Thursday, May 6, 2021

PANTUN CINCAU

Kecoh sehari dua ini pasal cincau sehingga dibuat pantun oleh netizen. Saya pun sebenarnya kurang periksa bagaimana fenomena cincau ini bermula dan atas sebab apa. 


Bagi saya, selagi tidak terdetik hati saya untuk mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam, elok dibuat bagai angin lalu. Namun, suka untuk saya mencipta pantun-pantun bertemakan cincau.


Pergi Melaka membeli cincau,

mari diminum waktu berbuka;

anak orang jangan dikacau,

kelak nanti lebam di muka.


Anak dara senyum ketawa,

duduk di serambi menikmati cincau;

anak perantau terus kecewa,

tak balik raya jiwa meracau.


Burung kedidi berkicau-kicau,

sambil menikmati seulas nangka;

apalah nasib dirimu cincau,

terhempas ke lantai sebelum berbuka.


Ok.  Setakat ini sahaja idea untuk membuat pantun bertemakan cincau. Puas pula nak memikir, ilham tak datang-datang. 

Ada kalanya bagus juga ada benda-benda viral sebegini kerana mengalakkan netizen berimaginasi dan kreatif dalam mencipta pantun-pantun. Tidak kiralah sama ada pantun yang dicipta itu baik atau sebaliknya, sekurang-kurangnya netizen telah mencuba dan buat yang terbaik.

Pantun juga merupakan salah satu warisan kita yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Baru-baru ini iaitu pada 17 Disember 2020, pantun telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Warisan Dunia bagi kategori Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan. Pengiktirafan ini adalah secara bersama iaitu Malaysia dan Indonesia.

Ada siapa pandai berpantun? Sila sertakan pantun kalian di ruangan komen. 😃👍🏼 

Lihat juga koleksi pantun saya di entri buku Antologi Pantun Gunung Daik Bercabang Tiga.

30 comments:

  1. wah indah pantunnya..cincau ni ada pokoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Bolehlah berpantun serba sedikit. Ya benar. Cincau ada pokoknya.

      Delete
  2. Kita tak pandai berpantun tapi kita suka air cincau campur dengan air soya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soya cincau saya tak minum. Cincau saja atau sirap cincau saya minum.😃👍🏼

      Delete
  3. famous cincau dua tiga hari ni gara gara brader cincau. contoh yang diberikan, membeli cincau di Melaka. Maksudnya melaka memang famous dengan cincau ke macamana? setahu saya cencaluk famous di Melaka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga Melaka popular dengan cincau.. Dah ramai yang tulis 'pergi Melaka membeli cincau', tu yang saja ikut je.. 😆😆😆

      Delete
  4. saya pon tak pasti ape cerita cincau ni. tibe2 viral. saya pon tak pandai nak berpantun. kene pikir2 dulu baru dpt pemmbayang dan maksudnya. apa2 pon saya cube...

    pergi ke kedai membeli cincau
    kedai tutup!!!

    ReplyDelete
  5. hari ni baru tau fenomena cincau..pantun cincau saya..hehe..

    sungguh sedap si soya cincau
    banyak dijual serata kota
    tak balik raya jiwa meracau
    bergema takbir raya menitis airmata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh.. Pantun yang menusuk kalbu dan jiwa..

      Delete
  6. Akak ketinggalan ketapi, tak tahu apa yang viral pasal cincau. Lama tau, akak tak minum cincau. Soya cincau sedap juga. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah masanya yang sesuai nak minum cincau.. Bulan puasa kan ramai yang mencari cincau.

      Delete
  7. Eh? Kenapa dok cincau je kebelakangan ni..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barangkali kerana sekarang bulan puasa.

      Delete
  8. Ketika sesi soal jawab bersama Menteri Keselamatan, seorang wartawan telah menarik perhatian orang ramai apabila membangkitkan isu rentas negeri oleh golongan tertentu. Jelasnya kerajaan harus lebih tegas mengenai isu ini.

    Kita tak mahu lagi rentas negeri melibatkan orang kenamaan, orang terkenal bagi alasan tidak munasabah. Contohnya ke Melaka membeli cincau. Nak ke Pulau Pinang membeli pasembur.

    https://youtu.be/UsM6afB83PQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. Serius ke? Ingatkan sebelum tu dah ada yang viralkan pasal cincau.

      Delete
  9. Terpinga-pinga kisah apa kaitan cincau. Krmpunan tidak dapat minum air cincau? Bagus juga pantun berkaitan cincau
    Lama tidak karang pantun.

    ReplyDelete
  10. Suka air cicau, soya cincau, sirap ciccau tambah lychee...sejuk badan minum uiii....

    ReplyDelete
  11. Tengok cincau pun terus boleh dapat idea berpantun ye. Terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah mewakili jabatan masuk pertandingan pantun. Ada sekali tu dapat naib johan. Tapi masa tu saya pemantun simpanan je.. 😅😅😅

      Delete
  12. Pandai bt pantun.. sedap cincau minum dengan soya yeos haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya ramai yang suka minum cincau dan air soya. 😃👍🏼

      Delete
    2. Minuman wajib ketika ramadhan. Berbuka dgn air cincau ni sejuk tekak

      Delete
    3. Ye betul.. 🙏🏼🙏🏼

      Delete
  13. Sy xphm napee sejak2 nii kecoh pasal cincau ni.hahahah ke sebab tengah bln puasa niii 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu ada wartawan bertanya pada Menteri pasal terlalu ringan pasal covid ni sampai artis2 boleh rentas negeri.. Jadi wartawan tu cakap, janganlah sampai ada yang memberi alasan nak pergi Melaka membeli cincau atau nak beli pasembor di Penang.

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.