Sunday, June 13, 2021

BETUL KE MI SEGERA 2 MINIT?

Mi segera memang mudah dimasak. Malah, jika disingkap dari iklan mi segera, 2 minit sahaja boleh siap dihidangkan. Namun, ia tidak bagi saya. Walaupun namanya mi segera, tetapi saya memerlukan masa lebih 2 minit untuk menyiapkan semangkuk mi segera.

Saya tidak suka makan mi segera begitu sahaja. Perlu ditumis. Perlu ada sayur, telur dan apa-apa yang patut dimasuk, saya masukkan. Jika ada ayam, saya akan masukkan ketulan ayam. Jika ada udang, saya akan masukkan udang. Sekiranya tiada, menumis dan telur sudah memadai.



Alkisah, malam tadi semasa melayan EURO 2020, perut pula lapar di tengah malam. Jadi selongkar kabinet di dapur, jumpa pula mi segera, Alhamdulillah, maka beruntunglah perut. Memang nikmat menonton perlawanan bola sepak sambil menikmati mi segera. 

EURO 2020 anda minat negara mana? Nak minat Harimau Malaya, bukan negara Eropah pula. Piala Dunia pun mimpi saja. Jadi, macam biasa saya menyokong The Azzurri - Itali. 

42 comments:

  1. Wah, maggi sihat, ada sayur.

    ReplyDelete
  2. saya pun tak masak 2 minit sebab if masak mee segera saya akan basuh air pertama, masak air lagi baru masuk megi, telur kemestian dan lately suka campur sosej potong kecil2 bersama meatball. fuhh!!

    ReplyDelete
  3. kalau masaknya malas nda taruh apa2 mmg dua minim ja siap tapi kalau taruh macam tu memang take time la dia hehehe

    ReplyDelete
  4. Ujan-ujan ni sedap makan meggi . CCL pun suka tumis dahulu .sedap

    ReplyDelete
  5. wahh memang rajin. saya kalau megi memang makan kosong je. nama pun makanan malas, memang malas nak masuk apa2 bahan lain hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Tapi tak sedap kalau makan kosong je

      Delete
  6. Paling kurang 30 minit nak siap semua ni.

    ReplyDelete
  7. 2 minit tu kalau masa di asrama je, mana nak cari dapur macam di rumah. Hehe

    ReplyDelete
  8. sama la kita. masak maggi bukan boleh segera. tambah tu tambah ni :)

    ReplyDelete
  9. Ada meee segera nii nakk masakk la nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf kerana membuatkan anda terliur.. hihi

      Delete
  10. Tak pernah 2 minit.. Mesti lebih.. hahaha..
    Selalunya tak tumis, tapi memang masukkan bahan-bahan lain.. Paling kurang pun mesti ada telur.. hehehe..

    ReplyDelete
  11. Uncle sebenarnya peminat mi segera yang 2 minit tu... kosong je! hahaha!

    ReplyDelete
  12. skali skala mkn megi sedapp
    letak sayur telur wahh menarik tu
    anak2 suka la

    ReplyDelete
  13. snek feveret di tengah malam...campur2 byk bahan bertambah sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat berminit-minit, makan tak sampai seminit..nhihi

      Delete
  14. Sama mi selera suka lengkap ada sayur.
    Minat Jerman.

    P.S : baca komen Fairus pasal kisah seram asrama blog Shida, saya berminat hendak tahu kisah seram muzium. Ceritalah. Haha lagipun lambat lagi boleh melawat muzium.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal muzium tu, nantilah saya cuba ceritakan di entri jika saya rajin.. hihi

      Delete
  15. 2 minit kalau masak cincai cincai je, tapi kalau masak atas dapur, memang lebih 2 minit hahaha

    ReplyDelete
  16. wah fairus..tgh mlm sebegitu menunya..kalau waktu msk tghri mesti lg special..meriah meggi tu sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan ada ramuan dalam peti ais je.. macam-macam boleh letak. Hihi

      Delete
  17. betul betul betul. Tak pernah masak 2minit pun. Lebih berminit minit sebab menumis dan sediakan macam macam rencah masuk dalam mi maggi. baru sedap! Ermm. tak tahu nak sokong mana. Sokong Harimau Malaya untuk kelayakan Piala Dunia je lah walaupun mimpi. Mana tahu mimpi jdi kenyataan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan mimpi jauh sangat, nampak macam sukar sahaja.

      Delete
  18. Cik TK pun tak masak 2 minit. Mesti masak dalam kuali, letak la bebola ke, sosej ke, sayur ke atau at least telur!

    Rajin awak masak tengah-tengah malam, siap meriah isinya!

    ReplyDelete
  19. Tak berapa suka mee yg kosong mesti letak macam2 baru sedapp

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.