Thursday, May 13, 2021

DOMAIN DAN KELEBIHANNYA

Andai ada yang perasan, domain bagi blog saya telah bertukar. Alamat untuk blog ini bukan lagi [dot] blogspot [dot] com tetapi sekadar [dot] com sahaja. Justeru, selepas ini sekiranya mahu mencari blog saya cukup sekadar menaip fairusmamat.com.



Sejak tahun 2009 saya menulis blog, tidak pula saya menyangka untuk mempunyai domain sendiri. 2021 menjadi sejarah apabila saya mempunyai domain sendiri dan ini semestinya menjadi satu motivasi untuk terus menulis blog dengan lebih aktif.

Sebenarnya saya terpengaruh dengan entri yang diterbitkan oleh blogger SA. Beliau bercerita tentang domain blognya yang telah diperbaharui. 

Jujurnya, saya ini tidaklah berapa mengerti sangat bab teknikal tentang blog. Domain pun saya kurang faham. Namun, apabila terdetik untuk memahami tentang domain, saya dapati ia amat bagus dan mempunyai kelebihan tersendiri.

Sebelum mengambil keputusan untuk melanggan domain, saya telah membuat penelitian dari beberapa halaman maya untuk mendapatkan kepastian. Saya turut mencari review pengguna berkaitan produk dan pembekal domain yang boleh dianggap antara yang terbaik.

Setelah membuat pertimbangan, saya telah memilih untuk melanggan domain melalui KLNet Network. Bayaran langganan tahunannya antara yang termurah, iaitu sekitar RM60.00 setahun. Walaupun antara termurah namun perkhidmatan yang diberikan begitu cepat. Setelah membuat pembayaran, kurang 15 minit blog saya telah dikemaskini dengan domain yang dilanggan.

Apa kelebihan mempunyai domain sendiri? Antara kelebihan yang paling utama ialah Search Engine Optimization (SEO). Blog yang mempunyai domain sama ada [dot] my, [dot] com atau [dot]com [dot] my dilihat lebih mesra pencarian. 

Apabila kita membuat satu-satu carian URL yang mempunyai domain ini yang akan berada di atas berbanding dengan URL yang mempunyai [dot] blogspot, [dot] Wordpress dan sebagainya. Secara tidak langsung, blog kita lebih dikunjungi berbanding sebelumnya. Ini saya boleh sahkan, kerana baru sahaja saya menukar domain, dalam masa yang singkat kunjungan ke blog saya meningkat lebih 50% dari sebelumnya. 

Kelebihan kedua ialah URL blog lebih pendek dan ringkas. Kalau dahulunya blog saya fairusmamat.blogspot.com tapi kini hanya perlu menaip fairusmamat.com. Tiadalah pendek sangat, tapi pendeklah juga.

Hanya dua kelebihan ini sahaja yang dapat saya gariskan berdasar pengalaman singkat saya yang baru melanggan domain. Secara peribadi, saya amat menggalakkan penggunaan domain oleh para blogger atau pada mereka yang menjadikan blog sebagai medium jualan atas talian agar blog akan kelihatan lebih berwibawa dan dipercayai kerana mempunyai domain.

Ps: Google Adsense saya kena review semula pula oleh Google. Paling lewat 2 minggu katanya.. πŸ˜”

30 comments:

  1. tahniah dah ada domain sendiri. selamat haru raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

      Delete
  2. Replies
    1. πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

      Delete
  3. it's not free kann.. πŸ˜…
    dulu wak ada domain gak tapi malas nk maintain tiap2 tahun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Wak.. Dalam RM60.00 setahun.. Ini baru pertama kali saya melanggan, tak tahulah akan datang macam mana.. πŸ˜…

      Delete
  4. yes. abam kie pun beli domain di netkl. puas hati dgn servis mrka.
    done follow your blog.
    selamat hari raya aidil fitri. maaf zahir dan batin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bang.. Ok, saya akan follow kembali.

      Delete
  5. Tahniah, encik fairus. Ada peningkatan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meningkat sedikit je, tak tinggi mana pun.. πŸ˜…πŸ˜…

      Delete
  6. Wah dah domain sendiri.tahniah2..sy lom keberatan nak buat..lemah sikit bab2 kena bayar ni πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pejam mata je, macam bayar roadtax kereta.. πŸ˜…

      Delete
  7. Tahniah ye. Semoga terus maju jaya. Saya tengah dilanda mood malas nak update blog. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

      Delete
  8. Coming soon...kita pon nk buat jugak nanti😊. T. Kasih share pasal domain, kita pon tak reti jugak padal benda2 niπŸ˜‚

    ReplyDelete
  9. tahniah. telah maju setapak ke hadapan blog tuan dengan adanya domain sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

      Delete
  10. Tahniah tuan blog dah ada domain sendiri. Semoga terus maju dalam dunia blogging :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ Saya hanya nubis kubis . πŸ˜…πŸ˜…

      Delete
  11. Bila tukar domain mesti google adsense kena kacau jugak. Best pkai domain sendiri

    ReplyDelete
  12. Tahniah ada domain sendiri. Terfikir juga nak miliki domain sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.. Nanti buatlah. Tak perlu proses yang sukar.

      Delete
  13. wahhh best best dah ada domain sendiri...

    oo ada effect ya kat google adsense... kena byk belajar lg ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Ada effect. Sehingga kini belum ada apa² perkembangan. Ditambah lagi dengan posting Israel Koyak, mahunya tidak diluluskan Adsense ni.. πŸ˜…πŸ˜…

      Delete
  14. Tahniah atas pemilikan domain baharu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.