Sunday, May 2, 2021

GENGGAM BARA

Baru-baru ini bahagian pejabat saya telah membuat sesi fotografi sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Gambar-gambar ini diambil untuk kenang-kenangan untuk dimuatkan ke media sosial jabatan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Saya ada memuatnaik sekeping gambar di laman Facebook dengan kapsyen "Berikan ku arang, akan ku genggam menjadi bara yang menyala". 


Ada jugalah rakan-rakan yang komen mengatakan peribahasa saya salah. Sepatutnya peribahasa itu "genggam bara api hingga menjadi abu". Ya, saya tahu peribahasa itu. Maksud peribahasa ini ialah membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh hingga peroleh kejayaan.

Namun dalam aspek "semangat", genggam bara hingga menjadi abu membawa maksud semangat yang hilang. Awal-awal sahaja bersemangat, namun akhirnya semangat itu lenyap dan hancur berderai. Itulah yang sering terjadi pada diri kita. Mula-mula semangat berkobar-kobar untuk mengecapi sesuatu tapi akhirnya hilang begitu sahaja.

Justeru, saya ubah sedikit peribahasa tersebut menjadi sepotong frasa iaitu "genggam arang hingga menjadi bara yang menyala". Mungkin ada yang beranggapan bahawa adalah mustahil untuk menggenggam arang untuk menjadi bara. Tetapi itulah keistimewaannya, sesuatu yang LUAR BIASA, ajaib, di luar pemikiran namun tidak mustahil ia boleh terjadi.

Menjadi bara yang menyala pula membawa pengertian semangat yang berterusan, istiqamah, membara dan terus membara dalam pelaksanaan.  Sesuatu pelaksanaan atau semangat tidak sepatutnya terhenti lalu hilang, bara yang menyala akan terus membara dan berkekalan agar tidak dikata orang sebagai hangat-hangat tahi ayam. Lihat, berapa ramai orang kita sebegini, akhirnya kecundang.

Akhir kalam, bukan niat saya untuk mengubah peribahasa, itu hanyalah pandangan peribadi dan falsafah serta metafora yang dapat saya hurai dan kaitkan dalam kehidupan seharian manusia terutama kita yang berbangsa Melayu.

Gambar bonus bersama dayang-dayang kakitangan bahagian saya

Turut kelihatan di nombor 3 dari kiri ialah blogger Julia Ali yang juga merupakan seorang kakitangan di bahagian saya. πŸ˜ŽπŸ€™πŸΌ



27 comments:

  1. Bagusnya ofis, ada buat photoshoot hari raya. :)
    Peribahasa Encik Fairus ni sebenarnya menjawap soalan encik di blog saya, petua lari di bulan posa. Gitu la semangatnya. Dalam bahasa omputihnya, if you can't run with your leg, then run with your heart.

    ReplyDelete
  2. hebatt.. sungguh tinggi peribahasa tuanhamba.. mugo dpt diabadikan juga nnti.. aminn

    ReplyDelete
  3. Klasik sungguh gambar pertama tu.

    Tu kira kata-kata hikmat untuk diri. Menarik huraiannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu gambar Hang Jebat nak naik keretapi. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

      Delete
  4. Syok tu ada photoshoot tema busana orang dulu dulu.
    Perkayakan bahasa melayu gitu maksudnya, kan? Ohh sejabatan dengan kak Julia Ali. Pernah singgah blog dia :)

    ReplyDelete
  5. Seronok l ada photoshoot raya...office SAa dulu2 ada la ..legasi terbaru ni takde...sendiri sendiri jer...sampaikan salam kat Julia Ali...comey dia...

    ReplyDelete
  6. Bila diterangkan begini, baru saya terfikir mengenai peribahasa tu.. Terima kasih ye.. sesekali mengasah fikiran seperti ini bagus juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali je mengasah fikiran.. πŸ˜†

      Delete
  7. bagi sy it's okay. kita bukan menyalahgunakan bahasa. kita cuma menzahirkan pandangan dari sudut 'luar' dari bahasa/kebiasaan (sekadar pandangan sy ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sokongan anda. πŸ˜ƒπŸ‘πŸΌ

      Delete
  8. Oh... Menarik jugak peribahasa baru tu. Sangat deep

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang saya buat tu bukan peribahasa.. Anda boleh dikatakan sebagai peribahasa, mungkin boleh disebut peribahasa moden. πŸ˜…

      Delete
  9. Replies
    1. πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

      Delete
  10. 'menjadi bara yang menyala' tu wajar kita pertimbangkan. Ada benarnya. Kalau ada semangat, tiada apa yang mustahil, kan...

    ReplyDelete
  11. saya tak pernah join sesi fotografi sempena hari raya, sebab setiap jabatan yg pernah bertugas tak pernah anjur sesi fotografi mcm ni. hehehe

    ReplyDelete
  12. Saya teringat peribahasa, rezeki secupak takkan menjadi segantang. Entah tahun bila (tak ingat) Tun Mahathir kata : Rezeki secupak akan menjadi segantang jika kita memasaknya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga tu.. beras sedikit, dah masak nanti sampai tak habis makan..

      Delete
  13. Bestnya kalau ada photoshoot raya department. Hehehe meriah raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahun sekali.. πŸ˜€πŸ‘πŸΌ

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.