Monday, June 14, 2021

MUHAMMAD FIRMAN SUDAH TIGA TAHUN

14 Jun 2018, masa ini 2 hari lagi nak sambut Hari Raya Aidilfitri. Lahirlah seorang anak lelaki lalu diberi nama Muhammad Firman. Muhammad Fahim, Ainnur Afiah dan Muhammad Firas Faiq telah mempunyai adik baharu.

Hari ini merupakan ulang tahun ketiga buat anakanda Muhammad Firman. Sekejap rasanya dia membesar. Nakal, petah bercakap dan ada kalanya pemalu macam ayahnya. 😌😌😌

Hari ini saya bekerja. Tiada apa-apa rancangan untuk sambut hari lahirnya. Sekali teringat ingin memberi hadiah kepada dia. Tapi, musim PKP ni banyak kedai tutup. Pasaraya pun di bahagian permainan ditutup. Tidak dibenarkan masuk ke kawasan permainan.

Kebetulan, ada kenalan yang berniaga permainan. Dia biasa berniaga di up town. Semasa PKP ni tidak berniaga. Jadi, selepas habis bekerja saya singgah ke rumahnya untuk membeli permainan untuk Muhammad Firman.

Balik dari kerja terus singgah beli hadiah untuk Muhammad Firman


Banyak permainan di rumahnya. Saya pilih untuk membeli kereta kawalan jauh. Boleh tahan juga harganya. Mujur hari ini gaji dah masuk. Beli sajalah, setahun tak sekali. Hehe.. 

Balik saja rumah, buka pintu dan terus beri kotak kereta kawalan jauh kepada Muhammad Firman. Tak dan nak balut dengan kertas hadiah, bagi begitu saja. Alhamdulillah, Firman suka. 

Kegembiraan jelas kelihatan pada riak wajahnya. Hihi


Dari petang hingga ke malam duk main kereta kawalan jauh. Dah simpan dalam kotak, dibukanya semula untuk bermain, kemudian masuk semula ke dalam kotak. Biasalah, budak-budak. Nanti apabila sudah bosan, alat kawalan ke mana, kereta ke mana nanti. 

Semoga Muhammad Firman membesar dengan sihat, ceria dan menjadi anak yang soleh dengan mentaati perintah Allah SWT dan mendengar cakap kedua ibu bapa.

28 comments:

  1. Bukan main seronoknya muhammad firman dpt kereta .
    Selamat hari lahir muhammad firman . Semoga menjadi anak yg sole

    ReplyDelete
  2. Selamat harijadi Furman. Haha betul itu mula-mula semangat main.

    ReplyDelete
  3. Happy birthday Muhammad Firman. Semoga membesar menjadi anak soleh. Aaminn..
    seronoklah dia dapat hadiah mainan kereta tu.

    ReplyDelete
  4. Senyum lebar dia. Hepi tu ayah belikan hadiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebau senyumannya.. Anak bongsu le katakan.

      Delete
  5. Happy birthday Muhammad Firman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

      Delete
  6. Senyum lebar dia dpt hadiah. Semoga membesar dgn sihat dan menjadi anak yg soleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah.. πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

      Delete
  7. Selamat hari lahir firman! Semoga menjadi anak yang soleh dan taat pada Allah dan ibubapa! Senyumm lebar dapat hadiah dari ayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

      Delete
  8. Bukan main happy riak wajah dia..Selamat Hari Jadi Firman dari Aunty..moga jadi anak yg soleh dan taat kepada ibubapa ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih auntie... πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

      Delete
  9. Kemain seronok dia ye dapat hadiah..
    Happy Birthday buat Muhammad Firman

    ReplyDelete
  10. Hepi birthday Muhammad Firman. Semoga membesar jadi anak yang soleh. Takpelah Fairus, niatkan dalam hati nak bantu member yang terjejas pendapatan. Insha Allah lagi murah rezeki.

    ReplyDelete
  11. Amboiii. Comelnyaaaa. Happy dia dapat kereta. Kalau anak sy minat lori saje. πŸ˜… Anyway..Muhammad Firman ni sama umur ngn hud anak sy. Cumanya hud ni lahir akhir tahun betul2 nak jumpa new yearπŸ˜† happy birthday Muhammad Firman. Moga jadi anak soleh dan dipanjangkan umur πŸ₯³

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada nama Hud juga, seperti nama anak buah saya, Hud Imran.

      Delete
  12. Happy belated birthday Muhammad Firman. Moga membesar dengan sihat.

    ReplyDelete
  13. Wah kemain seronok dia. Happy belated birthday buat Muhammad Firman ya!

    ReplyDelete
  14. sukanya diaaaaa happy belated birthday FirmanπŸŽ‚

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.