Saturday, September 4, 2021

Teh Tarik Bungkus Ikat Tepi

 


Pada saat entri ini ditulis, negeri Melaka masih lagi di dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1. Aku bekerja mengikut jadual dan penggiliran. Ada kalanya seminggu sekali, ada juga seminggu dua kali. Namun sekiranya ada banyak kerja, aku akan tetap ke pejabat tanpa ikut jadual.

Kedai-kedai pun masih banyak yang belum buka. Kedai yang biasa aku sarapan dan makan tengah hari juga belum memulakan kembali perniagaan. Agak sukar juga. Ditambah lagi masih banyak kedai yang tidak membenarkan pelanggan makan di kedai. Hanya boleh bungkus sahaja.

Berpusing aku mencari kedai untuk membeli sarapan. Masih tak buka lagi. Ada juga yang baru nak buka kedai, barangkali aku datang terlalu awal. Peniaga baru nak susun kerusi, tapi jam dah menunjukkan 7.30 pagi. Akhirnya terjumpa sebuah kedai mamak. Difikirkan mahu makan di kedai sahaja, namun kecewa. Hanya bungkus dibenarkan.

Jadi aku mengambil keputusan untuk membungkus 2 keping roti canai kosong dengan kuah kari. Airnya pula pada awal aku memesan teh O ais. Tapi apabila ada seorang pelanggan yang turut hadir memesan teh tarik, jadi aku bertukar fikiran untuk sama memesan teh tarik. Dah lama tak merasa teh tarik mamak. Rindu.

Dah siap dibungkus aku pun segera kembali ke pejabat. Air teh tarik tu mula-mula ia diikat mati. Apabila mula nak makan roti canai, aku ikatlah tepi, mudah sedikit nak diminum. Tiada pula tempat nak gantung, aku gantunglah di kabinet fail di yang terletak di belakang meja aku. 

Nak dijadikan cerita, roti canai yang dicicah dengan kuah kari tu memang sedap. Kena pula dengan teh tarik, lagi bertambah sedap. Pasal inilah agaknya kenapa ramai orang memilih untuk makan di kedai atau restoran mamak. Mungkin ada beberapa rahsianya yang kita tidak tahu. 

40 comments:

  1. Menarik warna teh tarik bungkus ikat tepi tu. Macam warna mustard.

    ReplyDelete
  2. Mmg kaw laa dpt teh ais ikat tepi ni heheh

    ReplyDelete
  3. Tengok teh tarik teringat scene yassin dalam senario the movie ke yg bukak warung roti canai tu. Teringin pulak nak minum teh tarik. Buat sendiri saja lah ceritanya

    Psst rahsia apetuwwwww ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manalah tau rahsianya.. Rahsia agaknya.. Hehe

      Delete
  4. klu di pejabat beli minuman ikat tepi, mmg kasi situ lah tempat gantung nyer selalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal.. Takkan nak gantung di telinga pulak.. Haha

      Delete
    2. ok jugak tu gantung kat telinga, senang nak di bawa ke mana-mana

      Delete
  5. Seram pulak tengok gantungan tu, harap tak jatuh! Sayang teh tarik sedap 😄
    Saya pun dah sekian lama tak minum teh tarik kedai mamak, sebagai ganti saya beli juga teh tarik 3in1. Bolehlah buat lepas teringin tekak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah tak jatuh, saya dah pastikan ia kukuh.. Hehe

      Delete
  6. betul tu. makan kat kedai lain feel nya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Lagi pun di kedai ada orang kemaskan.. Ni kalau dah tapau, banyak kejaannya..

      Delete
  7. Tak lama lagi akakn beralih ke Fasa 3 kan sama macam NS? Sedapnya teh tarik ikat tepi...

    ReplyDelete
  8. Hehe makan di pejabat. Ada juga penyangkut untuk teh tarik tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Nasib baik ada penyangkut serba guna.. Haha

      Delete
  9. makan kat kedai lagi best dari tapau. huhu. semoga Melaka segera bebas covid dan berindah ke fasa seterusnya. rindu nak jalan-jalan Melaka ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa datang Melaka kerana Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia.. Haha

      Delete
  10. Memang lama tak dengar ikat tepi. Zaman kampus dulu mak cik cafe akan tanya nak bungkus ke ikat tepi. Last-last saya pilih masukkan dalam gelas je. 😅

    ReplyDelete
  11. Banyakkan sabar ya..inshaAallah..orang ang sabar ni beriman..

    ReplyDelete
  12. kalau dpg minum kat kedai lg sedapp. ni he jzz

    ReplyDelete
  13. Cantik betul warna teh tarik ikat tepi tu :)

    ReplyDelete
  14. Kaw betul teh tarik dia. Air ikat tepi mana mana pun boleh disangkut. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Takde tempat lain nak gantung masa tu..

      Delete
  15. Function jugak kunci tu tergantung dekat situuu, boleh sangkut hahaha.

    ReplyDelete
  16. My goodness, how I Miss kedai mamak, teh tarik dan semua kulinernyaaaa :D. Saya dulu langganan beli lauk Kat kedai mamak dekat campus, saat masih kuliah di Penang. Memang lah teh tarik di kedai mamak biasanya selalu paling best :D. Makanya tiap kali saya balik malaysia, pasti ada makan di kedai mamak :D

    ReplyDelete
  17. Sedap dan pekat memang best minum sekali sekala

    ReplyDelete
  18. dulu sy mmg x suka sgt mknn or minuman dr resto mamak ni. x tau kenapa. mungkin sbb x biasa kot. then 1 hari sy demam teruk. sbb lapar gagah jg g resto mamak kt blkg rumah. order teh tarik panas dgn roti canai. buat pertama kali sedut teh tarik tu, rs mcm bdn terus kebah hahahaha since that day, kalu g resto mamak esp time sarapan, pasti akan try teh tarik walaupun rasanya x sama hehehe

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.