Tuesday, January 31, 2012

RUMAH DEMANG ABDUL GHANI @ PENGHULU MAT NATAR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Hari ini saya mahu mempromosi dan mewar-warkan sebuah galeri terbaru yang dibangunkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Di harap kepada semua penyelidik dan pengunjung dapat sedikit maklumat seterus melawat galeri ini yang sememangnya unik dari segi seni binanya. 

Rumah tradisional ini dipercayai telah didirikan oleh Demang Abdul Ghani bin Penghulu Abdul Majid, seorang hartawan yang keturunannya berasal dari Palembang pada tahun 1831. Penghulu atau Demang merupakan 'Raja Kecil' dan amat dihormati pada waktu itu. Rumah ini merupakan pusat pentadbiran kampung dan sering digunakan sebagai teempat perjumpaan bagi membincangkan hal ehwal masyarakat.

Tiga generasi penghulu pernah mendiami rumah ini iaitu Penghulu Abdul Majid (1831-1834), Demang Abdul Ghani bin Abdul Majid (1834-1934) dan Penghulu Mat Natar bin Abdul Ghani (1931-1978).

Erm.. Cukuplah saja sedikit maklumat yang diberikan. kalau mahu maklumat lebih lanjut, bolehlah berkunjung ke Galeri Demang Abdul Ghani ini di Merlimau, Melaka dengan bayaran semurah RM 3.00 untuk dewasa dan RM 1.00 untuk kanak-kanak.

Monday, January 30, 2012

VAN MINI MILO... MEMANG TERBAIK




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Benda yang diimpi-impikan telah sampai kepangkuan saya. Apa benda tu? Sudah tentulah koleksi Van Mini Milo. Dulu masa dia buat promosi, saya hanya berjaya menebus 2 buah Van Mini Milo yang bersaiz besar, sekarang saya baru membeli satu set (6 buah) Van Mini Milo yang bersaiz kecil. Huh, barulah terasa lengkap sedikit.

Saya membelinya di Muday.my. Memang hari-hari saya mengintainya, dan-dan pada satu hari saya dapati ada seorang penjual mahu menjualnya dengan harga yang sedikit murah berbanding yang lain, jadinya saya teruslah membelinya. Selepas ini, saya mahu melengkapkan koleksi Van Mini Milo yang bersaiz besar pula yang masih kurang empat unit.

Di bawah ini disertakan gambar-gambar koleksi Van Mini Milo untuk tatapan bersama : )

Lihat juga koleksi barangan Milo di sini :


Van Milo 1950-an

Van Milo 1960-an dan 1970-an

Van Milo 1980-an

Van Milo 1990-an

Van Milo 2010

Van Milo 2011

Thursday, January 26, 2012

KATA SPONTAN NO. 3 : AAMINN KE AAAAAAAAAAAAMINN





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Esok hari Jumaat kan? Jadinya pasti ramai kaum-kaum Adam akan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Dalam solat berjemaah ini, bacaan Al-Fatihah akan dibaca nyaring dan akan diakhiri ayat AMIN oleh imam dan akan disahut oleh para jemaah yang lain.

Namun, adakah ayat AMIN tersebut harus disebut AAMINN atau AAAAAAAAAAMINNNNN? Sekali saya teringat pada suatu ceramah yang saya pernah dengar dahulu yang bunyinya sedikit kurang lebih begini :

"Kebanyakan antara kita apabila bersolat jemaah di masjid akan menyahut AMIN dengan menyebut AAAAAAAAAMINNNNN. Kenapa perlu dipanjangkan ALIF itu, sedangkan panjang ALIF hanyalah 2 harkat. Sepatutnya kita hanya menyebut AAMINN."

Apa yang saya dengar, itulah saya praktikan sehingga ke hari ini. Namun sehingga kini, mana-mana masjid yang saya hadiri pastinya makmumnya akan menyahut AMIN dengan AAAAAAAAAMINNNNN. Kadangkala terfikir, adakah ustaz yang meyampaikan pesanan itu tidak sampai lagi ke masjid-masjid lain?

Wednesday, January 18, 2012

JANGAN SELESA APABILA BERADA DI ATAS





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kita manusia hidup di dunia ini ibarat roda. Ada kalanya kita di atas dan ada kalanya kita di bawah. Jadinya, kepada sesiapa yang berasa agak selesa di atas dengan begitu lama, janganlah beranggapan mereka akan terus di atas. Agak ramai pesaing-pesaing yang sedaya upaya berusaha untuk menjatuhkan kita.

Dalam konteks ini, bukanlah bererti kita tidak boleh berada di atas. Kita boleh berada di atas, namun kita juga perlu memandang di bawah dan juga melihat kepada pesaing-pesaing kita yang senantiasa akan mengambil peluang di atas kelekaan kita untuk memotong kita yang di puncak.

