Thursday, April 15, 2021

UBI KAYU SUDAH JADI BOKO UBI

Alkisah semalam menuai sebatang pokok ubi kayu di belakang rumah. Dapatlah beberapa biji ubi kayu yang comel-comel saiznya.

Hasil daripada tuaian semalam terus isteri saya merebus ubi untuk dibuat boko ubi. Sememangnya dahulu saya pernah beritahu isteri, apabila ubi kayu telah mengeluarkan hasil, saya nak minta dia buatkan boko ubi. Sebelum ini pun dia pernah buat dan rasanya pun sedap.


Ha.. inilah rupa boko ubi yang isteri saya buatkan tu. Betul-betul sudah nak masuk waktu berbuka, boko ubi ini siap dihidangkan.  Dapat juga memberikan pada jiran berdekatan. Alhamdulillah, dapat juga jiran merasa.

Entri ini dibuat sebab ada seorang uncle ni bertanya di ruang komen menanyakan dia mahu melihat apa hidangan daripada ubi kayu yang dicabut tu. Jadi uncle, inilah hasilnya... BOKO UBI. ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ

Selain ubi kayu di belakang rumah yang tanahnya sekangkang kera tu saya turut menanam pokok mulberi, kelapa pandan, cili, nona, serai, daun pandan, durian belanda, jambu air dan nangka namun belum banyak yang keluarkan hasil. Cuma yang sudah mengeluarkan hasil ialah nona, mulberi dan ubi kayu sahaja.

23 comments:

  1. Hasil berbudi pada tanah. Untung dapat buat something dari hasil tanaman. ubi ni pun boleh dipelbagaikan menunya. bulan puasa ni sesuai sangat buat boko ubi dan berkongsi rezeki dengan jiran jiran. Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. ๐Ÿคฒ๐Ÿผ๐Ÿคฒ๐Ÿผ๐Ÿคฒ๐Ÿผ

      Delete
  2. Akak kalau ubi kayu tetap le di rebus makan cecah dengan sambal tumis...makanan legend dolu2..hehehe

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..dapat makan boko ubi...sy first time dengor ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru² juga tahu, dalam 3 tahun kebelakang ni.

      Delete
  4. untungla berbudi pda bumi.. ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. ๐Ÿคฒ๐Ÿผ☝๐Ÿผ

      Delete
  5. Replies
    1. Boko...Kalau bingka takde santan atas tu.

      Delete
    2. Oh.. Ada santan. Tak pernah makan rasanya

      Delete
    3. Nanti² cubalah cari di bazaar Ramadan.. Kalau ade le..

      Delete
  6. MasyaAllah! Kebetulan Boko ubi ni memang kegemaran uncle! Aduhhh! Mengidam sudah!

    TQTQ entry ni.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf.. Jauh nak hantar. Telan air liur sahaja lah.

      Delete
  7. Sedapya boko ubi kayu kuih tradisi tu

    ReplyDelete
  8. next bole lah share resepi ubi boko ni

    ReplyDelete
  9. wahhhh best nya bako ubi... kalau banyak hasilnya tu boleh buat jual kt bazar ramdan ;-)

    ReplyDelete
  10. Rajin menanam ya.
    Alhamdulillah hasil ubi ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Rezeki Allah yang tentukan.

      Delete
  11. Banyaknya menanam. Alhamdulillah, seronok bila dapat nikmati hasil tanaman kita sendiri. Nampak sedap boko ubi. :)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.