Thursday, April 15, 2021

MENUAI UBI KAYU

Hari ini negeri Melaka bercuti sempena ulang tahun ke-18 Bandaraya Melaka Bersejarah. Jadi, kami sekeluarga tinggal saja di rumah berehat tanpa ke mana-mana sambil mengemas apa yang patut.

Saya mengemas kawasan belakang rumah. Sangkar kucing yang memuatkan 8 ekor kucing dibersihkan dari segala kotoran. Sambil itu, buat juga penyelenggaraan kecil dengan menambah jaring di bahagian atas sangkar kerana anak-anak kucing yang kecil dah pandai meloloskan diri dari ruang antara bumbung sangkar.

Kemudian, terperasan pula pokok ubi kayu yang telah ditanam tidak lama dahulu. Tinggi pokoknya. Kelihatan subur daun-daunnya. Pokok ubi ini merupakan pokok seumpamanya yang ditanam di belakang rumah. Jadi, saya amat teruja untuk melihat hasilnya.



Inilah hasilnya. Lumayan juga. Comel-comel saja buahnya. Mungkin terlalu awal dituai. Seeloknya pokok ubi kayu ini dituai selepas 9 bulan ditanam. Hasil yang ini, mungkin baru 3, 4 bulan ditanam.

Tak mengapa, ada beberapa batang pokok lagi masih belum dituai. Saya akan tunggu sehingga lebih 9 bulan untuk mendapatkan ubi yang lebih besar. 

Sementara, batang-batang ubi kayu yang telah saya cabut tadi, telah saya semai semula. Sudah tumbuh sedikit pucuk nanti, bolehlah ditanam kembali.

Alhamdulillah, ada juga hasil berbudi pada tanah yang sekangkang kera di belakang rumah. 😌😌😌

16 comments:

  1. Nanti buat posting yg dah siap untuk di hidang pulak! Nak tau jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok.. Esok post. Gambau makanan dah siap tu dah tangkap.

      Delete
  2. Memang berbaloi berbudi pada tanah. Seronok apabila kita dapat nikmati hasilnya.

    ReplyDelete
  3. Tanam ubi indon
    4 bulan dah boleh tuai
    Buahnya pun banyak dan tidak berkayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa.. Bagus tu. Mana agaknya nak dapatkan tu.

      Delete
  4. Masa cutilah ni ada peluang untuk buat macam-macam. Untung tanam ubi kayu boleh cucuk tanam semula. ubinya comel comel pun okay. Next time tunggu lama sikit :)

    ReplyDelete
  5. wah luas juga tu belakang rumah sampai pokok ubi boleh hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adalah sedikit tanah untuk bercucuk tanam.. 😃

      Delete
  6. lepas ni bolehlah tanam ubi mentega ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ubi mentega ke? Tak pernah tahu pun. Nanti saya Google.

      Delete
  7. Kat rumah ni pun ada pokok ubi kayu yang belum dikorek. Tunggu suami dapat seru. Hehe..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.