Thursday, May 27, 2021

TUKANG KOMEN BERTUAH BULAN MEI 2021

Musim PKP ni ada sedikit masa untuk menjenguk dan menjengah blog rakan-rakan bloggers. Dari duk skrol handphone tak tentu hala, baik layan blog rakan-rakan, macam-macam cerita dan kisah dapat tahu. Dah jengah blog rakan-rakan, turut mengambil kesempatan untuk meninggalkan komen sebagai tanda kita telah sampai ke blog tersebut.

Alhamdulillah, sekali lagi menjadi pengomen bertuah. Kali ini di blog SHIKINRAZALI bagi bulan Mei 2021. Sebelum ini pernah dapat pengomen bertuah bagi bulan April di blog SYAZNI RAHIM. Saya pun tak sangka, rupanya saya ni antara orang yang suka tinggalkan komen. πŸ˜€

Jom lihat apa yang saya terima...


5 keping sampul duit raya dari Jabatan Bomba Malaysia. Kelima-lima sampul ini telah saya gunakan untuk memberi angpow kepada seorang rakan untuk diberikan kepada anak-anaknya. Kebetulan rakan saya ni seorang pengumpul sampul duit raya. 

Dia amat teruja untuk memperoleh sampul tersebut. Hari Raya baru-baru ini, dia telah masuk TV1 yang menyiarkan hobi uniknya mengumpul sampul duit raya.


Ini pula sebuah bekas mengisi batang yang boleh dilipat. Ini saya simpan untuk kegunaan meletakkan barang-barang di meja pejabat saya. Disertakan juga ucapan ringkas dari pemilik blog SHIKINRAZALI. Rupa-rupanya beliau juga mempunyai kemahiran mengurut, iaitu mengurut wanita. Bagi wanita yang ada angin dalam badan, bolehlah mencuba perkhidmatan urutan yang ditawarkan. 

Akhir kata, terima kasih banyak-banyak kepada SHIKINRAZALI kerana memberi kiriman ini. Saya sangat menghargai. πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ




37 comments:

  1. tahniah ye.. begitulah kalau kita rajin dpt lah hasilnya.. sy pun ada jugak kwn yg suka kumpul sampul raya... sampai org lain dpt limited editon semua akn pass kt dia... heehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Memang ada kumpulan kumpulan sampul duit raya. Dulu ada juga kumpul sedikit-sedikit, tapi tak diteruskan.

      Delete
  2. Tahniah, jari jemari bertuah namanya tu hehe

    ReplyDelete
  3. tahniah n selamat maju jaya. meh la jd pengomen tegar tahunan di blog abe kie. 7 pemenang dicari pd akhir thn ini...

    ReplyDelete
  4. Tahniah ye...meh la jadi pengomen tegar blog SA...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah berkat suka meninggalkan komen

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, Hari ni Kak Mah tersesat kesini pulak,
    Assalamualaikum, salam kenal,
    Lepas bagi salam baru boleh balik.Bye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Mana pulak tersesat. Dah betul lA ni. Jangan segan-segan, buat macam rumah sendiri.

      Delete
  7. Alhamdulilah..mendapat lagi hasil rajin tinggalkan komen. sambil sambil komen terselit juga rezeki yang ada. Tahniah. Limited edition sampul raya tu. Bukan senang nak dapat :)

    ReplyDelete
  8. Tahniah, ye. Kipidap dalam menyokong blog sesama rakan bloggers. Cayalah!

    ReplyDelete
  9. Tahniah. Seronok dapat limited edition kad raya tu.

    ReplyDelete
  10. Tahniah. Tak sia-sia rajin mengomen. Ukhuwah dapat, hadiah pun dapat

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Mungkin. Tapi saya kurang selidik, siapa yang bomba, sama ada pula Shikin atau suaminya.

      Delete
  12. Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai hadiahnya.. Untuk pengetahuan encik Fairus, saya bekerja di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.. sebab tue la dapat angpau limited edition..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo. Ok. Terima kasih puan. Saya menghargainya.

      Delete
  13. Tahniah, rezeki rajin mengomen :)
    Saya sebenarnya baru-baru ini je tahu yang ada orang serius mengumpul sampul duit raya sebagai hobi mereka. Unik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Memang ada kumpulan pengumpul sampul duit raya.

      Delete
  14. Tahniah!
    Teruskan usaha tinggalkan komen yang membina untuk memeriahkan lagi blog rakan-rakan blogger.

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. Terima kasih πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.