Tuesday, May 11, 2021

IMPIAN GAZA

Terpekik terlolong minta perhatian
tiada sesiapa pun jiran peduli
jiranku hanya menutup mata dan telinga.

Anak bangsa seagamaku berlumuran darah
darah mengalir membasahi bumi
jiranku hanya menutup mata dan telinga.

Peluru menghujani jasad yang tak berdosa
kediaman diumpamakan lapang sasar
jiranku cuma menutup mata dan telinga.

Apa aku ada?
cuma ketulan batuan menjadi senjata
hanya sekujur tubuh menjadi pendinding
dengan laungan kalimah Allahuakbar 
ku rejam batuan menjadi peluru
ku tegapkan tubuh menjadi perisai syahid.

Impianku agar Allah menghulur bantuan
bagaikan Ababil menghapuskan tentera bergajah.

Fairus Mamat
9 Februari 2009


*****

"Dan khabarkan kepada Bani Israel dalam kitab itu : Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu berlaku sombong angkuh dengan melampau."

(Al-Isra' 17 : 4)

Sajak ini telah saya nukilkan pada tahun 2009. Pada ketika itu, kejadian sama seperti sekarang iaitu pengeboman Gaza oleh laknatullah Israel.

Kita sebenarnya telah banyak terhutang budi dengan rakyat Palestin. Mereka berjuang mempertahankan Al-Aqsa, masjid yang begitu suci dan merupakan kiblat pertama umat Islam.

Mereka sanggup mati untuk mempertahankan kesucian agama Islam dan masjid Al-Aqsa, sedangkan kita di sini hanya mampu melihat dan mendengar dari jauh hal kesulitan dan penderitaan yang mereka alami.

Doa saja yang mampu dipanjatkan kepada Allah SWT agar perjuangan Palestin mempertahankan tanah air memperoleh kejayaan. Dengan izin Allah SWT, Insyaallah, suatu hari nanti dengan apa yang tercatat dalam Al-Quran, kejayaan pasti memihak kepada Islam.



16 comments:

  1. Semoga ketentuan Allah akan menyebelahi rakyat Palestin dan umat Islam seluruhnya

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar, sedih baca sajak nukilan tuan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sedih, maksudnya sampai sajak ni.. :'(

      Delete
  3. Selain sumbangan berterusan dari negara kita, kita hanya mampu banyak berdoa agar kemenangan berpihak kepada para mujahidin yang menegakkan kalimah Allah.

    ReplyDelete
  4. janji Allah itu benar...sekrg Allah sedang menguji umat Islam - apa tindakan/sumbangan kita tentang isu Palestin....isu sejagat umat Islam seluruh dunia..

    Viva Palestina!!

    ReplyDelete
  5. Ya, kita sekarang sedang diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai ujian. Sakit itu ujian, sihat itu pun ujian. Miskin juga ujian malahan menjadi kaya pun adalah ujian. Ujian bagi setiap umat adalah berbeza-beza ssepertimana kulit juga berbeza-beza. Ada yang putih, hitam, gelap, coklat, sawo matang dan sebagainya. Iman dan takhwa adalah bezanya antara umat manusia. Semoga warga Palestin terus kukuh berdiri mempertahankan kesucian masjid al-Aqsa. kami yang jauh hanya mampu berdoa agar kejayaan di pihak Islam.

    ReplyDelete
  6. Saban tahun, akak perasan, mesti di bulan posa kan, Israel ni kacau orang Islam Palestin. Ntah bila akan berakhir. Kita hanya mampu berdoa untuk sedara Islam kita kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini semua ada kaitan dengan akhir zaman. Mereka di pihak Israel mempercayai ada penyelamat yang akan datang menyelamatkan mereka di akhir zaman di lokasi sama di masjid al-Aqsa. Wallahuaklam.

      Delete
  7. Allahhuakbar, Allah Maha Besar dan Allah Maha Mengetahui..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Allah jua yang Maha Mengetahui. Kita perlu percaya dan yakin dengan Qada' dan Qadar dari Allah SWT.

      Delete
  8. Isu Gaza agak tenggelam tahun ni kerana banyak negara sibuk dengan isu Covid. Memang sakit Israel ni suka menyerang setiap kali Ramadan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita hanya mampu melihat dan mendenar dari jauh.. Selebihnya kita berdoa sahajalah.

      Delete
  9. Allahhuakbar...
    Semoga Allah lindungi rakyat Palestine daripada kekejaman rejim zionis. Semoga Allah bantu lumpuhkan serangan tentera Israel
    Aamin...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.