Showing posts with label segmen. Show all posts
Showing posts with label segmen. Show all posts

Sunday, July 18, 2021

SEGMEN RENEW BLOGLIST 2021

Sekarang nak menulis masih belum ada idea untuk menulis. Kebetulan rakan blogger ada membuat segmen, jadi saya turut meluangkan masa untuk menyertainya. Untung-untung nanti blog saya tersenarai dalam bloglist blogger Ika S nanti.



Kepada yang berminat untuk sertai, sila klik pada gambar di atas untuk maklumat lanjut dan syarat-syarat yang perlu diikuti. 

Buat Ika S, semoga segmen kamu ini mendapat penyertaan yang menggalakkan. Apa lagi, jom sama-sama kita memeriahkan segmen ini.

Wednesday, June 23, 2021

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST SYU DERIS

Saya telah disapa oleh blogger Syu Deris yang menjemput menyertai segmen terbaharu yang dianjurkannya. Segmen tersebut adalah Pencarian Bloglist Syu Deris. Jadi, adat orang dah menjemput, tak elok kalau tak sertai. Kebetulan ada masa terluang, bolehlah saya bahagi sedikit masa untuk menyertai segmen ini tanda sokongan terhadap rakan blogger.



Uniknya segmen ini selain daripada syarat yang biasa, Syu Deris turut meminta agar meneka bilangan dan menyatakan salah satu simpulan bahasa yang terdapat pada gambar di bawah ini.


Jadi, tekaan saya ialah 10 peribahasa yang terdapat dalam gambar di atas. Saya nak cuba sebut kesepuluh peribahasa ini iaitu :

1. Buah hati
2. Hidung tinggi
3. Sediakan payung sebelum hujan
4. Jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai
5. Kaki bangku
6. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
7. Katak di bawah tempurung
8. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
9. Bagai anjing dengan kucing
10. Kura-kura dalam perahu

Ke masih ada yang tertinggal? Jom kita cari lagi sama-sama.  😀😀😀

Sunday, June 20, 2021

SEGMEN : JOM REFRESH BLOGLIST

Dua tiga kali buka blog, terlihat satu entri berlegar-legar dari kalangan rakan blogger iaitu tentang satu segmen dianjurkan oleh blogger Nieza. Segmen tersebut ialah JOM REFRESH BLOGLIST. 



Justeru, saya pun tidak mahu ketinggalan untuk turut menyertai tanda sokongan kepada rakan-rakan blogger. Untung-untung nanti blog picisan saya ini tersenarai dalam bloglist blogger Nieza. 😀

Bagi rakan-rakan blogger yang ingin menyertai, klik saja pada banner di atas bagi mengetahui syarat-syarat penyertaan. Syaratnya pun mudah saja, tak rumit pun. Jadi, marilah sertai beramai-ramai.

Thursday, June 3, 2021

MELLOW CRUNCH GIVEAWAY BY ATIQAH NAJIHAH


Klik pada gambar untuk sertai

Sebagai tanda sokongan kepada rakan-rakan blogger, mari kita sertai segmen yang dibuat oleh blogger Atiqah Najihah iaitu Mellow Crunch Giveaway.

Sekali tengok coklat yang melimpah-limpah di atas botol tu, nampak sedap saja. Anak-anak mesti suka makanan ringan seperti ini. 😋

Jadi, syarat penyertaannya mudah sahaja, rasanya semua boleh sertai. Apa lagi, mari menyokong segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger. 

Saya sudah, anda bila lagi? Aaaajom....

Jangan lupa juga segmen saya yang masih berjalan sehingga 15 Jun 2021. Sertai juga ye Giveaway Sambal Bilis Pedas - d' SAMBAL licious.

😀😀😀


Wednesday, May 19, 2021

GIVEAWAY RAYA 2021 - DUIT RAYA BY BOLA KATOK

Apabila rakan blogger meninggalkan komen menjemput untuk menyertai giveaway yang mereka anjurkan, tak sampai hati untuk mengabaikan jemputan tersebut. Saya luangkan juga sedikit masa untuk turut sertai tanda sokongan saya kepada giveaway yang dianjurkan.



Kali ini saya sertai giveaway yang dianjurkan oleh BOLA KATOK bertemakan Raya 2021. Giveaway ini dijalankan bermula 19 Mei hingga 2 Jun 2021. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai, sila klik pada gambar banner di atas untuk mengetahui syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Semoga giveaway anjuran BOLA KATOK ini turut mendapat sambutan oleh rakan-rakan blogger yang lain. 

Ayuh, apa lagi! Mari ramai-ramai sertainya. 

Saya tag : tigalalat dan afeezz

HAPPY BIRTHDAY GIVEAWAY BY ABAM KIE



Akhirnya berkesempatan juga untuk menyertai giveaway. Kali ini suka saya untuk menyertai giveaway yang dianjurkan oleh ABAM KIE sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke 48 pada 19 Mei ini.

Di kesempatan ini, ini saya rakamkan ucapan selamat hari lahir buat ABAM KIE, semoga panjang umur, diberikan kesihatan yang berterusan dan moga dimurahkan rezeki.

Bagi yang berminat untuk sertai giveaway ini, sila klik pada gambar banner di atas untuk mengetahui syarat-syarat dan langkah selanjutnya.

Ayuh! Sama-sama kita memeriahkan segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger tanda sokongan kita bersama. Bukanlah hadiah yang menjadi ukuran, sokongan yang lebih penting. Andai dapat hadiah, itu adalah rezeki dan bonus. Tak dapat pun tak mengapa. 😀😀😀

Tuesday, September 10, 2013

TEKA TEKI TEKA TEKUK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.


Ha... Siapa boleh jawab? Suka-suka saja ni. Bagi perempuan yang dapat jawab betul, dia memang cun melecun.. Lelaki pulak, kalau dapat jawab dengan betul, dia memang kacak. Lebih kacak dari BONI KACAK.

Selamat mencuba... Sebab soalan senang, takdelah hadiah disediakan.. :)

Friday, May 3, 2013

SEGMEN LUPUS AWARENESS MONTH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.



Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih kerana seorang rakan blogger telah menyemput aku untuk menyertai segmennya ini. Blogger ini ialah Dayang Deno yang juga merupakan seorang pesakit LUPUS a.k.a SLE atau nama panjangnya ialah Systemic Lupus Erythematosus.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang apakah penyakit ini, bolehlah klik :


Selepas membaca maklumat berkenaan Systemic Lupus Erythematosus diharap anda sudah memahami akan penyakit ini. 

Bersama ini aku buatkan satu banner sebagai menyokong segmen ini dan sekaligus mempromosikan Lupus Awareness Month.


Saya juga dengan sukacitanya menandakan bloggers Fiza, Moon dan Lya untuk turut serta dalam segmen ini. Dibuka juga kepada mana-mana bloggers yang mahu menyertai segmen ini. Sekiranya mahu sertai, bolehlah klik di sini :: KLIK ::