Thursday, April 29, 2021

SALAM NUZUL AL-QURAN 1442 HIJRAH


Nuzul al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibrail a.s.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 keputeraan nabi Muhammad S.A.W ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira’.

Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah S.A.W beransur-ansur melalui perantaraan Malaikat Jibrail a.s selama 23 tahun, iaitu 13 tahun diturunkan di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Ayat yang mula-mula sekali diturunkan adalah lima ayat daripada Surah Al-Alaq.

Perkataan "Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad S.A.W yang memberi makna terlalu besar kepada umat Islam.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan salam Nuzul al-Quran buat semua muslimin dan muslimat seantero dunia. Semoga kita semua tergolong dalam insan-insan yang membaca dan memahami isi kandungan al-Quran.

20 comments:

  1. Replies
    1. ๐Ÿ™๐Ÿผ๐Ÿ™๐Ÿผ๐Ÿ™๐Ÿผ

      Delete
  2. Salam Nuzul Alquran!

    Melaka tak cuti kan?

    ReplyDelete
  3. Salam Nuzul Quran. Quran ni, ubat kita, semoga kita dapat jadikan amalan harian membacanya. Ingatan untuk saya sendiri.

    ReplyDelete
  4. Salam Nuzul al Quran. Moga kita semua tergolong dalam kalangan hambanya yang membaca dan mengamalkan isi al-Quran. In shaa Allah.

    ReplyDelete
  5. paling syahdu menunggu malam nuzulul Quran...biasanya berdoa terasa jauh lebih kyusuk ^^

    ReplyDelete
  6. Selamat menyambut Nuzul Al Quran :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. ๐Ÿคฒ๐Ÿผ๐Ÿคฒ๐Ÿผ

      Delete
  7. Salam Nuzul Quran. Moga al-Quran kekal menjadi pegangan kita sampai bila-bila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. ๐Ÿคฒ๐Ÿผ๐Ÿคฒ๐Ÿผ๐Ÿคฒ๐Ÿผ

      Delete
  8. salam nuzul quran

    agak2 nya sempat ke tak sy nak khatam bulan puasa ni? ;-)

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. ๐Ÿ™๐Ÿผ๐Ÿ™๐Ÿผ๐Ÿ™๐Ÿผ

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.