Bukit
yang kini dikenali sebagai Bukit St. Paul merupakan sebuah bukit yang mempunyai
dan menyimpan seribu satu rahsia yang masih belum terbongkar. Bukit ini menjadi
saksi bisu kegemilangan Melaka dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga kepada kehancurannya apabila didatangi oleh
kuasa-kuasa Barat. Pahlawan-pahlawan,
hulubalang-hulubalang dan tentera-tentera Kesultanan Melayu Melaka
mempertahankan kerajaan dari bukit ini sehingga sebilangan besar mereka cedera,
menemui ajal dan akhirnya
Melaka jatuh ke tangan penjajah.
Bukit
ini telah menjadi pusat pentadbiran dari zaman awal Kesultanan Melayu Melaka
sehingga ke zaman penjajahan di mana Portugis, Belanda dan British turut menjadikan
kawasan sekitar bukit ini sebagai pusat pemerintahan di Melaka. Apabila negara
mencapai kemerdekaan, kawasan bukit ini tetap diteruskan tradisinya sebagai
pusat pemerintahan.
Kerajaan negeri Melaka telah mentadbir negeri Melaka di sekitar bukit
ini sehingga akhir tahun 1979 sebelum berpindah ke pusat pentadbiran baharu di
Jalan Hang Tuah kemudiannya berpindah ke Ayer Keroh.
Nama asal bukit St. Paul adalah Bukit
Melaka sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka atau lagi awal sepertimana
yang terdapat di dalam catatan sejarah yang ditulis oleh penulis tempatan
mahupun asing. Nama Bukit Melaka sering bertukar-tukar selari dengan kehendak
penjajah pada masa itu.
Pada era penjajahan Portugis, Bukit
Melaka dikenali sebagai Monte Ali Maria
(Bukit Ali Maria). Pada masa era Belanda pula, bukit ini disebut sebagai Boquit Sao Paulo (Bukit St. Paul).
Manakala pada zaman British bukit ini dikenali sebagai Bukit Bendera, sama
seperti di Pulau Pinang, namun nama ini tidak kekal lama dan kembali dikenali
sebagai Bukit St. Paul sehingga kini.
Adalah
tidak dapat dinafikan bahawa nama Bukit Melaka telah digunakan sejak di zaman
Kesultanan Melayu Melaka lagi. Ini dapat dibuktikan melalui catatan manuskrip Sulalatus
Salatin (Sejarah Melayu) yang mengisahkan Sultan Alauddin Riayat Syah sedang mengejar
pencuri. Sultan Alauddin Riayat Syah merupakan pemerintah Melaka dari tahun
1477 hingga 1488. Kisah ini dicatatkan seperti berikut :
"Maka
Sultan Alau'd-Din dengan Hang Isap pun pergilah mengikut pencuri lima orang
itu, maka segala pencuri itu pun lari ke atas Bukit Melaka, maka diikuti baginda ke atas bukit, bertemu di negara
bukit itu; maka Sultan Alau'd-Din pun bertempik, lalu diparang baginda seorang,
kena pinggangnya putus seperti mentimun, penggal dua. Maka yang empat orang itu
lari ke jambatan, diperturut oleh baginda; datang ke bawah bodi, maka
keempatnya berbalik menghadapi Sultan Alau'd-Din. Maka dibunuh baginda pula
seorang lagi, maka yang tiga orang itu lari. Setelah datang ke hujung jambatan,
dibunuh oleh Hang Isap seorang; yang dua orang itu lagi terjun ke air, lalu
berenang ke seberang. Setelah itu maka Sultan Alau'd-Din pun berjalanlah
kembali mendapatkan Hang Ishak. Maka titah baginda pada Hang Ishak dan Hang
Isap, "Bawa peti ini ke rumahmu;" maka sembah Hang Isap,
"Baiklah tuanku." Maka Sultan Alau'd-Din pun kembalilah ke istana
baginda.” (Sulalatus Salatin : 174)

Penyataan berkaitan adanya pusat
pemerintahan atau istana Kesultanan Melayu Melaka di atas Bukit Melaka dapat
dibuktikan melalui catatan Manuel Gobinho De Eredia dalam Description of
Malaca yang mengisahkan Permicuri (raja pertama Melaka) telah membentengi
dirinya di puncak bukit, di mana dirasakan selamat dan bebas dari rasa takut
akan ditangkap dan dibunuh seperti petikan berikut :
“So
Permicuri fortified himself on the crest of the hill, where he was safe and
free from the fear of being taken and killed. Moreover, he employed the
greatest industry and energy in extending the town on both sides of the river;
and he developed his new state by establishing commerce and traffic with the
surrounding peoples who all came to the port for the shadfishery…” (Description
of Malaca : 17).
