Friday, June 18, 2021

KEJUTAN BUAT ISTERI

18 Jun merupakan tarikh lahir isteri saya. Tepat jam 12.01 malam tadi telah ucapkan selamat hari lahir pada dia. Siap tanya lagi, tiada hadiah ke? Saya cakap tahun ni tiada hadiah. Duit dah habis.. 😆😆

Tapi sebenarnya saya nak beri hari ni. Saya ni bukannya pandai nak buat kejutan sangat. Baru-baru ni saja terpengaruh sebab banyak di media sosial menunjukkan cara-cara nak membuatkan kejutan kepada seseorang.

Yang lepas-lepas biasa guna pengubah bunga saja yang hantarkan hadiah ke tempat kerjanya, tapi sekarang susah sedikit. Mereka tak boleh rentas lebih 10 kilometer, apatah lagi nak masuk ke kawasan klinik kesihatan. Isteri saya kerja di klinik kesihatan. Tempat dia merupakan ujian saringan covid-19 pula tu. Susah sedikit nak masuk.

Jadi, nak senang cerita saya ambil sajalah hadiah tu dari pengubah bunga. Saya pun hari ni masuk kerja separuh hari saja. Saya bawa balik dan letakkan di atas katil. Nak beli hadiah apa pun tak tahu, jadi saya hadiahkan jambangan bunga ni. Semoga isteri saya suka. 😊😊😊






47 comments:

  1. Selamat hari jadi untuk isteri Fairus. Itulah, susah pulak penggubah bunga tu nak hantar, silap gaya kena swab test dulu baru boleh masuk. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tu la.. Jadi saya letakkan di rumah saja..

      Delete
  2. kalau bagi hadiah emas laaagi dia suka

    ReplyDelete
  3. Wah! Isteri mana yang tak suka dapat surprise dari suami. Selamat ulang tahun buat Puan Isteri. Moga sihat selalu, dan berbahagia bersama keluarga tersayang.

    ReplyDelete
  4. Kalau sy dapat ni, lompat bintang terus..

    ReplyDelete
  5. Lupa pulak nak beri ucapan, Selamat hari lahir buat Puan Isteri Fairus Mamat.. semoga berbahagia dan sejahtera selalu, Amiiinnn.

    ReplyDelete
  6. kompem suke..lagi2 yg warna warni tu hahahaa ^_^
    Selamat Hari Lahir Puan isteri fairus..ya
    Moga diberi kesihatan yg baik dlm mnjalankn amanah :)

    ReplyDelete
  7. Wah. Romantik betul ni. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umur dah masuk 40 baru nak belajar romantik.. hihi

      Delete
  8. Selamat hari lahir buat isteri FM .
    CCL doakan semoga isteri FM sentiasa dalam lindungan Allah swt .

    Cantik bouquet tu . Mesti isteri tersengeh2 je dapat suprise tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kot.. masa tu saya keluar rumah. Tak tahu apa reaksi dia. Tapi dia whatsapp ke, ucapkan terima kasih.

      Delete
  9. Hahha tu konpom isteri fairus dh senyum lebar dgn kejutan semlm haha selamat hari jadi untuk dia..

    ReplyDelete
  10. mesti la dia suka bila blk tgk hadiah mcm ni
    happy besday utk wife Fairus

    ReplyDelete
  11. Selamat hari lahir..wahh bertuah isteri nya..kompem suka..yeala nk bg hadiah tak tau nk bg apa..bg ni selesai masalah..heheh

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Staff saya buat tu. Dia ada buat surprise gift macam ni, jadi saya tempah kat dia je. Dah beberapa kali tempah melalui dia.

      Delete
  13. Wowww ini sweet! Laki sy x wish ponn. Tapi tiba tiba dapat surprise.. malu ckp agaknyaaa 😆😆😆 happy birthday buat isteri en fairus yaa. Moga dimurahkan rezeki !!

    ReplyDelete
  14. Tudiaaa...sweet sangat aih.....mesti la dia suka kan

    ReplyDelete
  15. wahh yg ni confirm isteri fairus suka. send my birthday wishes buat dia

    ReplyDelete
  16. Confirm senyum lebar kalau dapat jambangan bunga berisikan duit macam tuu hahaha. Apa apa pun happy belated birthday isteri encik fairus! Semoga dilimpahkan rezeki yang berterusan dan sihat selalu.

    ReplyDelete
  17. Happy belated birthday untuk isteri Encik Fairus. Cantik jambangan tu.

    ReplyDelete
  18. happy belated birthday kepada puan isteri. seronok kalau dapat jambangan bunga macam tu.

    ReplyDelete
  19. waaaa happyyy ni !!! sure happyyyyyy

    ReplyDelete
  20. waaa mesti org rumah suka ni. boleh beli apa yg dia suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Tapi dia masih simpan lagi tu. Duit belum dicabut lagi. Hihi

      Delete
  21. Romantik juga hahaha tp biasalah lelaki mesti akan bt surprise kalau mampu ikut kemampuan masing2.

    ReplyDelete
  22. Menarik hadiah dan surprise ni. Berbunga bunga hati isteri dapat. Happy belated birthday untuk isteri. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Aaaminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas ucapan. 🙏🏼

      Delete
  23. uiiiiiii habis skrin hp sy ni penuh semutttt

    happy belated birthday utk isteri... wahhh dkt je dgn birthday anak sulung ya... kalau same date tu lg best... kem salam kat isteri ya👍👌

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.