Saturday, May 17, 2025

Fairus Meninggal Dunia 1981 - 2025

Pada petang 15 Mei 2025, lebih kurang jam 6, aku terima berita sedih dari group whatsapp. Seorang rakan sebaya aku, Mohd Saiful Fairus, telah meninggal dunia di Hospital Putrajaya. Nama kami sama. Rasa terkejut, sedih dan pilu sangat masa tu.

Bersemadilah duhai sahabat di alam baqa

Arwah sebenarnya sudah lama sakit dan terlantar di Hospital Putrajaya. Aku tahu keadaannya tidak begitu baik sejak beberapa waktu lalu, tapi tak sangka Allah lebih sayangkan dia. 

Nak kata kami rapat, memang rapat juga. Kami sekolah sama dari sekolah menengah sampai ke tingkatan 6. Selalu dapat kelas yang sama. Lepas habis sekolah, kami kerja di kilang yang sama pula. Masa tu, aku selalu tumpangkan dia naik motor ke tempat kerja. Banyak masa kami habiskan bersama. 

Pada 16 Mei 2025, aku bersama empat orang rakan sebaya dari Melaka pergi ke Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan untuk ziarah jenazah. Kami sampai lepas solat jenazah selesai. Tapi syukur, kami masih sempat bantu angkat jenazah masuk ke dalam van jenazah.

Waktu tengok jenazah kawan sendiri yang dulu sama-sama membesar, rasa sebak sangat. Terasa cepatnya masa berlalu. Dulu sama-sama hidup, kini dia dah pergi selamanya.

Pemergian arwah juga buat kami lima orang sahabat lama bertemu semula walaupun semuanya duduk berdekatan di dalam negeri Melaka tapi jarang juga bertemu. Walau dalam suasana sedih, kami bersyukur dapat beri penghormatan terakhir untuk kawan kami.

Mewakili rakan-rakan group whatsapp menyampaikan sumbangan kepada anak tunggalnya 

Al-Fatihah buat Mohd Saiful Fairus. Ya Allah, Kau ampunkanlah segala dosanya, Kau luaskan kuburnya, Kau tempatkan dia bersama orang-orang yang beriman dan Kau jadikanlah kuburnya sebagai taman-taman syurga. 

* Sebak aku menaip entri ini.

32 comments:

  1. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un... Al-Fatihah..
    Sy pun terkejut baca tajuk... Sbb sy bru ja tadi singgah baca blog nie,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kita tetap akan tiba bila tiba masanya nanti.

      Delete
  2. Innalillahiwainnailaihiraajiuun.
    Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
  3. Innalillahiwainnailaihirajiuun. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh org2 yg soleh. Aamiin..

    ReplyDelete
  4. Salam takziah untuk keluarga arwah... Semoga tabah..

    Terkejut saya bila baca tajuk entri.

    ReplyDelete
  5. Alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  6. Innalillahiwainnailaihirojiunn. Semoga Allah tempatkan arwah disebaik-baik tempat dan semoga satu2nya zuriat arwah membesar dengan baik

    ReplyDelete
  7. Alfatihah.semoga roh arwah di cucuri rahmat dan berada di samping orang2 beriman

    ReplyDelete
  8. Terkejut membaca tajuk entri. Encik ni memang suka bagi kejutan ya..
    Semoga rohnya dirahmati Allah .

    ReplyDelete
  9. Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Pemergian sahabat sebaya memang tinggalkan rasa yang dalam... seolah-olah satu bahagian daripada kenangan hidup kita pun ikut pergi. Moga arwah Fairus ditempatkan dalam kalangan orang beriman, dan moga kenangan indah bersama dia terus hidup dalam ingatan.

    ReplyDelete
  10. Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn
    Masih kecik lagi anaknya, Allahu.

    ReplyDelete
  11. Innalillahiwainnailaihirojiun...salam takziah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosanya.

      Delete
  12. Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Nama sama pula, membesar pun sama2 dari zaman sekolah, memang banyak memori ni. Semoga arwah ditempatkan dlm kalangan org beriman. Sebak pulak tgok anak arwah kecil lagi

    ReplyDelete
  13. Salam takziah, Encik Fairus. Memang sedih bila sahabat kita pergi. Alfatihah (dibaca) untuk arwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham bersama orang orang yang beriman dan beramal soleh.

      Delete
  14. Ikut berdukacita bang... Sedihnya, lihat anak beliau masih kecil lagi. Semoga keluarga yg ditinggalkan kuat dalam menghadapi cobaan.

    ReplyDelete
  15. Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman. Aamiiin...
    Banyak kenangan bersama tu. Pasti sangat terkesan dengan pemergian arwah.

    ReplyDelete
  16. Terperanjat saya...

    Salam takziah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yang beriman dan beramal soleh.

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.