Thursday, June 17, 2021

TERIMA KAD RAYA

Walaupun Hari Raya Aidilfitri telah pun berakhir namun tidak disangka-sangka saya menerima kad raya. Saya hampir terlupa yang saya bakal menerima kad raya dari Nina Ahmad iaitu pemilik blog ciksukataip.blogspot.com.

Saya menerima kad raya ini setelah menjadi antara blogger bertuah yang menyertai Express Kad Raya GA 2.0 by Nina. Semasa ini saya telah disenaraikan di nombor 6 sebagai penerima bertuah kad raya tersebut.



Dikesempatan ini, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Nina Ahmad atas pemberian ini. Saya sangat menghargainya. Raya tahun ini, inilah satu-satunya kad raya yang saya terima. 

Ia turut mengingatkan saya tentang nostalgia dulu-dulu di mana kad raya merupakan antara benda ditunggu-tunggu semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri. Semoga tradisi mengirim kad raya diteruskan pada generasi kini dan akan datang. 

46 comments:

  1. Blogger Nina busy tu dengan baby, tu yang lambat sampai kadnya

    ReplyDelete
  2. Nostalgia betulkan bila dapat kad raya . Teringat kenangan dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. dulu² kalau tak dapat kad raya, rasa kecewa saja. Huhu

      Delete
  3. Replies
    1. Pasal emoji tak muncul tu, baru saya faham sekarang.

      Bila kita allow 'Show word verification for readers who comment' kat bahagian comment setting, emoji takkan muncul. Emoji akan tukar jadi tanda soal.

      Delete
  4. hehehe tahun depan berbalas2 kad raya la kita semua ni ye hehee :)

    ReplyDelete
  5. Hilang sudah kemeriahan berbalas-balas kad raya seperti dulu. Segalanya tinggal kenangan. Apabila dapat kad raya sudah tentu rasa seronok sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. Tahun ni nak jumpa orang jual kad raya pun susah

      Delete
  6. abe kie dah emel alamat kpd nina tp kadnya belum sampai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah hantar tu. Mungkin lambat sedikit sampai.

      Delete
    2. Sy pos serentak entah kenapa tak sampai2 lg

      Delete
  7. Apa lagi... tepek kat dinding lah!

    ReplyDelete
  8. Ni la antara keseronokan berblog kan..

    ReplyDelete
  9. Wah seronoknya dapat kad raya!!!

    ReplyDelete
  10. tradisi kirim2 kad raya ni dah lama hilang. mungkin kite boleh meriahkan semula tradisi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Insyaallah. Yang penting kita sendiri yang mahu tradisi ini diteruskan.

      Delete
  11. Tahniah fairus,tahun depan saya nk bg pula :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Saya pun nak buat jugak tahun hadapan. Insyaallah.

      Delete
  12. Wah! Sy mungkin akan dapat jugak.. tp disebabkan gunaa alamat ofis..kena tunggu ofis bukak baru dapat kad raya ni 😊

    ReplyDelete
  13. SA pun dah dapat...nanti nak buat entry...

    ReplyDelete
  14. wahh... saya pun dapat satu juga kad raya dari blogger shida tahun ni. seronok, mengimbau zaman dulu2

    ReplyDelete
  15. Dah lama kan tak terima kad raya, bila terima tu rasa menggamit kenangan hehehe

    ReplyDelete
  16. Terima kad raya memang menggamit nostalgia raya dulu-dulu.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah selamat sampai. Masih menunggu blogger yg lain up entri. Thn dpn boleh exchange kad raya pulak

    ReplyDelete
  18. Tahniah. Boleh buat koleksi kad raya.

    ReplyDelete
  19. raya aritu gantung ke... buh bwh alas meja je?😆

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.