Dalam ketenteraan Kesultanan Melayu Melaka, penggunaan racun merupakan salah satu strategi perang yang bijak dan berkesan. Tentera Melayu tidak berperang secara tersusun seperti tentera Eropah. Sebaliknya, mereka lebih suka menyerang secara mengejut secara berkumpulan, terutamanya di kawasan sempit seperti jalan kecil, hutan atau semak.
Untuk menjadikan serangan lebih kuat, mereka menyapu racun pada senjata seperti keris, lembing, sumpit dan anak panah. Racun ini sangat berbahaya dan boleh membunuh musuh walaupun hanya terkena luka kecil. Ini membantu mereka menyerang secara senyap dan pantas. Keris yang disapu racun boleh menyebabkan kematian cepat, menjadikannya senjata yang sangat ditakuti.
Selain digunakan pada senjata, racun juga disapu pada kayu tajam yang dipasang dalam perangkap di hadapan kubu. Perangkap ini digali untuk menjatuhkan musuh ke dalam lubang yang dipenuhi kayu beracun. Jika musuh jatuh ke dalamnya, mereka akan cedera parah atau mati. Ini menunjukkan bahawa tentera Melayu sangat bijak menggunakan alam semula jadi untuk mempertahankan kawasan mereka.
Racun ini biasanya diperoleh daripada tumbuhan yang ada di sekitar mereka. Selain mencederakan musuh, racun juga menimbulkan rasa takut kerana kecederaannya sangat menyakitkan dan sukar sembuh.
Walaupun pada awalnya kubu-kubu pertahanan Melaka hanya dibuat daripada tanah dan tidak begitu kuat, penggunaan perangkap beracun telah membantu memperkukuh pertahanan. Apabila tentera Melaka mula belajar daripada orang luar dan mula menggunakan senjata api seperti senapang dan meriam, penggunaan racun tetap diteruskan sebagai senjata rahsia.
Mengikut catatan beberapa sumber Portugis, kesan racun menyebabkan luka yang sukar sembuh dan membengkak seperti ketumbuhan. Mangsa yang tidak dirawat lukanya akan mati, manakala yang terselamat tetap menderita. Ada juga menjadi seperti orang gila dan menggigit diri sendiri, menunjukkan racun itu turut memberi kesan kepada minda. Penggunaan racun menjadikan pertempuran lebih kejam dan menyeksakan.
Kesimpulannya, penggunaan racun oleh tentera Kesultanan Melayu Melaka adalah bukti kebijaksanaan mereka dalam strategi perang. Ia membolehkan mereka menyerang dan mempertahankan diri dengan berkesan walaupun berhadapan dengan musuh yang lebih moden.
Rujukan :
J. V. MILLS. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, Vol. 8, No. 1 (109), EREDIA'S DESCRIPTION OF MALACA, MERIDIONAL INDIA, AND CATHAY (April, 1930), pp. 1-288
Hasanuddin Yusof. Teknologi Kesultanan Melaka. 2017
Jangan main-main dengan orang dulu-dulu kan?
ReplyDeleteYa.. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Haha
DeleteBijak jugak teknik lawan musuh macam tu.
ReplyDeleteSalah satu ilmu pada ketika itu.
Deletebijak cara mereka melawan musuh
ReplyDeletekesannya lebih mendalam...biar musuh jadi gentar...
ReplyDeletemenarik info ini...dalam perang kalau tidak menggunakan taktikal memang mudah untuk laha
ReplyDeleteOrang dulu- dulu..memang teragung dengan senjatanya...
ReplyDeleteAku teringat sewaktu mengikut ayah masuk ke dalam hutan lama di Keningau Sabah. Ayah seorang buruh kasar kerjanya sebagai tukang tumbang kayu balak. Setiap cuti penggal persekolahan aku akan dibelikan beberapa buah buku baru dan ikut ayah masuk ke dalam hutan berbulan lamanya. Tahun 1997 rasanya, dan di tahun itulah aku terjumpa 1 keris di dalam hutan belantara, dan rakan ayah turut sama menjumpai keris berkepala ular di kawasan yang sama. Sebuah pengalaman yang sangat seram sejuk namun aku ambil keris itu dan bawa balik ke Beaufort sebagai kenangan.
ReplyDeletestrategi senyap dan berkesan.
ReplyDeleteBahayanya kalau dah kena racun. Kena tahu punca racun apa, baru boleh tahu rawatannya. Kalau lambat ubat pun, boleh hilang nyawa. Pandai orang dulu berperang.
ReplyDeleteOrg zaman dulu kbat & imaginasi diorg mmg tinggi.. kalau x mcm mana lah boleh terfikir buat benteng guna batang pisang tu.. lalu jadilah singapura dilanggar todak
ReplyDeleteOrg melayu dulu hebat hebat... Kerajaan Melaka lama bertahan... Ratusan tahun..
ReplyDeleteSaya penasaran racun yg dipakai. Diambil dari tumbuhan yg hidup di sekitar, tp mempunyai efek sangat mematikan.
ReplyDeleteOohh baru tahu ada guna racun. Dulu dok fikir keris ni berhantu. Bijak orang dulu melawan musuhnya.
ReplyDelete