Monday, June 14, 2021

LAYAN KAMBING PERAP PAK MAT WESTERN

Saya ni sebenarnya bukan penggemar daging kambing. Mula memakan daging kambing saya fikir baru dalam 10 tahun kebelakangan ini. Sebelum ini memang tak pernah merasai daging kambing.

Walaupun saya mula memakan daging kambing, tetapi tidak semua masakan berasaskan daging kambing saya makan. Apabila daging kambing dimasak kuah seperti kari, gulai dan sebagainya, memang saya tidak makan. Saya hanya makan daging kambing yang dibakar. 



Jangan ditanya pasal apa saya tak makan daging kambing yang berkuah, kerana saya pun tidak tahu kenapa. Mungkin silap saya sendiri yang sememangnya tidak mahu mencuba. Atau mungkin telah tersemat di hati menyatakan daging kambing ini sedikit berbau. Tapi apabila dibakar, kurang pula baunya, dan tekak saya masih boleh menelannya.

Musim-musim PKP ni, tak banyak perkara yang boleh dilakukan kecuali makan. Jadi, kebetulan anak buah saya ejen jualan Kambing Perap Pak Mat Western, saya pun sokonglah jualan dia dengan membeli 2 bungkus. Harga sebungkus dengan berat 500 gram berharga RM35.00. Turut didatangkan dengan sos lada hitam.

Rasa daging kambing ini sedap juga. Sekali sekala nak makan daging kambing, boleh mencuba Kambing Perap Pak Mat Western. Dari 5 bintang, saya berikan 4.5 bintang untuk Kambing Perap Pak Mat Western.


28 comments:

  1. org lelaki selalunya suka mkn kambing
    kalau kambing bakar golek rasanya semua pakat tuju dulu he hee

    ReplyDelete
  2. Saya pun tak makan daging kambing sebab bau dia hehehe

    ReplyDelete
  3. hahaaa..makan la selagi boleh fairus..nikmat yg masih ada sepanjg PKP ini ^_^

    dah pernah cuba kambing perap pakmat western ni..

    ReplyDelete
  4. Suka juga kambing. Rasanya tidak pernah jumpa yang hanyir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke.. Entahlah, kenapa saya tak gemar daging kambing yang berkuah.

      Delete
  5. Pernah cuba bulan puasa hari tu . Memang sedap . Perapan dia rasa sampai ke isi . Memang recomended sangat

    ReplyDelete
  6. Harga daging kambing bukan biasa biasa ni. Saya pulak jenis memang tak makan daging kambing lansung. Hihi...Mungkin dari pengalaman makan daging kambing yang berbau. Even daging lembu pun jarang makan, mungkin juga sebab bau dia terlalu kuat. Tapi kalau daging kerbau makan pulak, dia lebih sedap dan kurang lemak. Daging rusa extra sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daging kerbau dan lembu macam sama saja rasanya. Satu lagi, daging arnab saya tak makan. Dulu mak sedara buat rendang arnab masa hari raya, tak makan saya. Tengok je. Nasib baik ada rendang ayam juga

      Delete
  7. Masa puasa sebelum COVID-19 melanda, mesti akan singgah bazaar Ramadan sebab nak beli kambing golek.

    Sekarang tak jumpa dah. 😥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa bulan Ramadan jarang saya nak beli daging kambing.. biasa kalau ke bazaar, cari kuih saja.

      Delete
  8. feveret ni..tak pernah try lagi produk ni..ok harganya..

    ReplyDelete
  9. Last makan kambing masa bulan puasa hari tu. Sedapnyaa!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah lama tak makan. Baru je dapat merasa semula.

      Delete
  10. Baru layan daging harimau menangis nanti boleh bt kambing pulak

    ReplyDelete
  11. tingat ustaz sy ckp, lelaki kalau nk ank ramai selalulah mkn daging kambing😆😆😆😆 sedap oo kalu pandai msk hamis kambing boleh hlg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak boleh ramai lagi.. umur masing-masing dah meningkat.

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.