Sebagai contoh, pertembungan teknologi antara Nokia dan Samsung. Kalau dahulu syarikat Nokia amat gah berada di puncak dunia dengan pelbagai keluarannya pasti dinantikan oleh pengguna, tetapi kini tidak lagi. Sekarang nama Samsung pula mendaki dengan perlahan-lahan sehingga berjaya ke puncak lalu mengalahkan pesaing-pesaingnya yang dulunya begitu hebat. Kini, Nokia kian terdesak dan telahpun mengeluarkan kenyataan akan "berperang dengan Android". Jelas di sini, kita perlu lebih berwaspada pada para pesaing kita walaupun mereka hanya bersuara dengan nada lawak.

Seperti juga negara kita Malaysia. Kita nampak seperti aman dan damai tetapi adakah kita perlu berdiam diri sahaja dengan mengecapi kedamaian ini. Walaupun kita mengecapi kedamaian, tetapi sikap berjaga-jaga tetap diperlukan. Siapa sangka negara-negara jiran kita bertukar topeng dari jiran menjadi musuh. Thailand, Singapura, Indonesia dan lain-lain negara pastinya ada perisikan mereka sendiri untuk memerhatikan gerak geri kita. Oleh yang demikian, kita perlulah sentiasa berhati-hati, bersatu padu agar pihak luar tidak mendapat peluang untuk menjatuhkan kita dari segala aspek sekalipun. Pernah tak kita terfikir bahawa kita akan diserang pada hari Jumaat, kerana pada hari Jumaat kebanyakkan lelaki menunaikan solat Jumaat di masjid?

Di dalam organisasi juga, siapa yang berada di atas perlulah sentiasa bersiap untuk memajukan diri dengan memenuhkan ilmu di dada dan sentiasa peka pada perkembangan di bawah. Biasalah, apabila kita berada di atas, pasti ada usaha untuk mencantas kita dalam apa bentuk sekalipun. Mungkin dalam bentuk fitnah, membodek, secara halus mahupun secara terangan dan bermacam-macam cara lagi.

Apa yang dapat dirumuskan ialah, kita memang boleh berada di atas. Tetapi jangan sekali sekala merasa selesa apabila di atas. Kita hendaklah selalu peka atas gerakan-gerakan yang hendak menjatuhkan kita atau gerakan yang mahu menyaingi kita. Sekiranya ada persaingan, jangan pula kita bersaing secara tidak sihat. Bersainglah dengan cara yang penuh berhemah.

# 13 WORLDLESS (MEMANTUL-MANTUL)





Saturday, January 14, 2012

TIADA BAWAH, ATAS MUNGKIN TIDAK BERJAYA





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam sesuatu organisasi tidak kira sektor awam mahupun swasta ada pengubal polisi dan pelaksananya. Di dalam rangka pengurusan, biasanya golongan pelaksana ini adalah lebih ramai dari golongan pengubal polisi, pengurus ataupun ketua. Ketua pula perlu menguruskan ramai orang-orang bawahannya samaada puluhan mahupun ribuan pekerja

Dalam sesuatu oraganisasi, semua orang bekerja. Yang atas bekerja dengan caranya, yang bawah juga dengan bekerja mengikut kehendak atasan. Yang banyak melaksanakan tugas adalah orang bawahan, kerana yang atas hanya membuat sesuatu polisi, aturan, cara kerja manakala yang bawah-bawah inilah yang membuat kerja tak kira siang atau malam, secara bersahaja mahupun tugasan segera. Yang bawahan sentiasa berhempas pulas untuk memuaskan kehendak atasan.

Tapi itu tidak boleh dinafikan kerana yang atasan itu mempunyai ilmu, mempunyai kelulusan dan mungkin organisasi itu mereka yang punya. Jadinya, tidak mengapa, sama-samalah bekerja mengikut arahan yang sepatutnya. Kita perlu menghormati ketua. Sama-sama meningkatkan produktiviti dan nama organisasi.

Namun begitu, seperti yang dikatakan sebentar tadi, yang menghempas pulas bekerja ialah orang bawahan. Jadinya, apa-apa berlaku di dalam organisasi perlu melibatkan nama orang bawahan. Sekiranya organisasi kita cemerlang, organisasi kita dapat anugerah itu, ini, organisasi kita dapat mencapai matlamat, atau lain-lain pencapaian perlulah berterima kasih kepada mereka-mereka di bawah ini. Ya.. Memang benar yang di atas ini yang memacunya, tetapi yang melaksanakan adalah mereka yang di bawah. Mereka di bawah yang ramai-ramai ini.

