Friday, May 28, 2021

MALAYSIA TOTAL LOCKDOWN

Setelah angka demi angka kes Covid-19 baharu terus meningkat, akhirnya Kerajaan Malaysia telah mengumumkan LOCKDOWN seluruh negara bermula 1 hingga 14 Jun 2021. Ini bermakna semua sektor sosial dan ekonomi ditutup. Walaubagaimanapun, terdapat sektor-sektor penting akan dibuka.



Semoga tindakan Kerajaan Malaysia ini betul dan mampu menurunkan graf kes baharu di dalam negara ini. Diharapkan juga agar pandemik ini segera berakhir dan lenyap di muka bumi ini.

Pada para pemimpin, masa sekarang bukan masa untuk menuding jari siapa yang betul, siapa yang salah. Bukan juga masanya untuk merebut atau mempertahankan kuasa. Sekarang ini sama-sama perlu bersatu padu dan berganding bahu bagi mengatasi pandemik ini.

Dahulu kita kerap marahkan Fatah dan Hamas tidak bersatu bersama menentang pencerobohan Israel. Kita marah pasal Islam tidak bersatu. Tapi sebenarnya, di Malaysia sendiri kita boleh lihat situasi ini. Kita mempunyai ramai wakil rakyat Melayu Islam dari pelbagai parti sama ada pemerintah atau pembangkang, namun kita tidak bersatu menghadapi saat-saat sulit bagi negara. Jadi, jangan ditanya lagi kenapa Islam sukar bersatu.

Walau apapun, ini semua adalah perancangan. Ya, mungkin ada pihak yang menyatakan ini adalah perancangan pihak atau organisasi tertentu yang sedang mengawal dunia. Namun, perancangan ini berlaku dengan keizinan Allah SWT. Sebaik-baik perancang manusia, tidak sebaik perancangan dari Allah SWT.

Kita perlu tetapkan Iman kita yang keenam iaitu percaya pada qada' dan qadar Allah SWT. Semua yang berlaku di dalam dunia ini telah tertulis dan kehendak Allah SWT. Anggap ini semua ujian dan kita harus redha, perbanyakkan ibadah dan terus melaksanakan yang terbaik untuk diri, keluarga, bangsa dan negara (pesanan untuk diri sendiri).

25 comments:

  1. Lockdown kali kedua . Harap2 kes dapat menurun dengan mendadak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lockdown yang ada 'KECUALI' nampak payah sedikit.

      Delete
  2. Semoga keadaan kembali pulih. Harap semua pihak sama-sama jaga SOP.

    ReplyDelete
  3. Hikmah Covid ialah saya lebih pada al-Quran. Alhamdulillah dapat juga tonton #Qurqntime.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur Alhamdulillah... Teruskan istiqomah. Sama-samalah kita.

      Delete
  4. Harap kali ini tiada rakyat yang suka-suka merentas daerah atau negeri, duduk diam2 di rumah dan hanya keluar jika perlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Kalau tidak, maka satu kerugian pada negara kerana gagal menurunkan angka kes Covid-19

      Delete
  5. Mudah-mudahan dengan lockdown kali ini kita dapat bendung jumlah jangkitan daripada terus mencanak naik.

    ReplyDelete
  6. SA mungkin kerja sebab Malakoff Coprotaion Berhad merupakan perkhidmatan essential dalam sumber tenaga

    ReplyDelete
  7. Harap kali ni PKP berjaya. Buat betul-betul. Jangan separuh masak. Alang-alang dah menyusahkan rakyat biar berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. kena buat betul-betul, kalau tak merugikan masa dan covid-19 terus berleluasa.

      Delete
  8. kalau rakyat bersatu kita jaga kita dan disiplin mesti boleh menang macam PKP 1.0 tahun lepas. harapnya semua boleh bersabar dalam fasa I lockdown ni dan kes menurun.

    ReplyDelete
  9. saya dan suami takdapat nk csari rezeki semasa PKP Penuh ni huhu..sedih sgt! moga Allah bagi rezeki lebih kot lain nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertabahlah. Mungkin ada kerja atau kaedah lain untuk mencari rezeki.

      Delete
  10. Kita berikan kerjasama sepenuhnya. Mudah-mudahan keadaan akan kembali pulih seperti sediakala.

    ReplyDelete
  11. Saya mengharapkan semoga semua rakyat Malaysia tak kisahlah golongan apa pun lebih mematuhi SOP dan duduk di rumah sekiranya tak berkeperluan untuk keluar.. Ini sahaja usaha kita untuk membantu barisan hadapan yang dah semakin lelah..

    ReplyDelete
  12. Moga perlaksanaan PKP kali ini akan bawa perubahan positif pada situasi semasa kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nampak lagi keberkesanannya.. Sedih. Saban hari semakin tinggi angka jangkitan.

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.