Sunday, May 23, 2021

PENDEKATAN MAYA

Zaman covid-19 kini semuanya terbatas. Hendak buat program itu tidak boleh, buat ini tidak boleh. Jika boleh sekalipun, perlu melalui prosedur yang amat ketat. Ini semua dilaksanakan bagi mengelakkan penularan pandemik covid-19.

Bagi saya yang bertugas di institusi yang memerlukan pergaulan dengan masyarakat bagi menyampaikan ilmu dan maklumat berkaitan dunia permuziuman termasuk hal berkaitan sejarah, warisan dan kebudayaan, turut merasai keterbatasan ini.

Dahulu pelbagai program secara bersemuka dapat dijalankan dengan meriah sekali. Tidak kiralah sama ada program berskala kecil atau besar. Memang institusi saya ni saban tahun tidak kurang 20 program yang perlu dilaksanakan. Ini adalah untuk menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara memahami sejarah, warisan dan kebudayaan khususnya negeri Melaka.

Kini, agak sukar untuk melaksanakan program. Sekarang lebih tertumpu kepada penyampaian maklumat melalui laman maya seperti di Google Meet, Facebook, YouTube dan lain-lain. Contohnya, mesyuarat boleh dilaksanakan melalui Google Meet. Seminar, program bual bicara, bengkel dan sebagainya boleh dibuat melalui siaran langsung di Facebook atau YouTube.

Semasa mengendalikan program bual bicara secara langsung melalui Facebook

Justeru mana-mana institusi perlu bersedia untuk ke arah ini. Kita tidak tahu, bilakah pendamik ini akan berakhir. Semoga cepatlah ia berakhir agar kita boleh kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala. 

🀲🏼🀲🏼🀲🏼

18 comments:

  1. semuanya terbatas sekarang ni.. ntah bila la kite boleh hidup seperti dulu tanpa SOP

    ReplyDelete
  2. Saya rasa tak mampu bekerja secara berterusan secara maya. Kadang-kadang mata berair dan bengkak akibat terlalu lama menghadap skrin menyemak satu persatu hasil tugasan murid. Oh! Cepatlah Covid-19 berakhir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita yang ada anak ni pun tak terkejar PdPR anak².

      Delete
  3. Dengan keadaan sekarang ni, kita tak pasti bila akan berakhir. Nak tak nak kita terpaksa gunakan pendekatan maya supaya semua kerja diteruskan. Syukur juga ada teknologi yang boleh digunakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, nak mengharapkan teknologi sampai bilakah agaknya.

      Delete
  4. Interview punnn online je sekarang ni huhuhu, apa boleh buat, covid19 membataskan kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau interviu online senang le sikit, kurang rasa gentar. πŸ˜…

      Delete
  5. Sekarang semuanya online...meeting pun guna microsoft teams atau gogle meets je

    ReplyDelete
  6. Kesian yg hari2 kena thru video call.. duduk rumah pun banyak cobaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Mana nak buat kerja, mana nak tengok²kan anak.. Macam saya ni, orang rumah fronliner, memang kerja ke takde BDR, saya je BDR. πŸ˜”

      Delete
  7. itulaaa. moga covid19 beransur pulih dan dijauhkan la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. Amin.. 🀲🏼🀲🏼

      Delete
  8. Rindu kemeriahan dulu sebelum covid. China yang jadi punca Covid pun dah bebas buat acara macam-macam. Sakit hati pulak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kerajaan jaga kayangan, tak jaga marhaen.

      Delete
  9. Cik TK pulak, semua through microsoft teams. Meeting, briefing, talk, seminar... Huhuuuu bila nak buat semua ni offline balik..? Moga virus covid ini cepat2 lesap dari muka bumi ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. Semoga covid-19 segera berakhir.

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.