Saturday, July 24, 2021

TERIMA HADIAH DARI BLOGGER SYAZNI RAHIM


Bukanlah niat hendak menunjuk-nunjuk yang saya telah menunaikan solat, namun sebenarnya ingin menghargai pemberian oleh blogger iaitu SYAZNI RAHIM yang telah menghadiahkan saya sehelai sejadah yang sangat cantik, lembut dan gebu. Hadiah ini saya terima sempena dipilih sebagai antara pengomen tertinggi di dalam blog beliau bagi bulan Jun 2021.

Terima kasih Syazni Rahim atas pemberian ini. Saya amat menghargainya. Saya ada beberapa helai sejadah di rumah, akan tetapi sengaja saya gunakan sejadah pemberian blogger Syazni Rahim ini agar sekiranya ada pahala atas solat saya, diharapkan pahala ini dapat dikongsikan sekali dengan Syazni Rahim yang menghadiahkan sejadah ini. Amin..

*****

Esok 25 Julai 2021 (Ahad) saya akan mengadakan Shocking Sale produk Sambal Bilis Pedas di Shopee bermula jam 1.00  hingga 2.00 pagi dan bagi Sambal Petai Bilis Pedas bermula jam 1.00 petang hingga 2.00 petang. Bagi yang berminat untuk mencubanya, boleh dapatkan di sini :




Jangan lupa juga untuk follow kedai Shopee saya untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM1.00 lagi. 

Terima kasih.

49 comments:

  1. Saya pun pernah dapat sejadah daripada Syazni.
    Tahniah Fairus. Ya selamat menunaikan solat.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, aminn aminn aminn 😊😊😊

    ReplyDelete
  3. Tahniahhh! Best tu nak solat atas sejadah gebu gebu hehehe

    ReplyDelete
  4. Sejadah macam ni memang selesa. Semoga lebih khusyuk nanti.

    ReplyDelete
  5. Buat shocking sale silap letak masa pulak.. 1.00 pagi siapa nak beli.. Haha.. Kena buat lain la ni.. Set masa bebetul.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..hadiah yang bermakna. Semoga mendapat pahala buat keduanya. Aaaminnn

    ReplyDelete
  7. Tahniah. Semoga awak dan Syaz murah rezeki

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah tahniah solat mana boleh tinggal kan

    ReplyDelete
  9. Cantik sejadahnya. Alhamdulillah.
    Semoga jualan sambal encik fairus laris di shopee.

    ReplyDelete
  10. wah alhamdulillah tahniah :))

    ReplyDelete
  11. alhamdulilah.
    laah camna lak boleh salah set time, takpa nanti boleh buat lagi kan. good luck, semoga murah rezeki

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, tahniah. Cantik sejadah tu...

    ReplyDelete
  13. wahhh.. bestnya dpt hadiah sejadah.. tahniah ye

    ReplyDelete
  14. wahh tahniah ya..

    p/s: sy ada beli jgk sambal di shopee. x sbr nak tggu smpai hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Terima kasih. Saya dah agak, awak yang beli.. Terima kasih banyak-banyak..

      Delete
  15. Tahniah fairus!
    alamak shocking sale..terlepas sudah!

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah, dapat hadiah yg best..tahniah!

    ReplyDelete
  17. Tahniah. Moga terus dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah.
    Dapat hadiah mengundang pahala.
    Rezeki Allah.

    ReplyDelete
  19. tahniah!!! lg bersemangat nk solat dgn sejadah baru👍👍

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah . Tak salah untuk berkongsi cerita tentang hadiah pemberian rakan blogger kan .

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.