Tuesday, June 15, 2021

PECUTAN TERAKHIR GIVEAWAY SAMBAL BILIS PEDAS - d' SAMBAL licious

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Allah SWT, Giveaway Sambal Bilis Pedas mendapat sambutan yang menggalakkan. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang telah menyertai giveaway ini.



Namun, ia belum berakhir. Pada ketika ini masih berbaki kira-kira 16 jam sebelum giveaway ini berakhir.  Jadi bagi yang masih belum menyertai giveaway ini bolehlah berbuat demikian. Manalah tahu, pecutan terakhir ini membuahkan hasil, dan berjaya dipilih menjadi pemenang bertuah.

Alhamdulillah, syukur juga kerana produk d' SAMBAL licious mula mendapat sambutan dari kalangan rakan-rakan dan saudara mara. Semalam sahaja 48 botol dapat dijual. Insyallah, isteri dan saya akan terus membuat penambahbaikan dari masa ke masa.

Yang nak cuba produk sambal d' SAMBAL licious boleh membuat tempahan di SHOPEE

Ps : Apa perkataan sesuai bagi giveaway dalam Bahasa Malaysia?

43 comments:

  1. Alamak, hampir terlepas keretapi. Insyaallah klu sempat sy join…

    ReplyDelete
  2. alamak x pasti plak apa perkataan sesuai bagi giveaway dalam BM. SA cri juga hari tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti sama-sama kita cari dari Dewan Bahasa dan Pustaka.

      Delete
  3. Klu direct translation : 'berijalan'..tapi rasanya lebih ke arah 'memberi'

    ReplyDelete
  4. wah da dekat da dia nak disambar orang hehehe...
    dag dig dug plak tgu sape yg bakal membawa pulang d'sambal licious ni

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..sambutan hangat utk produk d'sambal licious..

    good luck utk semua peserta...

    ReplyDelete
  6. As dah join...
    Giveaway = Jom Beri... boleh ke macam ni? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. mesti ada frasa yang sesuai dalam bahasa Malaysia.

      Delete
  7. Wahhh bawak bertendang semua hahah kalau menang nk sampai tu harap baik2

    ReplyDelete
  8. Sesuai dengan tajuk pemberian.
    Agaknya tepat pukul 12 tengah malam ini terus umumkan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rileks dulu. Tengok bola dulu malam ni. Hihi

      Delete
  9. Tak sabar nak tunggu siapa pemenangnya jeng jeng jeng hehehe

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah fairus..moga ada luck saya hehee :)
    kalau xde luck Inshaa Allah akan ke shopee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, sekiranya ada rezeki tak ke mana.

      Delete
  11. macam pecutan terakhir spm pulak yek.. hehehe

    ReplyDelete
  12. Tahniah kerana berjaya anjurkan giveaway yang meriah. Moga produk ini terus mendapat sambutan daripada penggemar-penggemar sambal di luar sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan.

      Delete
  13. Alamak. Ada duit lebih boleh la try nty😊

    ReplyDelete
  14. Tahniah. Sambutan hangat dan meriah!

    ReplyDelete
  15. Tahniah buat semua yg join. Nanti boleh adakan lg

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.