Tuesday, July 6, 2021

LAWATAN MAYA @ MUZIUM SEJARAH & ETNOGRAFI

Musim-musim PKP ini tidak banyak yang dapat dilakukan. Tidak boleh rentas daerah, negeri, malah banyak sektor yang ditutup termasuklah muzium. Muzium Melaka antara yang menerima kesan daripada pandemik covid-19.

Sebelum ini, Muzium Melaka merupakan muzium teramai pelawat berbanding muzium-muzium lain di Malaysia. Dengan jumlah pelawat menghampiri 1,000,000 pengunjung setahun, pandemik covid-19 sedikit sebanyak telah mengurangkan kedatangan pelawat ke muzium. 

Selain itu, program-program permuziuman pun tidak dapat dilakukan. Kerja-kerja cari gali yang baru saya laksanakan pun terpaksa ditangguhkan dan macam-macam lagi perancangan tahunan tidak dapat dilaksanakan.

Namun begitu, ia bukan bererti pihak kami harus berpeluk tubuh melihat sahaja pandemik ini datang dan pergi. Aktiviti dan program bersifat norma baharu khususnya melibatkan aktiviti dalam talian telah diatur bagi memastikan institusi permuziuman khususnya di negeri Melaka terus berjalan seiring dengan perkembangan semasa.

Terbaru, Muzium Melaka telah memperkenalkan program Lawatan Maya. Buat kali pertama ini akan melibatkan lawatan ke Muzium Sejarah & Etnografi. Sesi lawatan maya ini dijalankan secara dalam talian menggunakan platform Google Meet.



Muzium Sejarah & Etnografi merupakan muzium utama negeri Melaka. Memaparkan artifak dan bahan sejarah sejak dari zaman kesultanan Melayu Melaka hinggalah ke zaman penjajahan Portugis, Belanda, Jepun dan British. Jika ke Melaka, tidak sempurna lawatan sekiranya tidak ke muzium ini.

Bayaran yang dikenakan adalah sangat murah iaitu RM5.00 sahaja. Sekiranya sekeluarga nak mengikutinya di dalam satu komputer atau telefon pintar tetap dengan harga RM5.00. Murah kan? Seisi keluarga boleh tengok.

Justeru, di kesempatan ini, suka saya mempromosikan program lawatan maya ini yang akan dilaksanakan pada ketentuan yang dinyatakan di dalam poster di atas. Semoga ramai yang akan mengikuti lawatan maya ini yang tentunya akan memberikan ilmu dan maklumat yang bermanfaat.

Jika berminat, sila daftar di sini 👉🏼 KLIK

56 comments:

  1. Bagus jugak ni kalau xde nk buat apa kt umh kan? Boleh la join jalan2 muzium scr online

    ReplyDelete
  2. menarik! takde pengalaman lg..boleh join nnt jika free :)

    ReplyDelete
  3. Menarikkkk! In shaa Allah kalau ada kelapangan, saya nak joinn jugakkk.

    ReplyDelete
  4. Seingatnya..saya belum pernah sampai ke muzium ni, nampaknya belum sempurna lawatan saya ke Melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali bila datang ke Melaka, sempurnakan lawatan anda.. hehe

      Delete
  5. Bagus sangat ada buat lawatan online macam lawatan zoo. Memang murah sangat tu boleh tengok seisi keluarga.

    ReplyDelete
  6. Wah muzium pun ada lawatan maya. Berjalan dan melihat dalam talian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. nak melawat betul-betul tak boleh lagi.

      Delete
  7. ini yang kaella nampak haritu tapi tak jumpa lagi mana nak kena tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cari maklumat ni di Facebook Muzium & Galeri Melaka.

      Delete
  8. Teringin nak join. Harap dapat join khamis ni.

    ReplyDelete
  9. bagus jugak buat program camni. at least boleh jana pendapatan kan :)

    ReplyDelete
  10. Menarik jugak ni, hari tu dah melawat encik buaya, ni bolehlah melawat muzium pula

    ReplyDelete
  11. Wah, bagus inisiatif daripada muzium ini.. Semoga generasi anak² akan terus mengenali sejarah negara kita...

    ReplyDelete
  12. Good effort... Guna teknologi sebaiknya

    ReplyDelete
  13. walau duduk umah ada xtvt menarik boleh buat juga kan walau online
    bagus2

    ReplyDelete
  14. menarik..satu usaha yg bagus..

    ReplyDelete
  15. Menarik program lawatan secara maya ni. Boleh buat aktiviti berkeluarga hujung minggu…

    ReplyDelete
  16. Usaha yg bagus dr terbiar tutup begitu. Tiket pun murah saja

    ReplyDelete
  17. Pertama kali dengar perkataan etnografi sewaktu belajar di universiti zaman dahulukala. Subjek Budaya, kuliah oleh Prof. Mohd.Taib Osman. Beliau asyik suruh kami baca tulisan Ember & Ember, Cultural Antropology.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Lebih kepada kajian kebudayaan, etnik..

      Delete
  18. Kreatifnya. Macamanalah agaknya yek, lawatan maya. Menarik bunyinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siaran langsung melalui Google Meet. Yang bayar sahaja dapat sertai.

      Delete
  19. Good effort...semua info hanya di hujung jari...fee tu pun berpatutan

    ReplyDelete
  20. Menarik juga ya buat secara maya macam ni. Maybe lokasi pelancongan lain juga boleh buat program lawatan secara maya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah banyak juga pusat pelancongan yang buat sebegini.

      Delete
  21. Menariknya lawatan maya ni! Nanti nak syorkan pada anak buahlah.

    ReplyDelete
  22. weekend lepas, attend online zoo.
    weekdays anak2 busy pdpr.
    tak dpt nak ajak diorang.
    normally weekend kami akan carik kat utube.
    diorang tetap minat yg ada haiwan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus beri pendedahan anak dengan perkara begini. Bagi otak mereka berkembang.

      Delete
  23. alaa bestnya tapi kenapalaj dia buat weekdays.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dibuat setiap minggu.. Nanti bolehlah sertai

      Delete
  24. x dpt jln2 dpt 'jln2' secara maya pun x apa laa... janji enjoy👍👍

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.