Tuesday, June 15, 2021

JERUK MANGGA ASAM BOI

Kakak saya minta adik beradik datang ambil buah mangga di rumah kerana jirannya menebang pokok mangga di hadapan rumah. Banyak buahnya. Saya pada awalnya memang tak berhasrat untuk mengambil, tetapi akak ipar yang pergi ambil di rumah kakak saya memberi pada saya. Banyak sangat katanya. Jadi saya ambillah juga beberapa biji.

Dalam fikiran saya sudah terbayang nak buat jeruk mangga asam boi. Sudah itu saja yang saya mampu buat. Jadi, pergi ke kedai terus membeli asam boi. Lain-lain bahan seperti cili api, gula dah memang ada di rumah. 

Tak susah sangat pun buat jeruk mangga asam boi ni, campur-campur saja bahan-bahannya. Terus jadi. Nak makan terus pun boleh. Tapi saya simpan dalam botol, biarkan dalam sehari.

Buah mangga ini pun sedap. Jenis ranggup apabila dimakan. Ala-ala jeruk mangga asam boi yang dijual di tepi jalan tu.. Lepas ni bolehlah saya jual di tepi jalan. Hehe.. 




Ada yang kecur tak?

34 comments:

  1. perghhhh tetiba rasa masam tekak ni hahaha

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap. Nanti boleh jual ni. 👍

    ReplyDelete
  3. perghhh... mmg kecur.. dah order mangga mcm ni mgu lps dgn ex-student tp x sampai² lg ni... dapnya krup krap

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Saya pun suka makan jeruk.. bukan perempuan saja suka jeruk tau.. hihi

      Delete
  5. Sedap.. saya baru buat minggu lepas tapi saya campur asam boi merah tanpa biji bagi cantik warna dia.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Ini makan sambil duduk depan TV... sekejap je habis ni :)

    ReplyDelete
  7. Aduh terasa kemasaman mangga tersebut.

    ReplyDelete
  8. Uish sedapnya. Kalau jumpa orang jual tepi jalan memang selalu beli

    ReplyDelete
  9. Pehhh sedapppnyaaa. Dah lama xmkn nii😋

    ReplyDelete
  10. Suka makan, tapi sikit saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah.. Makan seorang-seorang tak habis ni.

      Delete
  11. kecur tengok. kalau makan ni boleh habis 1 balang makan sorang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa.. hebat! Saya ni dah berapa hari tak habis lagi. Haha

      Delete
  12. Terbayang terus dia punya rasa masam2 pedas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik tak banyak cili sangat. Tak berapa pedas ni.

      Delete
  13. Sedap dan ranggup ni makan begitu saja memang licin

    ReplyDelete
  14. Mana mungkin tak kecur air liur tengok jeruk mangga asam boi. Favourite ni. Rezeki tu dapat mangga.

    ReplyDelete
  15. kecuqqqqq... dulu sy suka asam boi yg merah tu... la ni mcm ssh je nk jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. Sekarang banyak jumpa asam boi putih je.

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.