Saturday, May 8, 2021

KEDUDUKAN KUBU A FAMOSA YANG SEBENAR

Saya cuba ringkas dan padatkan agar masyarakat tidak lagi keliru tentang lokasi dan apakah kubu A Famosa yang SEBENAR.

Lakaran Kota Melaka oleh Gaspar Correia. Turut kelihatan kubu A Famosa

Bangunan yang dikenali A Famosa yang dibina Portugis merupakan kubu 5 tingkat dibina sebaik sahaja Portugis menawan Melaka. Seramai kira-kira 1500 hamba Melaka dipaksa membina kubu ini. Bangunan A Famosa TELAH TIADA kerana dimusnahkan oleh Belanda. Lokasinya kini di BULATAN KANCIL (roundabout) hadapan bangunan merah (Stadthuys). Di sinilah dikatakan terdirinya Masjid Agong Melaka.

A Famosa yang sebenar telah musnah

Di hadapan bulatan tersebut di bangunkan surau dan dinamakan Surau Warisan Dunia sebagai simbolik telah wujud masjid Agong Melaka di kawasan tersebut.

Gambaran artis menunjukkan terdapatnya masjid diyakini adalah Masjid Agong Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka menurut catatan sejarah

A Famosa yang kita kenali sekarang yang terdapat di Bandar Hilir tempat pelawat melancong itu nama sebenarnya PINTU GERBANG SANTIAGO @ Porta Da Santiago merupakan pintu masuk ke Kota Melaka (Fortaleza de Malaca).

Ini pintu gerbang Santiago @ Porta Da Santiago

Maka benarlah apa yang disampaikan oleh Fedtri Yahya, pengacara merangkap penerbit Jejak Rasul 2021 : Ulama Pewaris Rasul yang memberi gambaran kewujudan Masjid Agong Melaka di kubu A Famosa.

Nak salahkan netizen tidak boleh juga, kerana kota itu sejak sekian lama dikenali sebagai A Famosa. Diharap masyarakat mendapat pencerahan. πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

Ps : Nanti tengoklah Jejak Rasul 2021 pada 9 Mei ini (Ahad). Manalah tahu muka saya ada dalam rakaman tersebut. πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Lihat juga : Ini Bukan A Famosa

30 comments:

  1. Oh masuk tv ke? Hehe saya tumpu tengok Syahadah di TV1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada pun mungkin sipi².. Ala² pelakon tambahan..πŸ˜ƒ

      Delete
  2. wahh dh jadi artis selebriti nih., jgn lupa jual cincau byk2 kat melaka tuuuh.,. hehehe wak gurau2 je ;p

    ReplyDelete
  3. Tak sempat nak tengok Jejak Rasul hari tuπŸ˜‚. Memang nak tengok sangat pasal A Famosa ni. T.Kasih untuk perkongsian ni😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di YouTube TV3 ada dimuatnaik siri Jejak Rasul 2021. Boleh tonton.

      Delete
  4. Terima kasih atas penjelasan ni. Nanti saya masukkan sekali link entry ni dalam entry saya ye. boleh?

    Wahh masuk TV ye. Tahniah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya insyaallah. Ini hasil penelitian Sejarah Melayu dan catatan Portugis serta saya rujuk pakar bidang berkaitan.

      Delete
  5. Tak sempat tgk jejak rasul. Harap ada pencerahan tentang sejarah ni

    ReplyDelete
  6. Terbaik... Terima kasih diatas pencerahan

    ReplyDelete
  7. Terbaik... Terima kasih diatas pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama².. Macam kenal je Amirrudin ni. πŸ˜ƒ

      Delete
  8. Tambah ilmu sejarah Melaka, lengkap dengan bukti dan fakta. Satu pencerahan yang baik, berbeza dengan apa yang diviralkan kebelakangan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah puan.. Ada yang dah tengok tapi masih tak faham. Tak faham saya dibuatnya.

      Delete
  9. Baru tahu sejarah Masjid Agong Melaka ini bila tengok Jejak Rasul TV3 aritu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang tengok Jejak Rasul tu, tapi masih tak faham kerana keliru pasal A Famosa.

      Delete
  10. Ooh...baru tau yang bangunan A Famosa dah tak ada.
    Kesimpulannya, kalau tak mahir sejarah maka tak perlu cepat melatah dan buat benda viral dengan fakta menyimpang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat benar apa yang puan katakan ini.

      Delete
  11. Terima kasih banyak-banyak. Bertambah ilmu saya tentang Melaka dan tinggalan sejarahnya.

    ReplyDelete
  12. Sama².. πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

    ReplyDelete
  13. Wahh. Dulu siap ada maps tuu eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ada. Masa zaman Belanda lebih jelas keterangan pasal Kota Melaka. Mereka lebih terperinci berbanding Portugis.

      Delete
  14. tak smpt nak tgk tuan dalam Jejak Rasul... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak sempat, boleh tengokm lagi, ada terdapat di YouTube.

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.