Sunday, December 10, 2023

Peribahasa Melayu Bergambar (Bahagian 1)

Mencipta gambar Artificial Intelligence (AI) dengan menggunakan Bing Creator merupakan salah satu yang boleh dikatakan terbaik bagi aku. Pelbagai laman sesawang dan aplikasi pernah aku cuba, dan buat masa ini Bing Creator adalah yang terbaik.

Dalam aku menelusuri dan mendalami Bing Creator maka terpancar ilham untuk mencipta gambar-gambar yang merujuk kepada peribahasa Melayu. Lantaran ini terjadilah gambar-gambar di bawah ini yang mungkin dapat memberikan manfaat kepada semua yang mencari bahan untuk peribahasa Melayu.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

Ada udang di sebalik batu 

Jangan disangka air yang tenang tiada buaya 

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri

Lembu punya susu, sapi dapat nama

Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit 

Sudah jatuh ditimpa tangga 

Ini baru bahagian satu, kalau rajin nanti aku buat bahagian seterusnya. 


4 comments:

  1. bagus... anak anak sekarang lemah betul dengan peribahasa dan simpulan bahasa.

    ReplyDelete
  2. Terpikat dengan gambar tupai tu.

    ReplyDelete
  3. Cuya tak try lagi Bing Creator ni...ramai gak yang dah mencuba

    ReplyDelete
  4. Aiissshhh baguuus2 gambar yg Abang buat 👍. Pakai peribahasa pula. Sesuai memang kalau dipakai untuk tugas sekolah kalo diminta cari peribahasa kan.

    Saya belum coba lagi Bing creator. Kata teman2 yg sudah buat, memang mudah dan hasilnya puas hati ❤️. Nantilah coba bikin juga.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.