Monday, April 5, 2021

JUMPAAN STRUKTUR KAPAL DI PULAU MELAKA

 








Sekiranya bukan kayu dari struktur kapal, kayu apakah ini? Inilah persoalan demi persoalan yang bermain di minda dan fikiran aku selama lebih kurang seminggu bersama pasukan untuk menyerlahkan jumpaan kayu ini.

Projek yang dirangka dilaksanakan seminggu masih tidak dapat membongkar persoalan ini. Secara hipotesis, pihak pengkaji berpendapat ini adalah struktur rangka kapal yang berkemungkinan dari zaman kesultanan Melayu Melaka. Ini dikuatkan lagi apabila di lokasi yang sama ditemui ratusan matawang termasuk matawang Sultan Mahmud Syah (1488 - 1511). Turut ditemui sebuah mangkuk porselin kecil dalam keadaan baik.

Kayu yang ditemui telah dibuat uji kaji dan ia adalah dari spesis merbau. Menurut pengkaji, kayu merbau hanya terdapat sekitar Nusantara, justeru adalah dipercayai juga kapal ini merupakan kapal Alam Melayu. Terdapat juga penggunaan teknik pasak yang terkenal dalam senibina Melayu lama.

Dalam perancangan, kerja-kerja ekskavasi bagi menyelamatkan artifak di kawasan tersebut akan dilakukan termasuklah kerja-kerja untuk menyerlahkan jumpaan kayu-kayu yang masih tertanam.

Semoga kerja-kerja ini dipermudahkan dan sejarah kegemilangan zaman kesultanan Melayu Melaka dapat dibangkitkan kembali sebagai pembuktian kepada penulisan-penulisan sejarah yang kita sedia maklum selama ini. Jika benar, struktur kayu yang dikatakan sebagai kayu kapal zaman kesultanan Melayu Melaka, maka ia merupakan penemuan yang hebat bagi negeri Melaka dan secara tidak langsung akan merancakkan lagi sektor pelancongan berkaitan sejarah.

33 comments:

  1. mukin kapal2 lanun agaknyer.. 😅

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Belum dapat dipastikan lagi. Masih dalam proses menyerlahkan struktur kayu yang masih tertanam.

      Delete
  3. Wah bagaikan membongkar cerita lama zaman kedaulatan melayu melaka ja. Boleh jadi tarikan baru ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, sekiranya benar² kapal, kita akan bawa ke muzium dan pamerkan nanti.

      Delete
  4. Menariknya! Rasa-rasa jika dihimpun struktur kayu yang dijumpai tu, kita dapat anggarkan tak kapal tu besar mana?

    ReplyDelete
  5. mcm mn eh pihak terbabit 'tergerak hati' nak buat ekskavasi kat sini?

    ReplyDelete
  6. Forensic investigation..wow..
    eh! ada sunset la...nice...

    ReplyDelete
  7. Menarik untuk mengetahui penemuan ini seterusnya.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah penemuan bernilai yg membongkar sejarah Melaka semoga usahanya Allah permudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, semoga Allah SWT memudahkan segala urusan ini.

      Delete
  9. yeah kayu yang masih sedia utuh camtu mesti tuk pembuatan sesuatu yang 'tegap'. good luck on penyungkaian seterusnya.

    ReplyDelete
  10. Wah.. Hebat. Ini yang keluar berita hari tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Ada keluar berita TV3 dan akhbar-akhbar.

      Delete
    2. Saya keje dengan media prima sebab tu perasan. Hehe

      Delete
    3. Ooo.. ye ke? Saya baru² ni hampir seminggu membantu En. Amin dalam pengambaran Jejak Rasul 2021

      Delete
  11. curious nak tahu jugak. kalau saya mesti dah anggap kayu biasa je ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doakan ia dapat didedah dan dirungkai segala persoalan.

      Delete
    2. Semoga dipermudahkan urusan mengkajinya. Aaminn

      Delete
  12. kalau saya yang jumpa ni, pasti menganggap kayu biasa jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. tapi sekarang ini pun masih diperingkat hipotesis kerana kerangka ini di lokasi tambaak laut disamping pelbagai matawang zaman kesultanan Melayu Melaka dijumpai di lokasi terbabit serta serpihan-serpihan tembikar dan porselin turut berada di kawasan ini.

      Delete
  13. Replies
    1. Iya.. Perlu diserlahkan lagi sebab masih banyak kayu-kayu yang tertanam.

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.