Tuesday, August 10, 2021

SALAM MAAL HIJRAH 1443


Selamat tahun baharu 1443 hijrah kepada semua umat manusia seantero dunia. Semoga tahun baharu ini menjadikan kita lebih baik berbanding tahun-tahun yang sudah. Tak lupa juga, moga-moga tahun ini pandemik covid-19 berakhir dan kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Apabila tiba tahun baharu hijrah, pastinya lagu malar segar ini kerap dijadikan lagu tema Maal Hijrah. Jom kita hayati lirik-liriknya yang begitu baik sekali hingga melekat di sanubari sejak dari kita kecil hinggalah sudah besar panjang sekarang.

Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Untuk Sepanjang Zaman….

Sedapkan lirik lagu ni? Cuma saya tak pasti apakah tajuk sebenar lagu ni dan siapa penyanyi asalnya. Siapa yang tahu boleh tolong nyatakan di ruang komen. 

26 comments:

  1. Salam Maal Hijrah..semoga tahun ni lebih baik..

    ReplyDelete
  2. Haah baru perasan tidak tahu nama penyanyi dan nama lagu.
    Salam Maal Hijrah.

    ReplyDelete
  3. slam Maal Hijrah
    setiap thn lagu ini kita nyanyikan
    dari duluuu

    ReplyDelete
  4. Salam Maal Hijrah buat Tuan Fairus dan keluarga. Berkenaan lagu Maal Hijrah tu, kurang pasti pula siapa penggubah atau tajuk lagunya.

    ReplyDelete
  5. Selamat menyambut Maal Hijrah. Semoga di tahun baru ni semuanya akan jadi lebih baik. Saya pun tak pasti tajuk dan penyanyi asalnya.

    ReplyDelete
  6. Salam maal hijrah, semoga tahun ni lagi baik daripada tahun tahun sebelum ni.

    ReplyDelete
  7. Salam Maal Hijrah. Semoga tahun baru ni lebih baik daripada tahun sebelumnya. Aamiin

    ReplyDelete
  8. Salam Maal Hijrah tuan Fairus.Antara sahabat blogger saya pada zaman gile blog dulu sekitar tahun 2010 hingga 2014.Sama2 support blog kawan2 yg sama minat n hobi. Tahniah tuan masih hebat dlm aktiviti blog. Salam Maal Hijrah - Koleksidinee@blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Salam maal hijrah
    Hijrah itu pengorbanan

    ReplyDelete
  10. Nasyid evergreen ni.. tp anak2 skrg mcm xtau lagu ni.. kesian diorang

    ReplyDelete
  11. salam maal hijrah

    x penah amik tahu pencipta lagu ni. yg sy tahu dulu msk pertandingan nasyid, ni lagu wajib kami persembahkan heheheh

    ReplyDelete
  12. Salam Maal Hijrah. Lagu selalu nanyi tu masa kat sekolah dulu.

    ReplyDelete
  13. Salam Maal Hijrah 1443.
    Nasyid dulu-dulu sentiasa meresap di kalbu!

    ReplyDelete
  14. salam maal hijrah. semoga kita dapat berhijrah ke kehidupan bebas covid.

    ReplyDelete
  15. salam maal hijrah fairus. mama minta maaf kalau ada salah silap

    ReplyDelete
  16. Terima kasih kepada semua yang meninggalkan komen. Selamat tahun baharu hijrah. πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.