Showing posts with label malaysia kalah. Show all posts
Showing posts with label malaysia kalah. Show all posts

Friday, June 4, 2021

PANTUN HARIMAU MALAYA KENA BAHAM



Harimau Malaya terciduk dengan UAE 4 - 0. Permainan lembab.  Tiada semangat. Cepat hilang bola dan bermacam-macam masalah lagi. Sepatutnya hari demi hari ada peningkatan, tetapi kita terus terkulai. Apa nak jadi pun tak tahulah.

Nah! Diciptakan pantun untuk mengubati hati yang lara atas kekalahan besar 4 - 0.

Empat orang awek Rusia,
jalan-jalan di kampung Losong;
apa nak jadi bola Malaysia,
dibantai UAE empat kosong,

Lipas bukan sebarang lipas,
lipas berasal dari bendang;
bawa bola asyik terlepas,
lawan gelecek hanya dipandang,

Tepuk amai-amai,
belalang di pokok sena;
pemain naturalisasi punyalah ramai,
haram satu pun tak berguna.

Buah betik si buah kepaya,
banyak ditanam di Romania;
apa nak harap Harimau Malaya,
takkanlah sampai ke Piala Dunia.

Tengok bola mengunyah kuaci,
kulitnya dibuang melayang-layang;
marah peminat bukan benci,
marah peminat kerana sayang.

Ok sudah, itu sahaja. Sekian, terima kasih. 

πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”

Thursday, December 13, 2012

PUNCA KEKALAHAN MALAYSIA KEPADA THAILAND

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Semua sedia maklum Malaysia kalah kepada Thailand 2 - 0 sebentar tadi dengan aggregat 3 -1.
 
Selain daripada faktor mutu permainan skuad negara yang nampak lemah dan longlai, pihak Thailand dilihat dibantu oleh seorang pengadil yang bongok dari negara K-POP.
 
Memang nampak benar tidak perlu kad kuning kedua dikeluarkan kepada pertahanan negara, Fadhli Shas. Cuma ada sedikit pertengkaran tanpa ada apa-apa tindakan sentuhan fizikal yang dilakukan oleh beliau. Sebaliknya pemain Thailand bernombor 7 sebenarnya yang memulakan kekerasan dan provokasi.
 
Akibat dari kekurangan pemain lebih-lebih lagi pemain pertahanan, perlawanan mula tidak seimbang dan terus berpihak kepada pasukan Thailand.
 
Pengadil juga dilihat amat mudah melayangkan kad kuning kepada Mahali di minit-minit awal walaupun kekasaran yang dilakukan adalah yang pertama. Seharusnya amaran lisan adalah jalan yang terbaik.
 
Sudahlah tu, taknak ulas panjang lebar. Hati ada terbakar saja dengan pengadil malam ini. Pengadil memang hancur....
 
Ehsan dari Facebook
 
Apa-apapun tahniah Harimau Malaya. Sekurang-kurangnya kita sampai ke tahap separuh akhir...
 
Akhir kata....
 
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
 
PENGADIL
MEMANG
HAWAU