Friday, August 27, 2021

Ayuh Kibarkan Jalur Gemilang

 

Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-64 tidak berapa hari saja lagi. Sana sini meriah dengan pemasangan bendera Jalur Gemilang. Walaupun masih dalam situasi covid-19, namun Jalur Gemilang terus berkibar di mana-mana termasuk di sekolah, pejabat-pejabat kerajaan, di taman-taman perumahan dan tak lupa juga di kampung-kampung. Di taman perumahan saya juga banyak rumah yang kibarkan Jalur Gemilang. Ditambah lagi dengan bendera-bendera yang dipasang oleh persatuan penduduk, bertambah-tambah meriah dengan bendera.

Petang tadi saja ajak anak perempuan saya Ainnur Afiah untuk buat sesi fotografi merdeka. Takde masuk pertandingan mana-mana pun. Saja suka-suka sambil menerapkan semangat patriotik pada anak-anak. Tak dapat buat banyak aksi, kerana bateri telefon bimbit dah tinggal sedikit. Benda buat tak dirancang, kebetulan saja. Bateri habis pun tak perasan. 

Ayuh! Penuhkan Facebook, Blog, Instagram dan lain-lain media sosial dengan gambar-gambar bertemakan Jalur Gemilang tanda sokongan kita di bulan kemerdekaan. 

29 comments:

  1. Selamat hari kemerdekaan, MALAYSIA!!!

    ReplyDelete
  2. Bagus tu. Dipupuk semangat patriotik dari kecil.

    ReplyDelete
  3. Mari sama² hangatkan aura menyambut merdeka..btw done follow #484

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana singgah. Ianya dihargai.

      Delete
  4. Sejak tak keluar rumah ni, tak dapat tengok kemeriahan kibaran bendera di luar. Bagus ni ajar anak anak bersemangat sambut merdeka. Sempat juga berphotoshoot tu. Cantik hasil gambarnya.

    ReplyDelete
  5. Semangat terus! Bagusss didik anak anak semangat patriotik dari kecik.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah SA dah kibarkan bendera demi menyahut saranan kerajaan dan memberi semangat kemerdekaan walau negara masih berperang dengan pandemik Covid 19

    ReplyDelete
  7. Biar terus berkibar megah sehingga 16 September :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu dah pasti.. Mungkin akan terus dibiarkan berkibar sehingga rosak nanti baru turunkan.

      Delete
  8. Semangat merdeka..merdeka dari nafsu kesombongan..inshaAllah

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.