Tuesday, September 7, 2021

Antologi Puisi : Tiupan Nafiri



Alhamdulillah.. Sekali lagi aku diberi ruang dan peluang untuk berkolaborasi bersama 23 orang penukil puisi. Jika hendak dibandingkan, ramai penukil puisi yang turut menyumbangkan karya merupakan mereka yang hebat-hebat kerana kebanyakan mereka dari Persatuan Penulis Negeri Melaka namun aku hanyalah sekadar peminat puisi. 

Di dalam buku ini, setiap penukil menyumbangkan 4 buah karya berupa puisi sajak. Jadi, keseluruhan sajak yang terkandung di dalam buku ini ialah sebanyak 92 buah karya. 

Berikut merupakan tajuk-tajuk sajak aku dan tahun ia ditulis :

1. Impian Gaza (9 Februari 2009)
2. Kitakah Manusia Itu (11 Oktober 2013)
3. Siapa Sudi Teman (21 April 2012)
4. Terukir Lukisan Alam (8 Mei 2012)

Sebenarnya aku telah memiliki lebih 50 buah puisi sajak yang dikumpul sejak tahun 2008, namun aku bukanlah penulis sajak yang tegar. Impian aku, ingin menerbitkan buku-buku antologi sajak secara berkumpulan dan kemudiannya teringin juga menerbitkannya secara solo. Insyaallah, mungkin suatu hari nanti, bila? Masih belum diketahui. 

Bukan.. Bukan nak mencipta nama. Aku menulis hanya untuk kepuasan diri dan berharap apabila aku meninggal dunia nanti, karya-karya ini boleh ditatapi oleh anak cucu dan generasi-generasi akan datang agar mereka memperoleh manfaat darinya.

Bagi genre puisi, sebenarnya ini merupakan buku kedua aku menyumbangkan karya, sebelum ini aku turut menyumbang 15 rangkap pantun ke dalam buku Antologi Pantun : Gunung Daik Bercabang Tiga yang telah diterbitkan pada tahun 2020.

* Insyaallah, aku akan buat "segmen hadiah percuma" buku ini nanti. Tunggu ye.

50 comments:

  1. Tahniah tuan, nukilan tuan diterbutkan di dalam buku tersebut.

    ReplyDelete
  2. Wow…Alhamdulillah, Tahniah Fairus 👏🏽

    Dah ada lebih 50 buah puisi, boleh dah terbitkan sendiri.
    InsyaAllah moga impian jadi nyata.

    ReplyDelete
  3. Wah terbaik. Boleh publish buku sendiri lepas ni insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. Itu merupakan antara cita-cita saya..

      Delete
  4. Tahniah!
    Moga terus subur dengan ilham untuk menghasilkan karya berikutnya.

    ReplyDelete
  5. Tahniah. Bukan senang nak hasilkan puisi yang berkualiti tinggi. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab kualiti tinggi tu saya taknak komen sebab saya bukanlah sasterawan.. Hehe

      Delete
  6. wah, bertuah saya mengenali blogger Fairus..rupanya anda ni penulis .Tahniah ya

    ReplyDelete
  7. Wow...tahniah....meh la buat sajak untuk GA anak SA....meh2....

    ReplyDelete
  8. Hebat Tuan Fairus bermain kata. Tahniah! Moga akan ada lebih banyak karya yang menyusul selepas ini.

    ReplyDelete
  9. Kiranya tuan ini 'budak sastera' la.

    Karya indah bersemai budi
    mekar sungguh di dalam hati

    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sasstera.. Hehe.. Dulu ditingkatan 6 ambil sastera juga..

      Delete
  10. Uncle terus gugel maksud nafiri... baru baca entry

    ReplyDelete
  11. Tahniah diberi peluang untuk berkolaborasi bersama 23 orang penukil puisi dan buku telah diterbitkan. Kagum dengan orang yang pandai berpuisi ni. Cantik bahasanya, sedap dibaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. ala.. Biasa-biasa saja..

      Delete
    2. Sama sama..Anugerah. Setiap orang ada bakat masing masing :)

      Delete
  12. tahniah
    hebattt Fairus
    dulu selalu berangan nk menulis dan. ada buku novel sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan jadi angan-angan lagi.. Realitikan.. hehe

      Delete
  13. Hebat! Memang hebat la dah lebih 50 tuuuu, siap letak dalam buku lagiiii.

    ReplyDelete
  14. masyaAllah..bukan calang2 ni.. hebat... tahniah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa.. Biasa je.. Ramai lagi yang hebat menulis.. Hihi

      Delete
  15. Wah ..50 tu banyak jugak la ..bukan senang nak,hasilkan sebuah puisi . Tahniah CCL ucapkan

    ReplyDelete
  16. hebat. semoga tercapai cita-cita nak ada buku sendiri

    ReplyDelete
  17. Eza pun ada buku nak keluar - antologi, tapi sebab mco kena tangguh pulak cetakannya. Kena sabar tunggu, sebenarnya tak sabar nak pegang buku fizikal tu. Huhu.

    Semoga awak terus berjaya dalam penulisan.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah semoga terus berkarya

    ReplyDelete
  19. boleh la tahan bro...

    orang sastera

    ReplyDelete
  20. wah tahniah tentu sekali rasa berbangga kan terbitnya buku ni.

    ReplyDelete
  21. wahhhh tahniah tahniah! boleh geng dengan kak PI ni ;-)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.