Tuesday, July 13, 2021

MINAT AMBIL GAMBAR

Saya minat mengambil gambar tapi bukanlah seorang profesional. Saya suka gambar kerana gambar ada seninya yang tersendiri, namun saya bukanlah orang seni, cuma meminati seni.

Pelbagai aplikasi yang terdapat di telefon pintar, membolehkan saya mengedit gambar-gambar yang saya ambil untuk dilihat lebih menarik dari pandangan mata saya. Tak pastilah dari pandangan mata orang lain, mungkin tak berapa cantik.

Gambar-gambar ini saya simpan. Kalau berkesempatan nanti, terasa ingin juga dicetak untuk dijadikan koleksi yang boleh dijadikan kenangan pada masa akan datang. 

Muhammad Firman merajuksl sambil duduk di sebalik dinding

Pokok betik yang tertanam di hadapan rumah emak saya

Beting buat sarang di atas dahan pokok buah nangka di belakang rumah emak saya

Kuih tat yang dibuat oleh emak dan kakak saya untuk menyambut Aidiladha

Daun pokok jambu di belakang rumah saya sesudah hujan

Pemandangan senja di belakang rumah saya

Ainnur Afiah, anak perempuan yang saya tinggalkan bersama abangnya di rumah emak bermula PKP lalu

Gambar langit dan awan merupakan antara yang saya gemar ambil

Saja suka-suka mengedit gambar yang diambil di sebalik tingkap rumah

Nanti-nanti jika berkesempatan akan saya letakkan lagi gambar-gambar terkini. Juga saya akan menerangkan aplikasi-aplikasi yang saya gunakan untuk mengedit gambar.

53 comments:

  1. 😍woww tahniah fairuz
    cantik2 gambar nya
    ank bungsu akak suka sgt ambik gambar awan, langit

    ReplyDelete
  2. Practise make perfect.. Nnt dh byk kali snap gmbr mesti bole jd cam profesional jgk hehe.. All the best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak jadi pro.. Amatir pun dah cukup bagus

      Delete
  3. Sekeping gambar mampu menceritakan 1001 kisah.

    ReplyDelete
  4. Berfaedah ambil gambar waktu tidak sibuk. Boleh asah kemahiran.

    ReplyDelete
  5. CCL pun minat ambil gambar .. Tapi FM punya,gambar berseni . Lawa sungguh

    ReplyDelete
  6. cantik gambar2 yang diambil. slow2 belajar teknik amik dan edit gambar, tak lama nnt jdi pro lah tuan

    ReplyDelete
  7. Cuma mampu upload ke ig sahaja sbb masih amatur. X retu nak edit bagai...

    ReplyDelete
  8. Menarik gambar gambarnya. betul, setiap orang ada sisi pandangan mata yang berbeza. seni pun berbeza gitu. Teruskan minat :)

    ReplyDelete
  9. Merendah diri pulak...

    Ini dah pro ni...

    ReplyDelete
  10. Cantikkk hasil gambarnya! Jealous tengok orang pandai ambik gambar, kalau saya ambik, memang selalu kena marah dengan orang yang suruh ambik gambar hahaha :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok.. Kalau awak ambil gambar saya, dah tentu saya juga marah.. Haha

      Delete
  11. cantik & berseni..nice..

    dah buat kuih raya haji..huhu..

    ReplyDelete
  12. CAntik.. SEmoga terus tingkatkan kemahiran ini.

    ReplyDelete
  13. Cantik. As pun suka ambil gambar tapi tak pandai nak edit-mengedit...

    ReplyDelete
  14. Pandai encik fairus ambil gambar dari pelbagai sudut. Gambar langit dan awan memang cantik. Sedap tengok kuih tart nenas.

    ReplyDelete
  15. cantik.. pandai fairus ambil gambar. boleh try jual mcm yg saifulnang ajar tu

    ReplyDelete
  16. Ambil gambar buat simpanan sendiri kan

    ReplyDelete
  17. Cantik.. bleh digilap lagi bakatnya.. mana tau encii boleh buat part time sbg photographer plak..

    ReplyDelete
  18. Yang first tu macam cover novel Fixi

    ReplyDelete
  19. Berseni sungguh. Boleh jadi hobi yang dapat menjana pendapatan ni.

    ReplyDelete
  20. cantik angle yg fairus amik.
    aida x reti.
    gambar biasa2 aje.
    sebagai kenangan di masa depan.

    ReplyDelete
  21. bolehlah cuba nasib masuk kontes mn tau ada rezeki boleh mng mcm peserta dr terengganu baru2 ni

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.