Tuesday, May 18, 2021

A FAMOSA ADALAH MASJID?



Menara jam ini didirikan pada tahun 1886 hasil sumbangan Tan Jiak Kim sebagai penghormatan kepada mendiang ayahnya Tan Beng Swee. 

Di sini dahulu terdirinya A' Famosa yang dibina Alfonso de Albuquerque bermula pada Ogos 1511 dan siap pada Januari 1512. Cepat siapnya bukan? Mana tidaknya, seramai 1500 buruh (hamba raja) dipaksa untuk menyiapkan kubu yang mempunyai menara 5 tingkat ini. 

Sebelum terbina A' Famosa, dahulu terdapat sebuah masjid yang dipercayai Masjid Agong Melaka. Menurut catatan Tome Pires di dalam Suma Oriental, kubu A' Famosa dibina di atas runtuhan Masjid Agong Melaka (the great mosque). 

"...the famous fortress which was built on the side of the great mosque, with wall of great width and a tower of five storey. He states that on one side the sea washes against it, and on the other the river."

Terdapat juga catatan mengenai A' Famosa dalam Portuguese Document on Malacca yang memerihalkan :

"At the foot of the hill, in a comparatively short time he built a noble fortress. Do that the hill should not overlook it the keep was built height of a five-storey building with a spire covered with lead. It had apartments commensurate with its majesty. It was so imposing and was situated in a place so remote (from Portugal) that it deserved the name A' Famosa which was given to it." (183)

"The plunder was brought to Afonso D' Albuquerque who by now was already engaged in building a fortress where the mosque once stood which he named Famosa. In order to built it, he made use of the stones from the numerous tombs of important persons of the state.... " (393)

Namun apabila terlihat pada menara jam ini, terbayang di benak fikiran adakah ini simbolik kepada kewujudan menara A' Famosa yang dibina Portugis atau mungkin simbolik kepada menara Masjid Agong Melaka yang dipercayai tapaknya di situ.

Menurut penyelidikan yang dibuat oleh Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA UKM), kebarangkalian A' Famosa itu dahulu merupakan masjid yang telah diubahsuai. Mungkin disebabkan itu Alfonso de Albuquerque hanya memerlukan 5 bulan untuk menyiapkan pembinaannya. 

Ini dapat dibuktikan melalui hipotesis :

1. A' Famosa mempunyai sebuah ruang kelihatan seperti mihrab masjid.

2. Kedudukan A' Famosa menghadap ke arah kiblat.

Bagi mengukuhkan hipotesis ini maka kajian melalui kaedah ekskavasi arkeologi perlu dilaksanakan bagi menelusuri kembali jajaran-jajaran lama kota zaman kesultanan Melayu Melaka. Jika ini dapat dilaksanakan dan ditemui, ia merupakan satu kejayaan besar bagi sejarah Melaka yang sememangnya sudah terkenal seantero dunia.

24 comments:

  1. Menarik ini buat kajian. Fakta terbaharu akan dapat kalau dapat ekskavasi

    ReplyDelete
  2. semoga sejarah masjid agung melaka ni dapat digali dah diketengahkan sebagai satu sejarah malaysia

    ReplyDelete
  3. Menarik hipotesis tu.
    Macam mana agaknya rupa Masjid Agong Melaka tu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak dapat nak gambarkan.

      Delete
    2. wak mcm penah ternampak lukisan gambar masjid agong kerajaan melayu melaka dlm jejak rasul.. seketol ditepi sungai melaka

      Delete
    3. Betul ada. Sekadar gambaran.

      Delete
  4. Kiranya kajian masih diteruskan sampai sekarang ye? Jenuh gak tu kalau guna kaedah ekskavasi arkeologi ni. Ambil masa yang lama. Tapi itulah kajian, ambil masa tapi hasilnya satu kejayaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, jika ada peruntukan, boleh je nak buat. Tapi kawasan tu amat terhad.

      Delete
  5. Kalau di moviekan ni best ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju uncle.. Pengarah-pengarah harus berani buat filem sejarah sebegini.

      Delete
  6. Selamat hari raya!

    Jom join Giveaway Raya 2021 - Duit Raya by Bola Katok.

    https://bolakatok.blogspot.com/2021/05/giveaway-raya-2021-duit-raya-by-bola.html

    ReplyDelete
  7. Hebatnya sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Sampai sekarang pun masih lagi menjadi bahan kajian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu puan.. Tak habis lagi orang menyelidik.

      Delete
  8. Wah menarik saya baru first time tahu

    ReplyDelete
  9. Wah, walaupun baru di peringkat hipotesis, sudah boleh dianggap sebagai suatu penemuan yang menarik ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Benda dah tahu lama, tapi sebab viral, jadi kita keluarkanlah cerita ni.

      Delete
  10. 15000 mana dtg para hamba raja tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1500 sahaja bukan 15,000. Orang-orang tempatan dan orang jawa.

      Delete
  11. menarik fakta ni. ada ruang seperti mihrab ke?wah ni buat nak pergi kesana semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. A Famosa yang sebenar telah lama musnah.

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.