Terdapat lakaran peta di dalam buku
yang ditulis Eredia memaparkan kawasan pentadbiran Kesultanan
Melayu Melaka di zaman pemerintahan
Parameswara yang memaparkan Bukit Melaka ditulis sebagai “Buquet Malaca”.
Selain
Buquet Malaca yang dicatatkan oleh Eredia, terdapat nama-nama bukit lain
seperti Bukit China (Buquet China), Bukit Pipi (Buquetpipi) dan Bukit Piatu
(Buquetpiatto) turut disebut dalam catatan tersebut.
Tome Pires pula di dalam buku Suma
Oriental mencatatkan kewujudan Bukit Melaka yang ditulis sebagai hill
of Malacca. Berikut antara perenggan penulisannya :
"Paramjcura
did not want to annoy his son and went there, his chief mandarin – his son’s
father-in-law-going as his guide to show the way, because of the thick grove of
trees that extends from the said Bretao to the hill of Malacca-as it does
today-although it is not more than two leagues, and when the king arrived he
saw three hills almost together, at [a distance of] three or four good shots of
a crossbow, to wit. The hill of Boqua China with lovely waters and very fresh,
and the hill of Alacras which is on side of Tuam Colaxcar, the Javanese Moor,
and the hill of animals (momte Dalimaria) where this famous fortress now is.
Paramjcura said to his son ‘Xaquem Daxa where do you want to settle?’ and the
son said on this hill of Malacca. The father said it should be so. And at the
said time he built his houses on top of the hill where the kings of Malacca
have had their dwelling and residence until the present time”. (Suma Oriental :
237)
Tome Pires turut
mencatatkan bahawa nama bukit
St. Paul bukanlah nama sebenar bagi bukit tersebut melalui pernyataan ini :
“The
Monte da Alimaria is, of course, the modern St. Paul’s Hill” (Suma Oriental :
237)
Adalah
dipercayai selain istana dan kubu yang dibina di atas Bukit Melaka ini, turut dibangunkan
petempatan untuk keluarga diraja seperti masjid besar, balairung dan keperluan
lain. Kedudukan petempatan di atas bukit ini dibuat berdasarkan catatan Fernao
Lopes De Castanheda dalam Bab CXII About Malacca town, Its Great Riches and How
it Become a Kingdom yang terdapat dalam Portuguese Document on Malacca seperti
berikut :
“In
the southern part of the town are the palace of the Sultan on a hill and also a
big mosque. In the southern part live people of high rank.” (Portuguese
Document : 85) “The
wounded Sultan flet with his men to the hill where their houses were, and
regrouped there.” ( Portuguese Document : 331)
“They
climbed the hill on which the Sultan had lived, and realizing that he was
already far away to be reached…And angry
at his having fled with his treasures they decided to take revenge by setting fire
to the Sultan’s palace and the houses of the prince and the top
administrators.” (Portuguese Document : 349)
Keterangan
ini menunjukkan bahawa sehingga kedatangan Portugis, petempatan diraja masih
berada di atas Bukit Melaka. Dalam serangan ke atas Melaka, Sultan Mahmud
dikatakan mengundurkan diri ke istana bersama pengikutnya yang juga menetap di
atas Bukit Melaka. Namun istana dan rumah-rumah di atas bukit tersebut
kemudiannya telah dibakar oleh Portugis apabila mereka mendapati Sultan dan
pengikutnya telah mengundurkan diri bersama harta benda.