Monday, January 6, 2025

Dari Negeri di Bawah Bayu ke Bumi Melaka

Alhamdulillah.. Terima kasih kepada blogger Amie's Little Kitchen kerana memilih aku sebagai pemenang peraduan Meneka Berat Buah Mangga Udang yang dianjurkanya baru-baru ni. Tidak sangka dan percaya pula, aku merupakan antara pemenangnya.

Hari ini, setelah pulang dari pejabat, bungkusan yang dikirim telah selamat tiba di rumah. Banyak juga hadiahnya. Ada T-shirt Sabah yang memang padan dengan saiz aku, coklat berperisa durian dan dua pasang butang baju Melayu.


Terima kasih kepada blogger Amie's Little Kitchen atas pemberian hadiah ini. Ianya amat dihargai. 

30 comments:

  1. Wahh tahniahhh... macam sedap je coklat durian tu... jangan lupa review

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak-banyak. Memang sedap betul coklat durian tu, gabungan rasa manis coklat dengan aroma durian yang padu..

      Delete
  2. tahniah dapat hadiah dari negeri di bawah bayu. rezeki alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak. Memang rezeki tak disangka-sangka. Alhamdulillah

      Delete

  3. Syukur selamat sampai kiriman kecil dari saya. Allahu Akbar! Sepadan rupanya saiz baju tu. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak-banyak atas kiriman tu. Saiz baju tu ngam-ngam je dengan badan saya. Alhamdulillah, rezeki tak pernah salah alamat. Syukur sangat-sangat.

      Delete
  4. Tahniah 👏🏽
    Menarik hadiahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak... Hadiahnya memang menarik, kan?

      Delete
  5. Tahniah! Cantik corak T-shirt Sabah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak.. Memang cantik, kan? Corak T-shirt Sabah ni memang unik, penuh dengan budaya dan keindahan alam Sabah..

      Delete
  6. Wah..tahniah ye....menarik tu hadiahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak.. Memang best hadiah tu, boleh buat kenangan.

      Delete
  7. Alhamdulillah... rezeki.. tahniah FM

    ReplyDelete
  8. Tahniahhhh. Kita ingatkan En FM kena kursus kat Negeri di Bawah Bayu. Lupa En FM menang hadiah Kak Amie.

    ReplyDelete
  9. Tahniah-tahniah! Jauh terbang tu.

    ReplyDelete
  10. kak amie kalau bagi hadiah mmg tak pernah sikit2

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.