Friday, June 4, 2021

PANTUN HARIMAU MALAYA KENA BAHAM



Harimau Malaya terciduk dengan UAE 4 - 0. Permainan lembab.  Tiada semangat. Cepat hilang bola dan bermacam-macam masalah lagi. Sepatutnya hari demi hari ada peningkatan, tetapi kita terus terkulai. Apa nak jadi pun tak tahulah.

Nah! Diciptakan pantun untuk mengubati hati yang lara atas kekalahan besar 4 - 0.

Empat orang awek Rusia,
jalan-jalan di kampung Losong;
apa nak jadi bola Malaysia,
dibantai UAE empat kosong,

Lipas bukan sebarang lipas,
lipas berasal dari bendang;
bawa bola asyik terlepas,
lawan gelecek hanya dipandang,

Tepuk amai-amai,
belalang di pokok sena;
pemain naturalisasi punyalah ramai,
haram satu pun tak berguna.

Buah betik si buah kepaya,
banyak ditanam di Romania;
apa nak harap Harimau Malaya,
takkanlah sampai ke Piala Dunia.

Tengok bola mengunyah kuaci,
kulitnya dibuang melayang-layang;
marah peminat bukan benci,
marah peminat kerana sayang.

Ok sudah, itu sahaja. Sekian, terima kasih. 

😔😔😔

46 comments:

  1. Apaaa... 4-0... Aduii.. takda rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. 4-0. Kenapa, tak percaya? 😆😆😆

      Delete
  2. sabarlah peminat2 Bola
    siap ada pantun lg he hee

    ReplyDelete
  3. dah lama abam kie x nengok team msia main bola sbb dah yakin sentuhan kecundang belaka...baik layan netflix...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tak nak tengok juga bang.. Kalau bukan kita yang sokong, siapa lagi. Walaupun harlti ini kerap dilukai..😔

      Delete
  4. Tak tengok bola. Cuma kalau dapat rapatkan jurang jaringan tu, jangan dapat 0 pun, ok kan... tapi gaji pemain bola bukan main mahal. Hehe..

    ReplyDelete
  5. woww. hebat! siap ada pantun lagii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bak kata orang tua-tua, menegur secara beradab, sinis, mendalam dan menusuk kalbu.

      Delete
  6. TERUS BERI SOKONGAN KEMENANGAN MRK TERTUNDA TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak lama dah tertunda.. Penat juga tunggu. Hihi

      Delete
  7. Haha mantap punya pantun..nasib baik akak dan suami kaki bangku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun kaki bangku, tidak semestinya tidak meminati bola. Ramai je kaki bangku yang minat bola. Haha

      Delete
  8. Sedih kan bila tenguk Harimau malaya dah tidak mengaum seperti dahulu

    ReplyDelete
  9. itulah harimau menangis saja kn dh kena baham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Makan daging harimau menangis lagi sedap.

      Delete
  10. Aduhai! Sampai terkulai layu di hujung tendangan pulak Harimau Malaya ye. Harap-harap dapatlah bangkit kembali dan keluarkan taringnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga perolehi kemenangan pada perlawanan akan datang.

      Delete
  11. Kaw kaw pemain bola sepak kena kutuk masa main bola semalam, takdo rezeki orang cakap hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bak kata Fakri the Lord, bola kalau taknak masuk, tetap tak masuk..haha

      Delete
  12. Dengar berita tahu kalah pada UAE. Harap lepas ini dapat kemenangan. Ada peluang lagi.

    ReplyDelete
  13. Itupun nasib baik Farizal perform, kalau tak mau 10 lagi. Huhu. Taruk pemain Mitdjyland pun x jadi apa. Posession ke laut, kena langgar dengan pak arab tergolek

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. Nak bersyair tak pandai sangat, jadi saya buat pantun. Haha

      Delete
  15. Nak buat mcm mana..rehat lama sgt sbb covid19 ni mgkin ^_^
    Jangan putus asa dalam menyokong tunggang negara :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barangkali sebab tiada penyokong harimau Malaya yang ramai seperti di Bukit Jalil dulu.

      Delete
  16. Terhibur saya membaca pantun-pantun ni :)

    ReplyDelete
  17. Replies
    1. Memang sabar pun.. tapi perasaan kecewa tetap ada.

      Delete
  18. Baru tengok kejap dah rasa macam takde feel nak tengok. okay lagilah 4-0 dari 10-0 yang dulu. kita tengok camne dengan Vietnam eesok. Fit tak fit nak kejar kepantasan player Vietnam.

    ReplyDelete
  19. Semoga malaysia ada perubahan di tahun yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh lagi perjalanan Malaysia, mungkin tidak tiba-tiba..

      Delete
  20. sabar aje la...
    mengharapkan perubahan tapi, masih sama :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kena realistik. Takkan Malaysia dapat masuk Piala Dunia dengan keadaan permainan sebegini.

      Delete
  21. sy krg setuju dgn pemain natiralisasi ni. kalu betul nk gn, asah dr usia muda. bkn dah hjg career br amik. ni main utk negara kot. bkn main utk club bagai

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.