Tuesday, January 18, 2011

GALERI BALAI POLIS BATANG TIGA KINI DIBUKA

Ya.. Kini galeri ini di buka. Jemput datang..

Bertempat di Batang Tiga, Melaka.





Pandangan sisi

Antara bahan pameran yang terdapat dalam galeri ini.

Mannequin polis berpakaian dahulu kala

Alat pencegah kebakaran dahulu

Sedikit informasi :

Balai Polis Lama Batang Tiga dipercayai dibina pada awal tahun 1900 oleh pemerintah British. Pasukan polis telah dibentuk oleh British di Melaka pada tahun 1825 setelah setahun Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Pada awal penubuhannya balai polis ini lebih dikenali sebagai rumah pasong oleh penduduk setempat.

Balai polis ini menempatkan seramain lebih kurang lima hingga enam orang anggota polis yang pada waktu itu dikenali sebagai "mata-mata" oleh penduduk kampung. Kebanyakan anggota adalah terdiri daripada keturunan Melayu dan Sikh.

Nak tahu informasi lebih lanjut. Jemput datang ke galeri ini. Masuk percuma.

12 comments:

  1. balai polis, ok lagik. tp, klu sebut rumah pasong, cam ngeri2 jer tengkuk nih! hu3..

    ReplyDelete
  2. Suka gak kalau tengok atau melawat tempat2 sejarah ni. mengimbau zaman2 dahulu....

    ReplyDelete
  3. ARELEEZ : APA NAK NGERI PULAK.. RUMAH PASONG.. BUKAN RUMAH POCONG..

    AMRY :BUKAN SETAKAT ITU SAHAJA. BALAI POLIS INI ADALAH BEKAS TEMPAT BERTUGAS SASTERAWAN NEGARA (ALLAHYARHAM USMAN AWANG)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa sy belajar kelas malam GPMS Melaka...cikgu sejarah sy pun bagitau mcm tu

      Delete
  4. cerita balai raya x de ke bro...? hehehe

    ReplyDelete
  5. PANGLIMA : ADA, NANTI NAK BUAT GALERI BALAI RAYA TELUK MAS PULAK.. HAHAHA

    ReplyDelete
  6. kalau skrg panggil mata2 lagi camne la gaknye....haha

    ReplyDelete
  7. GOOD BOY : SKRG DIOTRANG PANGGIL MAT SPY.. :)

    ReplyDelete
  8. Aik?dah bukak da?hari Ahad aritu baru ckp nk bukak...

    ReplyDelete
  9. baca entry nih jd terindu ler plak kat tunang aku weh fai...haha. almaklum lah. tunang aku polis :P

    ReplyDelete
  10. Huda : itu namanya cekap buat kerja.. :)

    Red : Awak bacalah entry ni selalu agar awak dapat melepaskan rindu pada tunang awak tu.. :p

    ReplyDelete
  11. Dulu2 suka mancing ikan kt tepi pagar balai polis btg 3. Sekali tu terpelanting ikan bechat masuk balai sbb kuat sgt sembat joran...nostalgia balai ni.. org2 kampong guna telefon kt situ kalau ada emegency.. dan anggota kt situ pn kalau ada terima panggilan kecemasan sanggup kayuh basikal pergi rumah...Al Fatihah utk anggota2 yg telah kembali ke rahmatullah.semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang bersemadi di sana..Aamiin

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.