Sunday, August 29, 2021

Baju Bendera Malaysia

 

Muhammad Firas Faiq


Dulu-dulu suka sangat pakai baju berjenama. Kalau tiada jenama tak nak beli. Lebih baik lagi bila dapat pakai baju berjenama luar negara. Ada gaya, nampak mahal. Tapi itu semua dululah. Cerita lama.

Sekarang sudah banyak usahawan-usahawan kita menghasilkan baju terutamanya t-shirt dengan corak-corak yang menarik dan kreatif. Kualiti baju pun setanding juga dengan yang berjenama. Harganya pun amat berpatutan. Alah, baju saja kot. Nak beli mahal-mahal pun nak buat apa. Janji dapat pakai sudahlah. 

Nak dijadikan cerita, isteri saya telah membeli t-shirt bertemakan bendera Malaysia untuk anak-anak saya. Keempat-empat dapat seorang sepasang. Warna merah satu dan warna kelabu satu. Baju murah-murah saja. Seronoklah mereka dapat pakai baju sedondon di bulan kemerdekaan ini. Sempena bulan kemerdekaan ni, kenalah pakai baju bertemakan bendera Malaysia ye tak? Nak ambil feel sedikit...

Gambar di atas tu, memperkenalkan Muhammad Firas Faiq, anak ketiga saya selaku model baju t-shirt Malaysia.. Dia seorang ni lain sedikit dari adik beradik lain, bisa ngomong bahasa Indonesia kerana suka tengok gamer YouTuber dari Indonesia. Hehe..

39 comments:

  1. wakakakka.... Uyum pun sama, kadang tu kuar bahasa indon dia.. tu la asik sangat tgk youtube2 dari indonesia....

    Salam merdeka fairus n family!!

    ReplyDelete
  2. Dulu baju berjenama memang berkualiti. Baju pasar malam mudah berbulu. 😅

    ReplyDelete
  3. semoga bersemangat mereka menyambut hari kemerdekaan

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut hari merdeka tanah Melau

    ReplyDelete
  5. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ! Pakai baju bendera Malaysia dapat menyemarakkan lagi semangat cintakan Malaysia.

    ReplyDelete
  6. semangat Merdeka
    tiapthn ank2 playschool, kita buat bj Merdeka
    tp 2021 tak da huhuu yg dtg cuma 10 budak malas nk order tshirt
    so pakai yg mana. ada je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama dia le yang rajin belikan.. Kalau dulu, ada pertandingan baju merdeka di sekolah pun sanggup tempah baju..

      Delete
  7. Jalur merah putihnya tu tak cukup
    Mula jalur merah dulu

    ReplyDelete
  8. cantik bajunya. Baru terbaca di Blog Si Hati Merah Jambu yang rupanya tak boleh sebarang-sebarang cetak bendera di pakaian

    ReplyDelete
  9. Sekarang baju buatan Malaysia pun ok. Boleh jimat RM lagi.

    ReplyDelete
  10. Belanja la satu keluarga pakai baju bendera sedondon!

    ReplyDelete
  11. Seronok masing masing dapat baju tema merdeka bendera Malaysia. Kok biasa ngomong indonesia. Pengaruh sangat ni. hihi

    ReplyDelete
  12. Tidak nampak Firas pakai baju warna apa.

    ReplyDelete
  13. Pengaruhh tengok youtube kann, sama macam anak sedara saya. Laju bethol cakap indonesia tuuu, macam lahir sana gayanya hahaha.

    ReplyDelete
  14. suka tgk mereka yg pakai baju mcm ni..

    ReplyDelete
  15. zaman remaja dulu suka jenama 'Alien Workshop'. Hehe. Tapi belinya di pasar malam aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh.. jangan le cerita pasal Alien Workshop.. Saya pernah terjebak dulu.. Pakai seluar jeans sebelah kaki warna putih, sebelah kaki warna hitam.. Kaki seluar kepala pun boleh masuk.. Haha

      Delete
  16. emsem la model Firas Faiq.. cantik gambar ni pandai fairus amik gambo

    ReplyDelete
  17. wow ngomong bahasa indonesia tu..terbaik dik!

    ReplyDelete
  18. Samalah Firas dengan Firdaus... bisa ngomong Indonesia sebab suka tengok gamer yputuber dari sana.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.