Saturday, May 22, 2021

DURIAN BELANDA BERBUAH SULUNG

Alhamdulillah.. Sudah lebih 2 tahun menanam pokok durian Belanda ini, akhirnya berbuah juga. Bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba, akhirnya tidak lari gunung dikejar.



Sebelum ini memang banyak kali pokok durian Belanda ini berbunga, akan tetapi bunganya tidak lekat untuk menjadi buah. Ada kalanya kecewa juga melihatkan bunga-bunga pokok durian Belanda jatuh berguguran di tanah. Mungkin belum ada rezeki.

Ada juga amalkan beberapa petua untuk pokok durian Belanda berbuah, antaranya menggoyangkan pokok yang sedang berbunga selepas jam 10 malam. Ini adalah untuk membantu proses pendebungaan. Beberapa kali jugalah saya malam-malam ke belakang rumah untuk menggoyangkan pokok durian Belanda. Rasa lucu pun ada, sehingga kawan-kawan di Facebook siap beritahu, kasi goyang kuat-kuat. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Baja juga memainkan peranan penting. Dulu guna pelbagai baja. Baja biji-biji yang dibeli di kedai pokok bunga. Kemudian tukar ke baja tahi ayam. Terkini guna baja mahal sedikit iaitu baja Milagro.

Tak sabar rasanya nak merasai keenakan buah durian Belanda yang ditanam sendiri. Harap-harap buah tersebut membesar dengan sempurna dan menghasilkan isi yang baik. Apa-apapun, ini semua rezeki Allah SWT. Ada rezeki, adalah, kalau tiada rezeki maka tiadalah. 

28 comments:

  1. Sedapnya durian belanda. Moga ada rezeki Fairus sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

      Delete
  2. buah belanda buat juice mmg perghhh sedap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di Indonesia popular... Jus sirsak

      Delete
  3. Pertama kali dengar petua, kena goyang pokok durian belanda. :D

    ReplyDelete
  4. Best durian belanda. Masa kecik selalu makan. Rasa lemak masam manis.

    ReplyDelete
  5. Boleh buat jus ni... pernah cuba?

    ReplyDelete
  6. Kena jaga baik-baik supaya dapat merasa buah itu apabila sudah masak.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dapat juga menjadi buahnya. Petua pelik ni tapi tak salah mencuba kan. Baja Milagro tu biasa orang guna untuk pertanian. Memang recommended katanya. Semoga buahnya menjadi, ada rezeki tuan tanam merasainya nanti :)

    ReplyDelete
  8. Menjadi ke goyang pokok durian belanda tu hahahaha lucuuu pulakk dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah berbuah tu, kira jadilah agaknya. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

      Delete
  9. Alhamdulillah banyak khasiat daun n buah durian belanda

    ReplyDelete
  10. hasil yg lumayan berbudi pd bumi nih.. πŸ˜…

    ReplyDelete
  11. Kecik-kecik dulu selalu panjat pokok durian belanda nenek. Pantang jumpa yang baru nak masak, terus kami kekah, kalah monyet hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Ya, dulu rumah datuk saudara saya pun Ada buah ni..

      Delete
  12. masa saya kecil dulu ada sebatang pokok durian belanda kat umah. rajin berbuah sampai tak termakan, jatuh penyek atas tanah jer. Sekarang ni nak dapat buah ni punya la susah

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.