Wednesday, July 21, 2021

BENIH BUNGA TELANG DARI CIK NOR

Bermula dari pertanyaan saya tentang dimanakah untuk memperolehi benih pokok bunga telang pada entri CIK NOR, lantas Cik Nor menghubungi saya untuk meminta butiran untuk pengeposan benih bunga telang kepada saya. Terima kasih Cik Nor kerana mengirimkan benih ini.

Apabila menerima benih bunga telang ini, tanpa membuang masa saya terus mengenainya di bekas semaian. Alhamdulillah, tak sampai berapa hari benihnya kian membesar. Sudah 5,6 benih telah tumbuh menjadi anak pokok. Sihat-sihat nampaknya.

Benih pokok bunga telang mula membesar


Gambar anak pokok bunga telang di atas telah saya muat naik ke Facebook, rupa-rupanya ada yang berminat. Ada yang nak beli. Tapi saya maklumkan bahawa saya tidak jual, sekiranya mahu boleh datang ambil di rumah saya.

Masih ada baki biji benih yang belum saya semai. Saya hanya menyemai kira-kira 20 biji benih sahaja. Selebihnya saya simpan dahulu. Bila yang telah disemai mula membesar, boleh semai yang lain pula. Saya pun diberi biji benih secara percuma, jadi anak pokoknya nanti saya nak beri secara percuma juga kepada sesiapa yang menginginkannya.

Dahulunya saya kurang mengenali kegunaan bunga telang sehinggalah saya mula bekerja di muzium dan membuat sedikit kajian berkaitan kuih muih tradisional. Ternyata kuih muih tradisional ini banyak menggunakan bunga telang sebagai pewarna biru asli. Bukan hanya kaum Melayu, kaum lain seperti Baba Nyonya, Chetti dan masyarakat Portugis juga banyak menggunakan bunga telang sebagai pewarna asli dalam masakan.

Antara khasiat lain bunga telang, bolehlah rujuk di laman INI yang banyak menyenaraikan khasiat bunga telang. 

Sekali lagi, terima kasih saya ucapkan kepada Cik Nor atas pemberian biji benih ini. Saya amat menghargainya. Tak sabar rasanya nak lihat pokok ini membesar dan berbunga.




40 comments:

  1. Bagus. Tak rugi kalau berbudi pada tanah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..rezeki orang memberi, kemudian dikongsi juga. Semoga berhasil tanamannya. Bunga telang cantik warnanya. Saya fikir nasi kerabu terus :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Berkongsi-kongsi pemberian..

      Delete
  3. wah minat juga bunga telang ya..buat jus pun sedap tu

    ReplyDelete
  4. Wah lepas ni bole buat kebun bunga / sayur.. Tanam benih lain plak

    ReplyDelete
  5. Pemurah parang bloggers ini. Berkongsi ilmu, buku, makanan, hadiah.
    Doakan semoga Puan Saranur murah rezeki, dijauhkan malapetaka.
    Untuk saudara Fairus, selamat menanam dan mengembangkan pemberian biji benih pada orang lain .

    ReplyDelete
  6. sejuk tangan..tumbuh juga benihnya...klu teman mau setahun tak tumbuh2..hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti dah pindahkan ke pasu/tanah barangkali jadi lain juga.. Harap-harap tumbuh segar.

      Delete
  7. Sejuk tangan encik fairus ni. Semai je, menjadi.
    Dekat salah satu tempat jogging saya, ada bunga telang ni. Dan ada makcik-makcik ambil, buat nasi kerabu atau teh katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul.. Kuih-muih yang guna warna biru pun boleh guna bunga telang

      Delete
  8. Replies
    1. Buat masa ni uncle seorang saja yang perasan..Haha

      Delete
  9. Bunga telang yang buat nasi kerabu tu ke?

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah
    semoga membesar dgn jaya
    seronok bila berbudi pd tanah
    hasilnya lg rasa gembira

    ReplyDelete
  11. Bunga telang ni yg org guna buat nasi kerabu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Pewarna asli biru.. Boleh buat kuih muih juga

      Delete
  12. Cantikkk gambarnya!
    Semoga membesar dengan jayanya pokok tersebut.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..banyak yang dah disemai, masih ada berbaki lg..

    ReplyDelete
  14. Rezeki blogging. Bukan setakat hadiah, benih pokok pun dapat

    ReplyDelete
  15. Pokok telang ni senang tumbuh dan cepat membesar serta banyak bunganya. Boleh keringkan bunganya dan simpan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka menanam pokok yang senang dijaga.. Kalau susah tu memang taklah, sebab saya jarang ada masa sangat.

      Delete
  16. wah bestnyaaaa. siap dapat benih bunga telang nii,, ada bunga nt boleh buat nasi kerabu ni.hehe

    ReplyDelete
  17. Replies
    1. Insyaallah.. Takut lepas transfer ke tanah ia tidak menjadi pulak.

      Delete
  18. Mudah-mudahan terus bertumbuh dengan jayanya.

    ReplyDelete
  19. sy terbayangkan pokok tu nnt menjalar atas pagar😊😊

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.