Ini tidak.. Ego, sombong dengan tidak mahu mengucap terima kasih seperti segala pencapaian yang dikecapi semua adalah hasil usaha dia seorang sahaja yang mengepalai organisasi. Ingatlah-ingatlah yang bawah. Berapa kali saya mahu ulang, yang bawah itu paling ramai dari yang atas, sekali yang bawah goyang mahu tersunggkur yang di atas tu.

Akhir kata, sekiranya kita duduk di atas, jangan sekali-kali ego, sombong dan bongkak. Kalau kita menghina mereka yang di bawah, anda seorang saja yang menghina mereka seorang demi seorang. Sebaliknya yang di bawah ini ramai, mereka beramai-ramai menghina kita pula.

(Ps : Bukan susahpun nak berterima kasih dengan orang bawahan. Tidak kena bayarpun...)

Thursday, January 12, 2012

MENGEJAR BAYANG : PINTU PAGAR







Ini bukan pintu pagar biasa. Pada suatu masa dahulu, orang-orang besar dan kakitangannya saja yang berlalu di sini.

MENGEJAR BAYANG

Monday, January 9, 2012

KESAN BERHENTI MEROKOK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini 9 Januari 2012, apa peristiwa penting hari ini ya? Ooo.. Mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bebas dari tuduhan meliwat. Erm.. Tak kisahlah, bebas ke tak bebas ke, yang nak diceritakan di sini ialah saja nak beritahu yang saya sudah 3 bulan berhenti merokok pada tanggal 3 Januari yang lalu. ;)

Nak diceritakan lagi, selama berhenti merokok ni, adalah juga teguran atau komen yang positif dan negatif dari rakan-rakan sekerja. Tak pastilah apa motif teguran atau komen yang negatif tu, tapi apapun saya menerimanya.




Teguran / komen yang positif :

"Eloklah tu. Bagus, teruskan usaha."

Antara teguran / komen yang negatif (sangka sayalah) :

---> "Tak baik kau berhenti mengejut. Nanti lagi banyak penyakit yang kau akan kena."

---> "Kau berhenti merokok? Kau bersukan? Habislah, lepas ni dia tangkap kat buah pinggang kau."

---> "Kau berhenti mengejut? Bapak aku dulu doktor siap marah pasal berhenti terus. Nak berhenti kena perlahan-lahan."

Sebenarnya saya hanya mendengar sahaja apa yang mereka tegurkan. Nak buat macam mana lagi, saya sudah berhenti merokok, takkan mahu hisap semula. Saya rasakan, kalau menghisap rokok semula, alamatnya tidak berhentilah. Terima kasihlah kepada produk Niquitin kerana sememangnya ia mampu menghapuskan ingatan saya terhadap rokok disamping keazaman dan kesungguhan saya sendiri untuk berhenti merokok.

Beralih kepada kesan berhenti merokok, saya juga mahu berkongsikan sedikit kesukaran saya apabila berhenti merokok iaitu mengalami batuk yang agak teruk. Buat masa ini sudah dua kali saya mengalami batuk yang masing-masing mengambil masa seminggu untuk pulih.

Batuk yang pertama saya kena pada awal berhenti merokok dan keduanya ialah pada masa sekarang. Nak dikatakan teruk, tidaklah sangat tapi kalau batuk tu rasa seperti mahu tercabut saja jantung ini. Lebih-lebih lagi pada waktu malam. Aduhai... sakit dada.

Mahunya tidak sakit, mula menghisap rokok sejak dari sekolah menengah lagi. Orang kata semua tu tindak balas dari racun, nikotin, tar dan lain-lain bahan rokok yang terdapat dalam badan. Erm.. Tak mengapalah. janji saya sudah berhenti merokok. Batuk sedikit-sedikit, kena tahan sajalah.

Jadinya, saya menyeru kepada perokok-perokok di luar sana, marilah sama-sama berhenti merokok. Satu motivasi saya untuk berhenti merokok ialah kerana fatwa telah dikeluarkan bahawa merokok ialah HARAM dan yang HARAM itu sekiranya dilakukan adalah BERDOSA. Sudah cukuplah dosa yang secara sedar atau tidak sedar dilakukan, tak mahu menambah dosa lagi. Bagi yang ingin mencuba menghisap rokok tu, lupakan saja niat tu.




v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Mahu berhenti merokok? Hubungi saya segera!


Sunday, January 8, 2012

JOM CARI BLOGGER SETEMPAT





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya ni bukan senang sangat nak sertai acara-acara / program yang dianjurkan oleh penulis blog. Tapi hari Ahad yang terlebih masa ni, saya mencuba untuk menyertai satu segmen yang dianjurkan oleh Hasrulhassan.com untuk mencari kenalan setempat. Manalah tahu, di taman saya duduk ini ada juga penulis-penulis blog, bolehlah merapatkan silaturrahim.


