Sunday, June 27, 2021

SOKONG ITALI

Kitakan orang Malaysia, kenapa perlu menyokong negara lain? Saya tidak tahu jawapannya, rata-rata orang ada pasukan bola sepak kegemaran.  Tapi tak pasti pula sama ada orang Eropah, Asia Tengah, Amerika Latin dan lain-lain negara ada menyokong bola sepak Malaysia. Kita saja loghat nak sokong pasukan bola sepak mereka.

Jersi warna biru sudah ada, sedang tunggu kiriman jersi away warna putih yang baru dibeli

Persoalannya boleh ke tak menyokong negara lain? Iyalah kan, Malaysia mana sertai Piala Dunia atau Piala Eropah. Kalau Malaysia sertai, sudah pasti kita akan menyokongnya. Semasa kelayakan Piala Dunia yang lalu kan sudah menyokong Harimau Malaya, malah semasa awal-awal perlawanan iaitu sebelum covid-19, saya turut turun ke stadium Bukit Jalil tanda sokongan kepada pasukan negara.

Nak dijadikan cerita, saya mula meminati pasukan Itali semasa Piala Dunia 1994 yang diadakan di USA. Semasa itu Itali layak ke pertandingan akhir bertemu pasukan Brazil. Brazil memang salah satu pasukan yang menjadi pilihan ramai, namun saya memilih untuk menyokong Itali.

Ada gaya orang Itali tak? Hahaha

Pada perlawanan akhir tersebut berkesudahan dengan 0 - 0 yang akhirnya membawa ke penentuan sepakan penalti. Nasib tidak menyebelahi Itali apabila tewas 3 - 2 dalam sepakan penalti. Pemain kegemaran saya Roberto Baggio, pemain penyerang Itali antara yang gagal menjaringkan gol ketika sepakan penalti. Masih terngiang-ngiang di fikiran saya melihat kesedihannya.

Saya ni nak kata pandai sangat bermain bola sepak, tak juga. Masa sekolah dulu ada juga mewakili sekolah dalam bola sepak. Peringkat tertinggi yang pernah saya wakili ialah peringkat daerah. Peringkat negeri tak layak lagi, sebab ramai lagi yang hebat. Haha.. 

Dulu saya bermain bola sepak pada posisi bek kanan. Ada kalanya menjadi bek tengah selaku stopper.  Masa main bersama kelab di kampung, saya kebiasaannya tak diberikan peluang bermain, asyik menjadi pemain simpanan saja. Dapatlah juga sekali sekala diturunkan. Sedih.. 😢😢😢

Tapi sekarang sudah lama tak bermain bola sepak. Kadang kala rasa rindu nak bermain bola sepak. Tapi tak tahulah sama ada masih larat atau tidak. Sebelum ni, sekiranya jabatan memasuki pertandingan atau mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak, biasanya saya akan turut bermain. Tapi tu lah, banyak dah jadi veteran. Main pun ala kadar saja, suka-suka.

* Entri ini dibuat sementara menunggu perlawanan Euro 2020 pada awal pagi ini antara Itali vs Austria. Semoga kemenangan berpihak kepada Itali. 😎🤙🏼

#TheAzzurri
#ForzaItalia

34 comments:

  1. Yeaahhh menang 2 - 1. 😎🤙🏼

    ReplyDelete
  2. Tahniah Itali menang. Saya pun minat sekadar tau tengok, suruh main memang kaki bangku. Setakat kena kutuk kaki sembang tu perkara biasa. WCup sy start tengok 1998, tahun 1994 tu masih kecik, tau tengok kartun je. Kisah penalti Baggio tu memang selalu dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. minat sekadar minat sahaja, tak terlalu taksub.

      Delete
  3. wah kaki bola mesti minat bola kan xkiralah sokong sapa pun

    ReplyDelete
  4. peminat bolasepak mesti ada pasukan yg depa minat kan..kalau M'sia dapat beraksi di Piala Dunia..alangkah bestnya..

    dulu sokong Germany tapi bila depa main mcm apa je & kalah dgn South Korea..langsung tak minat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai juga yang minat Jerman.. Tapi saya tetap dengan Itali hingga kini.

      Delete
  5. Wah, suka dia, Itali menang ye.
    Mungkin encik fairus boleh cuba futsal, bila SOP mengizinkan nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu main jugak futsal, tapi lagi best main bola padang.

      Delete
  6. wow right wing tu..bukan kaleng kaleng bhaiyaa

    ReplyDelete
  7. Sokonglah mana-mana... Uncle no problem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya tiada siap pun menyoalkan nak sokong pasukan mana. Cuma saya bermonolog sendirian.

      Delete
  8. takda masalah nak sokong pasukan luar negara cos permainan mereka memang menghiburkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul.. anggap sebagai hiburan ringan.. hihi.

      Delete
  9. Tahniahhh Itali menang! Betul, minat masing masing kan, tak boleh nak persoalkan kenapa.

    ReplyDelete
  10. Peminat bola mesti banyak pilihan negara utk disokong

    ReplyDelete
  11. tak berapa ikut perkembangan bola sepak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok.. Kalau tak minat, tak boleh dipaksa. 😀

      Delete
  12. Sayang Jerman dah terkeluar daripada saingan.

    ReplyDelete
  13. Minat masing-masing. Ikut suka nak minat atau sokong mana-mana club. Euro ni saya tak tengok sangat. Tak tahu nak sokong mana.

    ReplyDelete
  14. Mesti encik fairus ni peminat bola ni.. sy xtahu sangat pasal bola. Laki sy pon xde layan jugak 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak layan bola, tak boleh dipaksa. Hihi

      Delete
  15. Yeah,kita sama sokong Itali.....

    ReplyDelete
  16. masing2 punya selera..hehee suami saya sokong team lain ^_^

    ReplyDelete
  17. Nak sokong yang mana itu terpulang pada diri sendiri. Ada yang minat MU, liverpool dan sebagainya. Tak kurang juga ada yang menyokong pasukan dalam negara sendiri. Adik ipar Cik TK sokong JDT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Macam-macam kelab dan negara kita boleh minat.

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.