Saturday, August 14, 2021

MENIKMATI BUAH-BUAHAN TEMPATAN



Musim buah kali sungguh puas merasai pelbagai buah-buahan tempatan. Dari buah durian, rambutan, manggis, pulasan, langsat dan pelbagai lagi. Ada yang dibeli, ada juga diperolehi daripada pemberian sedara mara. Alhamdulillah, rezeki dari Allah SWT.

Buah-buahan kini kian mendapat tempat di hati warga kita. Musim yang ditunggu-tunggukan. Mujurlah sekarang zaman covid-19, kalau tak, mesti ada saja pesta buah-buahan diadakan di mana-mana. 

Nak dijadikan cerita, hari ini ada lagi yang memberi buah-buahan. Suami anak buah sebelah isteri, bapanya ada kebun di Muar, jadi memang banyak buah-buahan. Memang selalu dia beri pada semua sedara mara. Saya pula memang suka makan buah tempatan, anak-anak pun suka. Alhamdulillah. 

*****

Antara ayat-ayat Al-Quran yang tercatat perihal buah-buahan/tumbuh-tumbuhan.

Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutuNya)?

Surah Al-An'aam : 95

Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.

Surah Al-An'aam : 99

(Dia lah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan, dan Ia telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan lalu-lalang; dan Ia juga telah menurunkan hujan dari langit. Maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya.

Surah Taa-Haa : 53

Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).

Surah Ibrahim : 25

37 comments:

  1. Alhamdulillah..orang memberi, kita merasa..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah rezeki masih ada.. Sonok makan bauh2an lepak bawah pokok.. Tetiba rindu plk zaman kecik2 heheh, meriah klu balik kg time musim buah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita pasal pokok, banyak betul nostalgia.. Jatuh pokok dulu dah biasa.

      Delete
  3. Alhamdulillah walaupun pandemik buah tempatan kita meriah thn ni kan?

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Tahun ini tak boleh petik sendiri buah2 ini. Takleh rentas negeri huhuhu

    ReplyDelete
  5. Seronok klu dpt balik ke kampung musim2 buah ni. Sy baru balik pasaraya, ade plak jual manggis, terus beli…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat kawasan saya ni pun ramai yang jual buah tepi jalan..

      Delete
    2. tempat saya takde... kalau nak kenelah ke kg sebelah

      Delete
  6. Uncle jeling cemburu kat pulasan tu...

    ReplyDelete
  7. Haah tahun ini puas makan. Hehe lepas keinginan makan manggis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari sampai dapat, nanti dah habis musim, kempunan pulak nanti

      Delete
  8. Alhamdulillah. Rezeki. Sedapnya rambutan & pulasan tu.Tapi, bibit tak tahan kena getah dia😅.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah
    betul thn ni mkn buah2 tempatan
    melimpah limpah
    kat kg ya Allah rambutan. manggis durian tak terlarat dah
    byk betul yg terbiar begitu sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh.. jangan biarkan begitu. Panggil sedara mara dan jiran tetangga petik.

      Delete
  10. Alhamdulillah rezeki, saya masih belum ada kesempatan nak merasa buah buahan walaupun dah masuk musim mereka semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nak habis musim dah ni. Baik pergi cari cepat.

      Delete
  11. Alhamdulillah. Pulasan dan langsat belum ada di pasaran LD. Tak lama lagi menyusullah buah-buah tu.

    ReplyDelete
  12. thn ni buah buahan agk menjadi. yg xde kebun kena beli buah nmpk nya
    murah rezeki bagi si pemberi

    ReplyDelete
  13. xde gmbr durian erk bang.. 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat ambil dah masuk dalam perut.. Haha

      Delete
  14. Sedap buah-buahan tempatan. Belum merasa dukong lagi tahun ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap.. Lagi sedap dari buah-buahan import. Hehe

      Delete
  15. alahai ape pasal nampak sedap sgt gambar buah2 tu

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah dapat juga merasa buah buahan di musim buah ni walaupun tak dapat berpesta. Rezeki juga ada yang berkongsi rezeki.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.