Saturday, June 5, 2021

TAKDIR BANGSAKU

Inikah takdir bangsaku?
riwayatnya hilang totok
sebesar-besar fasal
sekecil-kecil perihal
sang bermaharajalela tak kenal kekhuatiran
pacal terus kebingungan
antagonis mencucuk diiringi sorak sorai
arakian hilanglah jati diri
identiti dimamah usia kepesatan kosmopolitan
tidak diacuhkan insan-insan
sebermula jangan ada sesalan
anak di rumah mati kelaparan.

Fairus Mamat
20 April 2020

32 comments:

  1. Boleh huraikan maksud sekali? Saya bab puisi memang out.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mengisahkan tentang bangsa saya yang semakin lama semakin layu. Dengan pemerintah walau sebangsa tetapi takut untuk membuat keputusan yang terbaik bagi bangsa sendiri seolah-olah tiada kuasa. Entah apa yang ditakutinya. Dalam diam kita diinjak-injak sedikit demi sedikit, lantas apa yang ada semakin sedikit dan mungkin bakal lenyap.

      Delete
  2. takkan Melayu hilang di dunia...kita bersatu atas paksi agama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah.. kita pernah terdengar bahawa Fattah dan Hamas tak boleh bersatu justeru negara Palestin tidak boleh dibangunkan. Tapi kira lupa, tidak perlu sampai ke Palestin, kita sendiri berpecah belah. Berebut kuasa.

      Delete
  3. Mmg byk isu di medsos.. plg menyedihkan menteri miti itu yg seakan2 nk bunuh rakyat sendiri.. eh ter emo pulak

    ReplyDelete
  4. Pandai berpuisi tp tak semua maksud faham huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah puisi . ada kalanya memang sukar untuk difahami...

      Delete
    2. Org yg sukakan yg akan faham

      Delete
  5. Rasanya tidak kembali pada panduan al-Quran dan sunnah memang akan bermasalah selalu.

    ReplyDelete
  6. Ye, kadang bengang. Kadang sedih dengan apa yang berlaku sekarang. Yang mampu, kita jaga family kita dan anak-anak kita je la, didik dengan ilmu agama yang cukup.

    ReplyDelete
  7. Mudah-mudahan baik2 saja untuk kita semua..Terima kasih fairus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🤲🏼🤲🏼🤲🏼

      Delete
  8. Baca puisi ini, tiba-tiba teringat buku Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang. Banyak pesanan tersirat untuk bangsa Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejarah Melayu kitab rujukan saya tu.. Sehingga kini. Hihi

      Delete
  9. Hanya mampu tangisi nasib bangsaku yang lelah...

    ReplyDelete
  10. Bila kita ditindas di bumi sendiri.. sedih..

    ReplyDelete
  11. Bangsa pun dah bermacam-macam bangsa ada. Bilalah nak bersatu membangun bersama sama.

    ReplyDelete
  12. kita hanya akn kembali kuat jika menggenggam al Quran dan sunnah nabi SAW

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.