Saturday, May 29, 2021

TOTAL LOCKDOWN DALAM BAHASA MALAYSIA

Apa lagi nak diharapkan kepada kerajaan, apabila sesuatu perkara rasmi dan penting seperti telah kehilangan frasa dalam Bahasa Malaysia. TOTAL LOCKDOWN! Ini frasa rasmi yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Jadi apa dalam Bahasa Malaysia?

Saya sendiri telah saya terpengaruh dengan apa yang dimaklumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan dan turut menulis TOTAL LOCKDOWN pada entri blog semalam iaitu : 




Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka yang saya perolehi dari laman Facebook rasminya TOTAL LOCKDOWN di dalam Bahasa Malaysia ialah SEKATAN PERGERAKAN PENUH. Manakala frasa ini boleh ditakrifkan sebagai :

"Satu keadaan apabila orang ramai atau masyarakat awam tidak dibenarkan langsung memasuki atau meninggalkan satu kawasan atau bangunan secara bebas kerana sesuatu wabak atau hal kecemasan."

Jadi, kalau bukan agensi kerajaan yang memartabatkan Bahasa Malaysia, siapa lagi yang hendak diharapkan? Bukankah Bahasa Malaysia adalah Bahasa Rasmi negara yang mana perlu diutamakan. Kita asyik mengutamakan bahasa asing hingga meminggirkan bahasa sendiri. 

Kelak nanti usah ditanya ke mana menghilangnya Bahasa Malaysia kerana ia adalah berpunca dari pihak kerajaan dan pemimpin sendiri. Dahulu ada penggunaan jawi, sudah lenyap, penggunaan bahasa baku pun telah dihentikan. Tak tahulah, selepas ini apa pula yang bakal berlaku terhadap Bahasa Malaysia.

Ps : Guna Bahasa Inggeris bukan bermakna sangat bijak.

25 comments:

  1. Semalam masa saya baca kenyataan media, agak terkilan juga sebab guna ‘total lockdown’. Seolah-olah tak ada kata yang boleh diguna dalam bahasa melayu. Padahal yang sediakan teks tu boleh je merujuk kepada pihak DBP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat benar. Barangkali mereka kehilangan perkataan bahasa Melayu

      Delete
    2. Org malaysia sentiasa gunakan negara luar jadi rujukan smpikan bahasa sendiri pn tak reti guna. Hari ni bila baca ringkasan SOP, lockdown tu dah jadi PKP fasa 1 da.adeh...parah. MCO 1.0 @ PKP 1.0 diguna kembali...πŸ˜‚

      Delete
    3. Kenapa tak guna SPP saja.. SEKATAN PERGERAKAN PENUH

      Delete
  2. huhuu..semua jd kelam kabut..keluar je asal paham..haa gitu..agaknye ^^

    Stay safe encik fairus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah pasal..

      Kekal sihat, kekal selamat

      Delete
  3. Tq kongsi..
    Baru tau makna dalam bahasa melayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

      Delete
  4. Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia pun ada beza dan maknanya.

    ReplyDelete
  5. Thanks for the sharing! Pada Cik TK, tak salah kalau nak guna bahasa lain dalam penggunaan seharian, tapi bahasa sendiri jangan dilupa.

    ReplyDelete
  6. For someone yang keje in media, tak boleh memandai nak translate takut nanti rakyat confuse. If kerajaan kata total lockdown, itulah istilah yang akan keluar dalam berita. Jangan kecam kami ye.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Pihak berkuasa seharusnya telah memikirkan dahulu sesuatu frasa dalam bahasa Malaysia.

      Delete
  7. Sedap je guna bahasa malaysia lebih faham maknanya. Tapi saya pun pakai total lock down....aiyakkk sori yang arif. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak-mak di kampung ingatkan Lauk Daun. Hihi

      Delete
  8. Terima kasih untuk perkongsian ini..
    Kadang-kadang Sha pun terleka dengan penggunaan bahasa inggeris.. Kalau tak kita, siapa lagi yang nak memartabatkan Bahasa Melayu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Bukan tak boleh berbahasa Inggeris, cuma hal rasmi gunalah bahasa Malaysia kan..

      Delete
  9. Mungkin mereka rasa penggunaan 'Total Lockdown' tu boleh beri impak pada masyarakat. Sebaiknya digunakan istilah BM supaya dapat kita semua biasakan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi Total Lockdown tak macam total lockdown.. Main-main dengan perkataan je.

      Delete
  10. Bahasa ibunda semakin dilupakan. Apa nk jd malaysia ni

    ReplyDelete
  11. Bila dah biasa guna bahasa campur, sekali bila translate macam pelik bunyinya sebab jarang dengar. Kalau kembalikan semula penggunaan jawi dan bahasa baku tu bagus juga.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.