Wednesday, June 23, 2021

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST SYU DERIS

Saya telah disapa oleh blogger Syu Deris yang menjemput menyertai segmen terbaharu yang dianjurkannya. Segmen tersebut adalah Pencarian Bloglist Syu Deris. Jadi, adat orang dah menjemput, tak elok kalau tak sertai. Kebetulan ada masa terluang, bolehlah saya bahagi sedikit masa untuk menyertai segmen ini tanda sokongan terhadap rakan blogger.



Uniknya segmen ini selain daripada syarat yang biasa, Syu Deris turut meminta agar meneka bilangan dan menyatakan salah satu simpulan bahasa yang terdapat pada gambar di bawah ini.


Jadi, tekaan saya ialah 10 peribahasa yang terdapat dalam gambar di atas. Saya nak cuba sebut kesepuluh peribahasa ini iaitu :

1. Buah hati
2. Hidung tinggi
3. Sediakan payung sebelum hujan
4. Jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai
5. Kaki bangku
6. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
7. Katak di bawah tempurung
8. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
9. Bagai anjing dengan kucing
10. Kura-kura dalam perahu

Ke masih ada yang tertinggal? Jom kita cari lagi sama-sama.  😀😀😀

61 comments:

  1. Selamat bersegmen! Yang buah hati tu tak nampak pulakk kat mana hahaha.

    ReplyDelete
  2. owhh buah hati tu kat dinding..baru perasan.moga berjaya

    ReplyDelete
  3. Wah. Memang banyak peribahasa dalam gambar ni. Yang tersirat pun banyak tu.

    ReplyDelete
  4. Wah, seronoknya ada game cari simpulan bahasa dlm gambar, game favourite ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali melayankan perasaan ingin mencuba.. hihi.

      Delete
  5. Selamat bersegmen. Ya, lain daripada yang lain kan. Sambil bersegmen boleh refresh balik ilmu peribahasa :)

    ReplyDelete
  6. Wowww... Alamak klu smpt nnt join heheh

    ReplyDelete
  7. Wah tertarik dgn segmen ni .
    CCL bookmark dulu ya .

    ReplyDelete
  8. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
    Macam soalan dalam buku teks tahun 5 ke, tahun 6 pun ada. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ni.. Saya pun ada perasan buku anak saya dulu ni.

      Delete
  9. hanya orang hebat dan bijak boleh menjawab dengan baik.

    tahniah tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana datangnya hebat tuan.. Bantuan Google saja.

      Delete
  10. Selamat bersegmen. Unik segmen ni lain dari yang lain. Semoga berjaya masuk bloglist penganjur.

    ReplyDelete
  11. all the best!! singgah dari segmen yang sama

    ReplyDelete
  12. Bagus...mengasah minda..akak pun tak terpikir peribahasa2 yg terdapat dlm gambar tu

    ReplyDelete
  13. Selamat bersegmen dan tambah ilmu pengetahuan. Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  14. Good luck. Tajamnya mata, saya tak nampak yang kaki bangku tu

    ReplyDelete
  15. Fuh hebat tu meneka! All the best 😄

    ReplyDelete
  16. semua yg shida teka ade dlm list hehee
    selamat bersegmen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Terima kasih juga kepada Google.. haha

      Delete
  17. selamat bersegmen tuan. unik betul syarat tambahannya. klu tak tau peribahasa mmg tak tau lah jawapannya

    ReplyDelete
  18. Wah! Segmen ni menarik. Boleh join nty. Selamat bersegmen 😁

    ReplyDelete
  19. Bagus segmen ini, mengingatkan kita pada peribahasa. Good luck and all the best ya!

    ReplyDelete
  20. Salam Fairus.Result dah keluar tau.Terima kasih sudi join bersegmen dengan Syu. Result boleh tengok dekat sini yer https://www.syuderis.com/2021/07/senarai-calon-terpilih-segmen-pencarian.html

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.