Monday, May 10, 2021

PELAKON TAMBAHAN JEJAK RASUL 2021

Tanggal 9 Mei 2021 berakhirnya siri Jejak Rasul 2021 dengan 15 episod di mana 3 episod terakhir rakamannya di Melaka. Hampir seminggu juga penerbit dan kru rakaman berkampung di Melaka bagi menyiapkan tugasan ini.

Saya pada ketika itu, diarahkan oleh bos untuk membantu dan mengiringi kru pengambaran ke lokasi-lokasi pengambaran. Penerbit, pengacara dan kru-kru pengambaran semua ok, peramah, boleh berborak-borak. Kiranya seminggu saya sebagai pegawai pengiring (LO) tidaklah bosan. 

Terdapat juga rakaman semasa kami sedang membuat kerja-kerja ekskavasi arkeologi sekitar Pulau Melaka, jadi ternampaklah kelibat saya dalam beberapa saat di episod terakhir Jejak Rasul 2021. πŸ˜…πŸ˜…


Dalam rakaman ini kelihatan saya memakai baju kameja, nampak bersih dan rapi. Tapi hakikatnya, bila saya sudah turun ke tapak ekskavasi, beginilah rupanya. 

πŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ




18 comments:

  1. Hahahah.. kemain baju bertukar warna terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis baju raya.. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

      Delete
  2. Kena kerja keras buat carigali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat sikit, rehat banyak.. Kena pulak tempat macam ni.. Berlumpur satu badan.

      Delete
  3. Replies
    1. Sipi² je wak.. berapa second Aje tu. Hihi

      Delete
  4. Rezeki terselit sikit pun jadilah masuk TV :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Pelakon tambahan la katakan. πŸ˜€

      Delete
  5. penat tuh, pekena cincau hawau dulu bang fairus., hehehe gurau2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Diorang kata kat kedai di Melaka banyak cincau.. Saya cari takde pulak.. Di Pasaraya ada. lain kali kena pantun "pergi pasaraya membeli cincau".. Haha

      Delete
  6. Femes laaa lepasni ehh πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau-kalau nak minta tandatangan, maklum pada saya.. Hahaha

      Delete
  7. nak masuk tv kene la pakai lawo2 sikit..

    ReplyDelete
  8. Nampak penat betul dengan pakaian begitu. Apa pun tahniah, usaha berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang penat puan.. Bagai buruh kasar.. Hihi.

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.