Friday, April 12, 2024

Nasi Lemak Sambal Udang Buat Bekalan ke Pejabat


Hari ini orang rumah sudah siapkan bekal ke pejabat. Bekal nasi lemak. Sambalnya bukan biasa-biasa, sambal udang lagi. Tiga ekor udang bersaiz sederhana, timun tiga hiris dan telur rebus sebiji. Enak rasanya. Memang tak dinafikan bahawa orang rumah aku pandai memasak. Bukan lauk pauk sahaja, kek, roti, biskut raya semua dia pandai memasak.

Kebetulan hari ini orang rumah memasak bagi menjamu rakan-rakan di tempat kerjanya. Jadi dia turut membekalkan aku nasi lemak ini. Bagus juga, awal-awal Syawal ni, kedai tempat aku bersarapan masih tak buka lagi. Jadi tak perlulah aku keluar untuk mencari makanan. 

Aku makan bekalan nasi lemak sambal udang ni dalam jam 10.30 pagi. Lewat sedikit makan. masih kenyang lagi. Maklumlah, musim perayaan ni banyak makan. Makanan malam tadi semasa beraya di rumah Abang Long aku pun belum cukup hadam lagi. pasal tu, pagi-pagi masih belum lapar.

19 comments:

  1. Sedap tu... Lepas2 raya nie dpt makan nasi lemak

    ReplyDelete
  2. Selamat bertugas pada hari raya ke 3

    ReplyDelete
  3. Awal juga En FM naik kerja ya. Untunglah dapat sarapan nasi lemak sambal udang di hari raya lagi ni

    ReplyDelete
  4. Ingat kan balik dari perantauan bawak bekal ala-ala western.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masih sedar diri saya ni dari Timur.. Haha

      Delete
  5. 🥰🥰😍😍😍

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya. nasi lemak kelihatan nya sedap. saya dah agak lama tak pekena nasi lemak, terus rasa teringin lak

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..beruntung dapat isteri pandai masak macam-macam. Sedap tu nasi lemak sambal udang. Memang bukan biasa biasa.

    ReplyDelete
  8. seronoknya bila isteri pandai masak...

    ReplyDelete
  9. Aisssh nasi lemak ini selalu yg saya cari tiap kali ke KL atau Penang 😄. Anak saya yg bungsu sukaaaa sangat nasi lemak. Kalau bisa pun, mau pagi siang malam dia memilih menu ini 🤣

    ReplyDelete
  10. samalah isteri abe kie pun kdg2 dia sediakan bekal sarapan spt mi grg atau nasi grg kpd abe kie n anak2. Pej dia 45km dari rumah tp masih gigih memasak awal pagi berbanding sek abe kie yg cuma 4.5 km je...

    ReplyDelete
  11. Betul . Minggu pertama syawal memang banyak kedai makan untuk belum beroperasi .mujur isteri FM bekalkan nasi lemak . Kalau tidak jenuh juga kan mencari port untuk sarapan pagi .

    ReplyDelete
  12. semua sedap sebab dimasak dgn penuh kasih sayang tu

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.