubi rebus..SA suka pucuk ubi..tapi pokok ubi abah SA tanam dah menyembah bumi dikerjakan babi yang berkeliaran dari hutan terdekat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Babi sekarang tak makan saman.. mana-mana tempat dia ada. Habis tanaman orang

      Delete
  12. aduyai sedapnya ubi rebus dgn boko ubi. mama tak penah lagi buat boko ubi

    ReplyDelete
  13. daun ubi tumbuk halus pastu tumis bagi air sikit, satu2nya sayur kegemaran anak dara saya. if ubi rebus, saya suka makan dengan ikan bilis masin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam orang, macam-macam cara makan..

      Delete
  14. Sedapnya ubi rebus cecah sambal bilis. Boko ubi tu dah lama tak makan. Saya suka lepat dan bingka ubi.

    Di rumah ni tak ada rezeki nak makan ubi hasil tanaman sendiri sebab nanti yang suka menyondol tu makan dahulu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huk aloh...Si penyondol ada di mana-mana. Adeh.

      Delete
  15. Sedap sesekali makan tp kalau beli suka goreng letak kunyit sikit. Bila gigit terasa rapuh di mulut

    ReplyDelete
  16. Wowww sedapnya.da lama xmkn 😋

    ReplyDelete
  17. kedua-duanya feveret sgt. ubi rebus cicah dgn sambal goreng ikan bilis, hadoi lah, sedap! terkenang pula kat mak abah yg lama tak berjumpa. diorang berdua memang layan kalau makan ubi rebus tu. dok kat meja dapur, berborak berdua...

    bako ubi tu feveret terbaru aida. ofismet jual, terus jatuh cinta. pernah sekali cubaan nak buat, da siap beli ubi. ha ha ha ha ubi dok diam aje dlm peti ais :) masih lom buat bako ubi nyer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni dah boleh cuba buat.. PKP ni banyak masa terluang di rumah. Boleh le buat kuih

      Delete
  18. dua-dua saya suka.. ubi rebus dan boko ubi..
    Tapi tu lah.. payah nak jumpa ubi kayu di sini..

    ReplyDelete
  19. oh pertama kali dengar boko ubi. Nampak sedap!

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.