Sunday, May 2, 2021

MURAL DI STADIUM HANG JEBAT, MELAKA

Malam Sabtu lepas, saya ke Stadium Hang Jebat untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara Melaka United dan Kedah FC. Perlawanan berakhir dengan keputusan Melaka United kalah 1 - 3.

Saya memang minat bola sepak. Boleh dikatakan setiap perlawanan bola sepak melibatkan Melaka United, saya akan pergi menonton. Dahulu, sebelum covid-19 melanda, perlawanan di tempat lawan (away) saya turut pergi jika berdekatan dan berkesempatan.

Sambil-sambil berjalan menuju tempat duduk untuk menyaksikan perlawanan bola sepak, sempat saya rakamkan beberapa mural yang dilukis di tembok atau dinding stadium Hang Jebat. Seingat saya, lukisan mural tersebut dilukis pada zaman yang boleh dikatakan zaman kegemilangan bola sepak Melaka, walaupun pada dasarnya tak gemilang mana pun.

Saya rakamkan untuk dijadikan kenangan kerana terdapat lukisan-lukisan yang mengambarkan pemain-pemain lama Melaka United. Mungkin suatu hari nanti, mural ini akan lusuh dan terpadam di makan usia, justeru sebelum ia lenyap, elok rasanya saya simpan di blog ini sebagai kenangan dan sejarah. Sejarah yang tiada rekod dan catatan akan sukar dibuktikan sebagai sejarah.

Berikut antara lukisan mural yang sempat dirakam gambarnya. 

Syamil merupakan satu watak yang menaikkan Melaka dari Liga FAM ke Liga Perdana dan Liga Super


Perkataan Malacca sudah tidak digunakan lagi, guna Melaka

Kancil atau pelanduk amat sinonim dengan Melaka

Spaso antara pemain import yang pernah bersama Melaka

Yassir Pinto warga Palestin kerakyatan Chile juga pernah bersama Melaka

Frasa Gegau diambil dari perkataan Gegar

Kini Melaka United FC telah mempunyai logo baharu




32 comments:

  1. Suka gambar kancil yang dimanusiakan. Apapun mural dihasilkan cantik.
    Hehe bekas pemain tidak kenal sangat.
    Bagus juga saudara sokong bola sepak Melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu semangat membara, kini suam² kuku menyokong. Walaupun suam² kuku tetap ke stadium untuk beri sokongan tapi keghairahan tidak seperti dulu.

      Delete
  2. Ooo, kita tak tahu pulak sekarang dah boleh tengok bola. Ingatkan, masih kena main tanpa penonton. Berbakat orang yang lukis mural ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang baru boleh. Rasanya sudah kira² 4, 5 perlawanan dah boleh tengok. Tapi duduk jarak².. Bosan juga tengok bola jarak², selang 2 kerusi. Nak berborak dengan kawan pun susah.

      Delete
  3. Dah lama xtengok bola live di stadium mesti teruja sangat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa.. puan pun minat bola sepak juga ke.

      Delete
  4. rasanya bisnes pelukis mural semakin rancak... macam trend... harap berterusan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga² berterusan. Dan utamakan artis tempatan.

      Delete
  5. psl melaka United ni penah wak tonton masa bertandang ke larkin lawan jdt.. twrkezot wak sbb penyokong melaka menyanyikan lagu yg sungguh keji utk pemain sendiri.. sbb kalah 0-7.. sadiss

    http://tigalalat.blogspot.com/2017/04/melaka-united-main-macam-biawak.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu kalah dengan Kedah pun berbakul² makian pemain kena.

      Delete
  6. tidak berapa mengenali pemain bola sepak... hanya beberapa nama saja itupun nama pemain senior

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perempuan kalau minat bola sepak tu luar buat jugak.

      Delete
  7. Kudos kepada pelukis mural...

    ReplyDelete
  8. saya tak ikuti perkembangan bola sepak negara. dulu2 zaman liga semi pro tu saya minat jugak tgk bola...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah saya pun. Minat tengok bola, main bola bolehlah sikit².

      Delete
  9. usaha bagus abadikan pemain2 yg berjasa pada negeri (termasuk pemain import)..

    kancil/pelanduk di Melaka...teringat kisah Parameswara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. sekurang-kurangnya wajah/mural mereka terpahat di dinding stadium.

      Delete
  10. Gegau Melaka Gegau! Saya haruslah penyokong JDT :) Ayuh Johor!
    layan semua game JDT. Cuma 2 game latest je entah apa apa kalah dan seri dia. ermmm

    Good idea dinding dilukis mural mereka yang dah berjasa pada team melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak buah saya ada bermain bersama JDT3

      Delete
  11. Masa baru rebranded ke Melaka United dulu gemilang la sekejap. Bunyi macam man United tu, cuba tujar Melakapool mesti power balik. Hehe

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Kalau tak silap mereka buat kerjasama dengan students UiTM.

      Delete
  13. cantik2 n kreatif2 gambarnya tuu..

    ReplyDelete
  14. Gegau Melaka Gegau tu yang mahal!

    ReplyDelete
  15. Semua lukisan mural ni cantik dan ada maksud tersendiri

    ReplyDelete
  16. Suka ambil gambar kat mural...harap-harap dapat travel macam dulu-dulu lagi. Rindunya...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.