Friday, June 25, 2021

TERIMA PEMBERIAN HADIAH COMEL

Semenjak mula kembali aktif berblog dalam dua, tiga bulan ini, kerap juga menerima hadiah dan pemberian barangan daripada rakan-rakan. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan blogger yang telah memberikan sesuatu kepada saya. Saya sangat menghargainya.

Hari ini pula, kebetulan saya datang sebentar ke pejabat untuk uruskan beberapa tugas, dapat pula parcel dari Pos Express dari blogger Anies. Hadiah ini diterima sempena membantu beliau menjawab soalan berkaitan covid-19 yang diajukan pada blog beliau.



Hadiah-hadiah comel ini saya berikan kepada anak perempuan saya yang berusia 9 tahun. Dia pun amat suka akan barangan-barangan comel ini. Cuma buku nota, saya ambil untuk digunakan untuk mencatat apa-apa bagi urusan kerja.

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada blogger Anies atas pemberian ini. Untuk makluman juga, blogger Anies ada menghasilkan lampu tidur yang kreatif dan cantik yang disebut Lampu Ukeer. Baru-baru ini saya ada menempahnya untuk dijadikan hadiah. Tak sabar rasanya nak melihat hasilnya nanti untuk dihadiahkan kepada anak perempuan saya sempena hari lahirnya.

42 comments:

  1. Lampu ukeer???? OK zasss saya ke blog anies utk tgk hehehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tahniah murah rezki

    ReplyDelete
  3. Tahniah! Rezeki berblogging.

    ReplyDelete
  4. best kan dpt hadiah mcm2 dari rakan2 blogger.. 😅😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lah Wak.. Saya berblog dah lama, baru merasa sebegini. Dulu berblog saya menulis je apa yang terlintas di dalam kepala.

      Delete
  5. Comel comel kannn hadiahnya, saya punn baru dapat harini

    ReplyDelete
  6. 'Haduah' pun 'haduah' lah... janji comel!

    tahniah!

    ReplyDelete
  7. hadiah ucapan terima kasih kerana membantu..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah rezeki. Anies memang suka bg hadiah

    ReplyDelete
  9. Ramai yang dapat hadiah dari blogger Anies ni. Semoga murah rezeki pemberi hadiah. Tahniah untuk encik fairus.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..tahniah.
    Hadiah pun dah selamat sampai. rezeki anak juga dapat sticker comel.

    ReplyDelete
  11. Wah,tahniah...meh la jadi pengomen tegar blog SA plak...blom ada lelaki lagi ni...

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah tahniah, rezeki tu dapat hadiah!

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah smpi dgn selamat����
    sama2

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.