Sepertimana kehendak segmen, jadinya saya sertakan peribadi ringkas saya yang diperlukan :

Nama : Fairus bin Haji Mamat

Umur : -+ 30 tahun

URL : fairusmamat.blogspot.com

Lokasi : Taman Merbok, Bukit Katil, Melaka

Harap adalah penulis blog yang setempat dengan saya. Nanti bolehlah lepak-lepak minum kopi malam-malam. ;)

Thursday, January 5, 2012

KATA SPONTAN NO. 2 : SIAPA PEDULI!





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Petang tadi saya ada membaca entri terbaru di blog KomenSen yang mengisahkan tentang entrinya menduduki tempat kedua dalam carian Google. Tak semenanya saya teringat kembali kata-kata penceramah dalam satu ceramah yang pernah saya dengar dahulu.

Bunyinya kira beginilah :

"Dalam dunia ini orang akan sentiasa ingat benda yang pertama iaitu yang nombor satu. Contohnya orang pertama ke bulan, dapat nombor satu dalam peperiksaan, orang pertama yang mencipta telefon dan sebagainya. Sekiranya nombor dua atau tiga dan seterusnya siapa peduli? Jadi berusahalah untuk menjadi nombor satu."

Buat pemilik KomenSen, maaflah ini bukannya berniat untuk memperkecilkan tuan. Dari berjuta carian dalam Google dan tuan yang kedua, kiranya memang hebat sudah tu.

Tuesday, January 3, 2012

MENGEJAR BAYANG : ERTI KESABARAN






Memancing mengajar erti kesabaran. Dan kita perlu yakin bahawa rezeki datangnya dari Allah SWT. Kalau ada rezeki, dapatlah hasilnya. Sekiranya tidak, jangan berduka, berusaha lagi.

MENGEJAR BAYANG

MENGEJAR BAYANG : RIANG RIA






Memang seronok melihat kanak-kanak bersuka ria. Ada kalanya terasa ingin mersama-sama mereka menjadi kecil kembali dan bermain bersama. Apakan daya, usia sudah meningkat dewasa.

MENGEJAR BAYANG

MENGEJAR BAYANG : JAGOAN DALAM PEMBIKINAN






Agak sukar untuk membuat seseorang menjadi jaguh. Dalam ramai-ramai yang dibentuk, mungkin tiada satupun yang layak untuk menjadi jaguh. Oleh itu, terus dan teruslah mencari jaguh biar sampai ke akar umbi.

MENGEJAR BAYANG

MENGEJAR BAYANG : BUKAN MEREMPIT






Merempit biasanya dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral muda mudi bermotorsikal. Berlumba, menunjukkan aksi tonggang terbalik, melanggar aturan jalan raya. Bukankah elok sekiranya aturan diikuti. Merah tanda berhenti, berhentilah...

MENGEJAR BAYANG

MENGEJAR BAYANG : BUKAN NAGA






Mengapa tumbuhan ada dikaitkan dengan haiwan seperti Buah Naga. Ianya buah, tetapi disebut Naga. Adakah ianya menyerupai naga? Tumbuhan ini pula panjang dan berduri-duri adakah dipanggil Pokok Bunga Naga?

MENGEJAR BAYANG

MENGEJAR BAYANG : BUKAN KAKI JOLI






Burung Merpati jika berduaan pastinya kita akan menyataka "Merpati Dua Sejoli". Jika seekor sahaja, mungkin membawa pengertian yang ianya tidak suka berjoli dan ianya bukanlah kaki joli.

MENGEJAR BAYANG : CERMINAN DIRI






Orang biasa berkata "cermin dulu diri kita sendiri". Barangkali memang benar. Kita perlu mencermin diri kita sendiri supaya kita ini bukan 2 x 5 sahaja dengan mereka-mereka.

MENGEJAR BAYANG

MILO LAGI...





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Masih ingat lagi koleksi-koleksi barang Milo saya yang saya paparkan pada entri yang pertama? Kalau tak ingat, boleh klik pada entri INI. Pada hari ini saya paparkan 4 buah koleksi milo yang terbaru saya perolehi. Saya peroleh koleksi Milo ini daripada pembelian di Mudah.my, abang saya beri dan pembelian produk Milo.

Saya tahu banyak lagi koleksi Milo yang belum saya perolehi lagi. Tapi Insyaallah, lepas ni kenalah cari lagi. Lagi satu, kena ada modal, kalau dapat percuma sudah cukup Alhamdulillah. Perancangan saya lepas ni mahu membeli koleksi van milo yang belum cukup lagi 4 unit. Sudah "survey" di Mudah.my, memang mahal-mahal dijualnya. Tapi tak mengapa, duit Nuffnang ni saya akan gunakan untuk membeli van-van Milo tersebut. )

Bawah ini merupakan koleksi terbaru yang saya perolehi :